Masuk harini dah hari ke-5 Dhia dihantar ke rumah
baby sitter a.k.a pengasuh. So far, oklah. Akak tu cakap dia takde meragam
sangat pun. Biasa nangis nak susu je. Hurm… hope so.
Perihal Baby Sitter ni dari haritunak hapdet tapi
tak berkesempatan. Dah bersusun dah entri-entri yang nak di post dalam pale
otak ni tapi biasalah 24jam sekarang rasa macam 24 saat je… L
Pencarian baby sitter untuk Dhia semudah ABC je.
Idaklah kami duk mencari calon-calon sekian-sekian lepas tu vote mana terbaik.
Enchek hubby saje bertanyakan pada sorang brother belakang rumah ni sebab
dengan brother tu je lah yang dia baik dekat area taman tu kannn… dan kebetulan
bini dia dulu penah jaga baby. So, terus enchek hubby mintak borang kosong
huhu. Awalnya kami main-main je tapi bini brother tu nak pulak jaga bakal anak
kami. Memang dari preggy lagi dah deal so memang kami takde pening-pening
kepala mencari baby sitter. Kire settle la.
2 minggu sebelum My naik keje, kami pulang ke
rumah. Dah inform awal-awal dekat bakal baby sitter nak hantar Dhia seminggu
awal sebelum My naik keje. Bagi dia kenal Dhia dulu n bagi dia training how to
handle susu ibu perahan. So, beberapa hari sebelum hantar Dhia ke rumah BS my
suruh enchek hasben tanya BS apa yang dia nak untuk keperluan menjaga baby. So,
here the list:
Ops! Very the demanding BS ya??? Ok terkejut jugak
pada awalnya. Enchek hasben balik cakap kat My yang diorang (family BS) akan
buat anak kita macam anak dia. Kakak BS tu akan keluar ambil anak dia balik
sekolah so she need car seat. Kakak BS tu perhaps anytime akan keluar ke mall
ke, pasar ke so she need stroller. So, secara tak langsung dah tentu dia kena
mengangkut anak aku bersama. Wallah! Seriously, kalau My tau dari awal yang dia
ni bukan jenis yang duduk rumah doploh ampat jam My takkan hantar Dhia kat
rumah die… L
Tapi, enchek hasben ni bukan jenis prasangka atau
bimbang terlebey macam My so.. dia kata takpe bagi je akak tu jaga at this
moment. Kita tengok dulu. Fine… nak marah lebey pun tak guna dia ketua keluarga
kan. dalam hati My jangan dah terhantuk baru nak mengadah… L Anyway, sehari sebelum
hantar Dhia ke rumah BS kami keluar membeli belah menghabiskan duit untuk beli
segala keperluan tu untuk BS. At the same time, kami beli tu bukan untuk BS je
pakai. Membazir kan. Beli yang jenis elok sikit. Time weekdays bagi BS pakai. In
case kami nak pakai (cth: car seat) kami akan ambil. So, setakat hari itu kami
dah beli car seat dan buaian. Stroller? Tunggu lepas CNY… My nak bawa balik
dari kampung… akak My nak bagi car seat lama anak dia yang dah tak pakai.
Kitorang punya? Beli baru kemudian huhu.
Lain-lain keperluan? Keperluan Dhia la. Macam
pakaian dia, mandian dia…
Setakat 5 hari My hantar dia ni, for sure BS akan
angkut Dhia pegi amik anak balik sekolah. Haritu dah dua kali tu dia bawa Dhia
keluar. Sekali gi rumah sedara katanya. Lagi sekali ke pasar. Pasar basah la My
rasa sebab dia pegi pasar tu pagi-pagi. Cube yu ols bayangkan macam mana My
rasa… Entahlah My ni jenis mulut berat nak marah lebey-lebey pun cakap kat
enchek hasben je. Nak suruh tukar BS immediately? Arghhh lagi My berat mulut. N
sudah tentu enchek hasben pun takkan semudah itu untuk tukar tanpa sebab
musabab yang munasabah. Ya Allah… risaunya My…
Ok takpe. Bagi chance. Kita tengok macam mana.
Sampai masa, kalau ada sesuatu berlaku pada Dhia.. My takkan diam diri.
Tidaklah My nak terjadi apa-apa pada Dhia… oh simpang malaikat 44. In case.....
Huh…. Ya Allah kau lindungilah anakku ya Allah…. permudahkanlah hambamu ini…L
Harini BS call enchek hasben bagitahu Dhia taknak
tido bawah. Nak masuk buai. Buai benti dia bangun. Pendek kata… BS nak ‘motor’
lah bagi buai tu automatic gerak sendiri. Grrr… Enchek hasben bgtau balik ni
nak gi beli. Grrrr bukan murah kau. RM180+!!
Uwwwaaaaa.... kalaulah mummy n daddy mampu... mummy dah duk umah jaga Dhia!!!! tayah hantar gi BS.... Dhia... maafkan mummy... L
owh ye lagi satu... bayaran untuk baby sitter adalah RM300/month. Tempat kami bukan area KL ye.. bukan juga kawasan bandar. Kawasan taman tapi dah ke arah dekat dengan kampung-kampung sikit. Jiran-jiran My cakap range BS kat situ RM250... hurm... enchek hasben cakap... takpela, berbaloi la tu kalau jaga dari 7pg-7mlm... grrrrr!
I don't think worth it kalau mungkin BS kena ganggu waktu tidur Dhia bila dia perlu keluar beli barang, pegi pick up anak balik skolah! am I right???
arghhhhh bersangka baik bersangka baik..... will see....
Sorry guys kalau entry ni agak serabut dan carca marba. till then!