As you
all know, eh know ke? Huhu… Dhia will turn 6month old soon. Bermakna dia sudah
boleh diperkenalkan dengan makanan pejal aka solid food. But! Senanya My dah
pun introduce her first solid food.. ala seminggu awal je pun hehe. Today is
the 4th day Dhia dah start makan. Sebab apa? Sebab Dhia dah tunjukkan few signs
yang dia sudah bersedia. “ I’m ready to eat mommy! please gimme food!!!!” macam
gitulah gamaknya kalau Dhia reti berkata-kata kikikiki.
Al-kisah
few days ago My tengah makan biskut. Dhia dengan rasa tak bersalah tengok je
mulut My mengunyah. Tak pasal-pasal je dia ikut kunyah sama. Senanya dah
perasan few times pun sebelum tu tapi malas layan haha. Tapi that day My saje
la cuit sikit biskut tu bagi Dhia rasa. Sebelum ni My pernah bagi dia rasa gak
tapi dia tolak but this time.. die menelan hokayyy… My suap lagi.. n bila da
abis menelan dia tunggu dan tunggu lagi My suap hahahaha… lawak je. My titis
air masak kat dia pun kemain suka dia. Macam baru lepas bagi anak yang memang
tengah kelaparan xmakan hihi. So, I think she is very the ready to eat.. :P So
esoknya My pegi soping-soping sikit n made apple puree for her! =) Alhamdulillah Dhia berselera sungguh makan… =) Ikut rule, bagi makan 4 hari. Next solid food is vege plak. Dah
ready for her broccoli puree hehe. harap2 nak le dia telan hehe.
Owh main
point harini senanya nak cakap pasal tanda-tanda anak kita dah bersedia untuk
solid food. Lupakan pasal Dhia kejap ye hehe. As all mommies semua tahu, kita
disarankan untuk eksklusif menyusu badan our baby sehingga umurnya 6 bulan
tanpa apa-apa makanan tambahan lain seperti susu formula ataupun air masak.
Selepas 6 bulan, susu badan sahaja tak akan memberikan bayi kita nutrient secukupnya
terutamanya zat besi. Oleh itu, sumber makanan tambahan lain adalah diperlukan.. =)
Menunggu
usia bayi sehingga 6 bulan ni sebenarnya untuk mengelakkan kesan-kesan buruk
terjadi pada bayi contohnya alahan/alergi. Lagipun, usus bayi ni belum matang
untuk proses makanan-makanan tambahan lain tu. My sangat tak suka bila orang
selalu cakap.. “ala dulu mak-mak kita tu bagi makan awal sihat je anak-anak dia”…
“Anak aku umur 2 bulan aku dah bagi nestum”… Ini adalah dialog2 parents yang
takde ilmu ye. Lantak ko lah ko nak buat anak ko macam mana pun but dun bother
my child.. I know what’s the best for Dhia. Yes I did. Alhamdulillah… sebab
apa? Sebab My adalah seorang ibu yang berilmu. Macam mana nak ada ilmu? Bukan
kena ada ijazah or master baru dikatakan ibu yang berilmu but cari ilmu! Kita
sekarang dunia moden.. boleh dapat banyak sumber-sumber ilmu. Dekat internet
ada lots of knowledge you can learn from A-Z… Trust me, when u have that
knowledge you takkan tergamak pun nak bagi anak setitis air masak when she is
only 2months.. =)
Anyway, 6
bulan tu adalah jangkamasa yang diberikan untuk kita sebagai panduan. Namun, kalau
kita sebagai ibu merasakan yang anak kita dah boleh mula makan sebelum usia 6
bulan bolehlah berbuat demikian jika ada beberapa tanda menunjukkan dia sudah
boleh mula makan.. Tapi, agak-agaklah kalau anak ko baru 3/4 bulan ko dah bagi
jamah solid food.. sian dia wehhhh… J Kalau yu ols tak pasti boleh rujuk pakar pediatric okay! =)
Bagaimana nak tau anak kita dah bersedia untuk makan?
• Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu
mengambil makanan yang disuap dengan sudu. Hiii… Dhia 2/3 bulan kepala dia
dah tegap tau. Terkejut jugak.. mungkin penangan susu badan kot anak jadi sihat
dan kuat! Hihi.
• Duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau
sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu apabila dia sudah
pandai duduk sendiri. Dhia dah okay kalau duduk. Tegak je.. tapi masih
kena pegang la kan.. takdelah dia boleh duduk dengan sendirinya tanpa bantuan
orang lain hehe
• Melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan
menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan
perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. Yes! Dhia dah pandai
bila diberi makan.. dia tolak ke dalam n telan hehe lepas tu tunggu lagi orang
suap makanan.. -,-
• Berat badan telah naik secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat
badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum
atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang
normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. Hurm… Dhia dah naik sekali
ganda kot. Mase lahir 3.12kg now almost 7 or 7+ kg… Minggu depan baru nak gi
timbang 6 bulan hehe.
• Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil
makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. Owh
very the true! Dia sangat lah berminat bila tengok orang makan. Sambil lirikan
matanya berkata-kata.. ‘mommy.. Dhia nak jugakkkk…’… huuuu…
So, pendek kata… Dhia dah
bersedia untuk makan!!! Yeay! Makan apa? Haaa yang ni silalah menggoogle. Yang
ni pun ilmu bukan main taram je. Ada makanan-makanan tertentu yang boleh or tak
boleh diambil. Bukan apa, takut anak allergi. So, rajin-rajinkanlah menggali
ilmu ye… =)
Till then!
#Mood eksaited buat homemade
solid food untuk Dhia terchenta hehe.


















