Tapi, penat ni adalah anugerah Allah yang mungkin
tak semua wanita memperolehinya.
Syukurlah My… kau dah bergelar isteri dan ibu di usia yang menjangkau 26
tahun. Alahai Dhia… sayangnya mummy pada Dhia Allah saja yang tahu… Mummy
faham… di usia Dhia macam ni Dhia tak pandai nak ekspresikan apa yang Dhia mahu
selain menangis. Kalaulah Dhia pandai berkata-kata pasti Dhia dah jerit… “mummy,
Dhia nak susu! Mummy… Dhia sakit perut!! Mummy… hidung Dhia tak selesa!...
Mummy, tolong tukar pampers Dhia.. Mummy, Dhia mengantuk tolong tidokan
Dhia!... Mummy, Dhia tak suka baring dukunglah Dhia bawalah Dhia
jalan-jalan…”…. Maafkan mummy kalau mummy belum faham setiap permintaan Dhia..
berikan mummy masa lagi ye sayang…
Haih~ meroyan plak My ni kan hehe. Saje je nak
bagitahu yang My happy ada anak but at the same time My agak penat dengan
kehidupan baru ni. Tengok raut wajah Dhia My lupakan segala penat lelah.. kau
anugerah terindah sayang…
2 hari ni kami duduk rumah je. Sabtu berdua-duaan
di rumah dengan Dhia sementara enchek hubby gi kerja. Malam tu daddy Dhia bawa
jalan-jalan gi tesco.. bawa Dhia naik stroller.. elok je dia diam hehe. Ahad.
Duduk rumah sebab ada kawan nak datang tengok Dhia. 2 hari ni banyak melayan
Dhia je. Buat kerja rumah pun lambat-lambat. Masakan tidak.. bila tidokan tamo
tido.. letak bawah tak lama tu mengamuk.. Bila diangkat baru senyap.. Suka duk
kat riba kita… layan tivi dengan dia. Sudahnya kerja mummy tertangguh. Haih.
Dah beberapa hari ni Dhia kena flu. Tekak dia
berkahak. Pegi klinik doc bagi ubat tapi tak berani nak bagi Dhia yang baru 2
bulan tu makan ubat. So, kami usaha sendiri je macam sedutkan hidung dia…
tepuk-tepuk belakang dia bagi keluar lendir… sapu vicks kat dada, leher. Malam
tadi Dhia tersedak kuar sikit lendir. Kami pun apa lagi sedut hidung dia bila
lendir tu kedengaran kat hidung. Melalak-lalak jugaklah dia sekejap. Pujuk-pujuk
pastu dia diam… Nampak dah lega sikit. Tapi masa bangun susukan dia awal pagi
ni dengar lagi srok srek nafas dia menandakan masih ada kahak. Alahai siannya
Dhia. Awalnya nak ajak enchek hubby gi klinik dulu tapi bila fikir-fikir ni
kang mesti doc bagi ubat lagi so kalau pergi sia-sia je. Hantar je lah pegi
rumah BS pesan kat dia sapukan ubat kat dada Dhia. Balik ni kalau tak elok gak
camne ye. My ingat nak bawa gi buat nebulizer… tapi boleh ke? Tak sampai hati
lah tengok dia macam tu…
Kalaulah sakit Dhia tu boleh pindah kat mummy..
mummy rela sayang…. :(
Teringat berita Amah lambung anak malam tadi.. damn
it! Thanks God ada cctv kat rumah tu. Moga amah tu dapat balasan setimpal. Tak
dapat bayangkan kalau ianya terjadi pada anak sendiri. Kalau My tu, dah
ganyang-ganyang amah tu sebelum serah pada polis. grrrr







11 comments:
Seronok wpun penat seharian bekerja, masak dan urus rumah tangga tp itu semua adalah nikmat...setiap ari bagaikan hari yg baruuu...ye my..setiap ari kita akan tertunggu2 tgk dia senyum dan proggres perkembangan dirinya...sbb itu setiap ari adalah hadiah tidak ternilai buat diri kita yg sudah bergelar ibu...ohhhh perasaan yg x dpt dijual beli ibu Dhia ....dhia...auntie doakan dhia cpt sembuh dari selsema ye...
cian kan budak sakit
awl2 mmg rs penat..new mom kan..xbiasa lg..lama2 oke la..takat x tido mlm tu standard je..x rs letih pn wpn sibuk keje kt opis..hehe~
amalkn suppliment tau..utk tenaga :)
smoga cpt sihat dhia :)
sy pun new mom jugak. suka sgt entry ni ^^
waiz belum 2 bulan dah kena neb. huhu neb jer ubat yg doc boleh sarankan sbb sebarang ubat x dpt bagi sbb masih kecik. lps neb mmg lega..xda bunyi.dlu waiz x flu tp nafas bnyi mcm kahak/lendir kat paru2/ huh
oh yer..doc KPJ ada bg ubat titis kt idong. tu jer. alhamdulillah konsisten bg ubat titis. skrg waiz dh ok. lama gak la nak sembuh.
just nak tanya la, vicks ni selamat ke untuk baby bawah 3 bulan?
@Niza
sy pakai vicks yg mmg utk baby punya... dhia pakai ok je.
tp certain baby tahan je pakai vicks tu..:)
comelnya dhia..
smlm bru je terfikir..bleh ke nak jadi mak ni? mampu ke? -.-*
baru sorang my.. nanti dah 3 cam akak ni lg penat walaupun yg 2 org tu dah besar..
itulah cabaran sbg ibu bapa..
salam perkenalan :)
hehe... betul tu... penat yang menyeronokkan :)
kak my, emmmm org kata vick tak elok sbb dia kan menambahkan lagi lendir tau... sbb dia berasaskan oitment apekebenda ntah...
pastu ade skali tu selsema, try sapu viks tp dia hilang skejap je pastu dia akan mai balik. then kwn kata jgn pakai vicks, pakai minyak cap kapak (utk dewasa je bkn utk bby). pakai minyak cap kapak, memang mujarab la... sbb dia kering terus... bukan mcm vicks, dia kan melekit gitu... mmg pas tu xguna vicks dh... sbb sy kecik2 dulu asthma. slalu sapu vicks kt dada. tp lambat la. now plak slalu selsema2. tp pas guna minyak cap kapak kt hidung, mmg lega.
and utk Dhia, mmg tak sesuai minyak cap kapak... tp ce kak my try vapor balm... itu utk bayi... abg ben pun penah ckp kt entry dia time qhaliff bby... kt link ni
http://www.benashaari.com/2012/10/bila-bayi-selsema-dan-batuk.html
hope dua2 ibu dan anak sihat2 ye...
Post a Comment