9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

Kerja baru yang lebih mencabar, 2 boss baru bikin pusing kepala

Assalam...

ko tengok.. dah 2 hari baru dapat update balik hahah. sementara boss tengah tido lagi ni i hapdet lah kejap ngeh3..

meh nak perkenalkan 2 orang boss baru aku..

*
*
*
*
*
*


hehe.. my anak-anak syurga.. Dhia dan Danish.. Masa ni dah lewat petang ketiduran kepenatan. si adik sampai tak sempat mandi hehe. 

Ye.. aku surirumah sepenuh masa sekarang. Err... nak nampak lebih advance aku dah jadi WAHM a.k.a Work at Home Mom... err.. nak extra advance lagi.. i am a Domestic Engineer... heheh...

Aku tatao lah kenapa aku berani sangat buat keputusan macam ni. tinggalkan career as Marketing Exec.. tinggalkan gaji yang dah agak lumayan (bagi marhaen macam aku) dan duduk rumah jaga makan pakai laki.. makan pakai anak-anak... errr..

Bila pandang muka anak-anak syurga ni.. aku taknak pandang belakang dah. firm. Aku anggap inilah jalan terbaik untuk aku, untuk suami aku, untuk anak-anak..

Aku kesian kena tinggalkan diorang 7pagi 7 petang.. kadang2 drag sampai 8 malam baru diorang dapat tengok muka aku. dah balik, dapat spend time 2 3 jam je lepas tu tidur n ulang-ulang rutin yang sama... aku sedih. huhu

Takpelah aku korbankan sedikit 'keduniaan' aku tu.. Nak kata dah kaya.. memang taklah. Tapi InsyaAllah.. aku selalu berpegang pada rezeki itu hak Allah, datang dari Allah.. bukan dari majikan aku.. selagi Allah ada.. aku tak perlu risau.. InsyaAllah...

Sementara ni aku jadikan Business kecil-kecilan aku tu sebagai part time. Jadilah. taklah masyuk tapi InsyaAllah kalau aku usaha lebih keras lagi hasilnya boleh lah buat simpan2. korang kalau tatao aku buat apa bolehlah free2 tu jengah ke page biz aku ye:

Website: www.fingertips-shop.com
Fanpage: Fingertips Shop  |  Baju Menyusu
Instagram:@barangbaby_fingertips.shop|@nursingwear_4_nursingmom|@breastpump_untuk_mama

Aku jual barang-barang kelengkapan baby, kids, and moms. Biasalah dah jadi mak-mak ni kan.. haha. Selain tu aku juga adalah agen Shaklee dan Gel Amani. kalau tatao apa dia korang gugel je lah ye haha

Bisnes ni as part time je kalau ada masa. Lagipun niat aku nak jaga anak-anak. Biz ni aku buat sebab aku minat meniaga. dah lebih 3 tahun aku buat part time biz ni, direct dengan supplier. Alhamdulillah aku masih lagi buat. sebab aku memang minat nak buat hehe. Korang doa2 lah empayar biz aku lebih maju di masa2 akan datang yek hehe.. *berangan.


Anyway, bila dah duduk rumah ni, seronok je tengok anak-anak menghadap aku 24jam. bila aku tanya kakak nak pergi rumah ibu (pengasuh) tak? Dia jawab taknak. tak pernah jawab nak. aku tanya, kenapa? dia kata taknak, nak duduk rumah dengan mommy. huhu. walaupun mak dia ni selalu tukar hijau dia tetap nak duduk celah ketiak huhu... Aku harap Allah beri aku kekuatan dan kesabaran untuk menjaga dan mendidik 2 anak syurga ni...



Takut jugak sebenarnya bila dah duduk rumah ni, yela dah biasa kerja kan. korang doa2kanlah aku mampu ye. Aku nak jadi isteri and mommy yang baik.. aku nak dapat ganjaran hebat kat akhirat sana nanti... InsyaAllah... :)


Wednesday, September 16, 2015

Happy Birthday Malaysia!

Minggu yang pack. Kat ofis dari pagi ke petang meeting.. 2 hari semalam keluar ofis lambat dan sampai rumah pun dah gelap. sobs.. 2 hari esok akan ada meeting lagi and ada beberapa kerja perlu diselesaikan. dah lama tak rasa sesibuk ni. pfffft~

Alhamdulillah... cuti Hari Malaysia harini dapat bernafas sikit, walaupun kat luar jerebu tak baik2 lagi. hehe.
hari malaysia
tq google
masa yang singkat ni moh lah kita golek2 dengan anak-anak sorga kesayangan. Kesian anak2 ambil haritu dah malam. Kalau laki aku pun banyak kerja dua2 lah balik lambat. Macam Isnin haritu lepas maghrib baru aku sampai, laki aku tak balik lagi Dhia dah tunggu depan pintu rumah bs huhu. Semalam nasib laki dapat balik awal sikit so dia ambil Dhia Danish dulu. pukul 6 lebih keluar opis, 8.30pm baru aku sampai rumah. sobs

Dhia aku balik je... "mami dah balik? Dhia tak nangis kat rumah ibu..." selalu sangat lately dia cakap macam tu, bagitau yang dia okay untuk tinggal kat rumah ibu dan dah tak nangis2 lagi macam sebelum2 ni. mami pun respond... "good girl.. macam tu la anak mami.. "... Tak sampai hati senanya hari2 terpaksa tinggalkan dengan orang sehari suntuk. Lagi2 Dhia dah petah and faham. huuuuu...

Dah2 tamo cakap pasal isu berbangkit nih. eh? haha. maybe it's the time to do 'something'... xpela, istikharah dulu... semoga Allah tunjukkan jalan... Amin..

Dah jom kemas2 rumah sket sementara anak2 sorga tido lagi. Harini ada project nak bagi kat Dhia hehe...

oh. Happy Birthday Malaysia! I'm proud to be Malaysian! Happy holiday uols! ke mana harini? hehe kurangkan aktiviti luar hokay udara tak sihat ni.. :)

Till then! 

 

Tuesday, August 18, 2015

Dhia ke Taska Permata 2016

omg! Anak mommy dah 4 tahun next year! tolong jangan cepat sangat besar plisss huhu.. kejap je dah besar anak dara aku ni. Itu juga membawa makna yang aku dah semakin berusia haha.

Memandangkan Dhia dah petah bercakap dan cepat sangat belajar aku dengan enchek somi plan nak hantar dia ke Taska next year so that instead of dia menghafal lirik lagu Akim Mewangi tu adalah lebih baik dia ke skolah n belajar apa yang patut hehe. risau aku weh kalau naik kete bukak radio boleh kata semua lagu dia boleh ikut.


Mommy setakat alip ba ta, ABC tu boleh lah nak ajar.. maklumlah mak ni kan bekerjaya mana lah ada masa nak homeschool anak. isk rasa teruk sangat ni. So kalau Dhia dapat masuk Taska at least Dhia learn something there. n dapat belajar berkawan jugak InsyaAllah... 

Tapinya..... sedang terfikir... sape nak amik anak aku balik dari skolah? taska tu sampai pukul 5pm je. Takde OT. adoiii... pengasuh aku dah bunga2 asik tanya je sapa amik Dhia kalau skolah.. bunyinya macam 'jangan suruh aku pulak' gamaknya haha. haih~ entahlah. nanti bincang kemudian. sekarang ni apply dulu.. sobs

yang penting, kakak eksaited sangat nak gi school. Hari2 tanya nak gi school dia ingat esok lusa dah nak pi hantar huhu sian. Sabar eh sayang... tunggu tahun depan.. kalau ada rezeki.. :)

membesar jadi anak yang baik ye kakak... mami sayang kakak... :-*


Thursday, May 9, 2013

She's growing well... :)

Dhia Batrisyia already turned 5 month last Friday, 3 May 2013.. =) Last 2 days ke klinik for her injection’s appointment… She gained 600g.. weighed 6.5kg.. Rasanya sesetengah baby around this month dah gain more kot? but it’s okay as long as ada peningkatan berat n masih dalam kategori berat badan ideal dah buat My rasa lega, Alhamdulillah… =) Moga Allah terus izinkan mommy untuk menyusukan Dhia sebab mommy percaya susu ibu adalah yang terbaik! Amin… =)

As u all know, pilihanraya telahpun berakhir dengan kemenangan kekal menjadi milik BN. Owh tapi My rasa rata-rata rakyat masih belum nak mengakhiri cerita-cerita pasal pru13 hehe. Baik offline or online semua duk pung pang pung pang pasal pru13.. haiyooooo My dah penat dah.. nampak gaya pilihanraya akan jadi macam hari raya.. sebulan! Itu kalau sebulan.. kalau 5 tahun? Adeh.. tadah je la mata ngan telinga huhu. Dalam kes ni My bersifat neutral. Masa pilihanraya memanglah My ada pilihan parti sendiri tapi itu adalah rahsia..:P So, pilihanraya dah habis dah kan so why not you people pls stop talking rubbish! Sedih wooo tengok sesame Melayu berbalah… :( Pls stop it n doakanlah pemimpin kita mampu memimpin kita dengan nilai-nilai Islam di dalamnya.. Amin…

Anyway… Dhia dah terror meniarap sekarang. Letakla dia atas toto hah! Laju je dia golek-golek. Tengah tukar pampers or pakai baju pun sibuk nak bergolek.. dalam buai pun…. Grrrr…. Lepas tu suka sangat melompat mujurlah ada jumperoo kat rumah so letak je dia dalam tu hah lompatlah sepuas hati sementara mommy boleh buat macam-macam kerja lain weeehuuu hehe. Anak mommy dah makin membesar! Sukanyaaaa… and satu bulan je lagi dah boleh makan solid food! Fuhhh tengah dok fikir ni what are the first solid foods yang My nak suap kat tekak dhia hehe. I will make for her homemade foods InsyaAllah….

Tuesday, January 29, 2013

Berpisah

FYI, today is the first day Dhia dihantar ke rumah Baby Sitter... Subhanallah... hebatnya perasaan seorang ibu... Dari malam tadi masa tido dengan Dhia My dah menangisi 'perpisahan' ini... Pagi ni masa nak pegi hantar dia dengan enchek hasben pun menangis-nangis My peluk Dhia macam dah tak jumpa lagi je... :( Korang.... My dah tatao lah nak mengadu pada sapa... tulis kat sini je lah My mampu... My sedih sangat sebab terpaksa hantar anak dalam jagaan orang lain... family sendiri pegang anak My pun My dah tak keruan inikan beri orang luar yang jaga... :'(

My start keje next week tapi kitorang start hantar Dhia harini sebab nak train Baby Sitter.. bagi BS kenal Dhia dulu beberapa hari ni at least kalau dia 'buat hal' My masih ada bercuti di rumah. So, sekarang My sedang berseorangan di rumah tanpa Dhia tercenta. Enchek hasben? keje. Ingatkan nak qada' tido, rehat tapi dari balik hantar Dhia tadi My tak dapat lelap... kemas-kemas rumah... n online je lah... n ingatan? sangat-sangat mengingati Dhia!!!!! 

Padahal rumah Baby Sitter tu belakang rumah je... entahlah. membayangkan anak dalam dakapan dan jagaan orang lain buat My terlalu lalu sedih... Ya Allah kuatkanlah hati aku... kuatkanlah hati aku... :'( Kuatkanlah hati aku... :'(... My tak dapat bayangkan kalau dah start keje minggu depan.. seyes yu ols... tolonglah apa yang My perlu lakukan untuk kembali bertenang... :'( My akan tinggalkan anak dalam jagaan BS 12 jam bermula 7 pagi hingga 7 malam. korang bayangkanlah... masa bersama BS lebih banyak berbanding bersama mummy nya sendiri. ye, My akan bersama dia 12 jam berikutnya tapi siang dan malam adalah 2 situasi yang berbeza... My tak dapat nak bermain gelak-gelak tawa dengan Dhia sepanjang 12 jam tu... Ya Allah peritnya... :'(

Ikutkan hati, nak je My ambil cuti lagi jaga Dhia.. tak kisahlah nak kena layan ragam dia pun yang penting My rasa selamat dia ada bersama My... :'( Ikutkan hati nak je benti keje so that My je yang akan bersama dia tengok dia membesar depan mata.. tapi apakan daya... My ada tanggungjawab lain... My perlu membantu enchek hasben tambah pendapatan keluarga kami... Nak tak nak, My terpaksa tinggalkan dia dengan orang lain... Ya Allah... kuatkan hati aku... :'(

Apa yang My harap sangat adalah... Baby sitter mampu menjaga Dhia sebaik-baiknya... :'(

Dhia... mummy rindu sangat kat Dhia.. rindu dengan bau masyam Dhia... rindu dengan senyuman Dhia... rindu dengan tangisan Dhia... mummy rindu Dhia sangat-sangat!! Dhia jangan nakal-nakal ok... jangan lupa mummy tau... Mummy tak sabar nak tunggu petang mummy nak ambil Dhia!!

Mood: sedih terlampau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers