9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, January 1, 2018

Pengalaman Bersalin Anak no 3, Dayyan Mateen

Ini post backdated gara-gara bertangguh je nak update blog. Entry ni pun berbulan-bulan dalam draft aku karang tak habis-habis kahkahkah 😜 

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan anak ke 3 di usia kandungan genap 40 minggu pada 23 Oktober 2017. Fuhh, betul lah. Pengalaman bersalin setiap anak ni berbeza rasa dan perasaannya. huhu

dah hujung-hujung pregnancy hari-hari duk tunggu bilalah baby ni nak keluar, langsung tak ada tanda-tanda nak bersalin. Alhamdulillah mak dah datang rumah seminggu awal untuk temankan aku dan anak-anak. Syukur sangatlah sebab tak tahu nak mintak tolong siapa al-maklum aku kan surirumah anak-anak tak ada pengasuh hehe. Sekurang-kurangnya bila aku bersalin pergi hospital ada mak tolong tengokkan anak-anak. 

Macam biasa kandungan no 3 ni aku ada juga GDM a.k.a kencing manis. tak boleh elak since memang keturunan kan. Tak jaga makan pun ye jugak haha. Perut jangan cakaplah besar dia. Hari-hari akhir tu ke mana-mana je orang mesti tengok 2 3 kali sebab perut besar yakmat memang tunggu nak meletop haha. yang tanya 'anak kembar' ke tak kurang ramainya sabo je lah 😪

Keluar Darah

Kalau ikut date tak ada sign nak bersalin aku kenalah serah diri 23hb oktober 2017 tu. Dipendekkan cerita betul-betul on the date tu jam 3 pagi aku bangun nak pergi kencing tiba-tiba rasa ada air mengalir dekat peha. cek-cek tengok, darah! Tapi tak rasa sakit ke apa. mak dah suruh pergi hospital cepat. Aku masa tu gabra lah jugak sebab kalau ikut history sebelum ni anak pertama tak ada sign, kena induce. anak no 2 aku lajakkan sikit date serah diri then datang contraction. no 2 ni keluar darahlah pulak. adeh. 

Aku sempat pergi mandi dulu pagi tu then terus gerak ke hospital. sampai-sampai dia cek lah macam biasa tengok ctg apa semua. Masa sampai tu cek VE dan ada bukaan 3cm. Nurse tengok perut besar tapi dia kata kadang-kadang perut je besar tapi baby kecil. *dia tatao ke anak-anak aku lahir semua besau haha

tak lama lepas tu doctor pula cek. Dia macam risau sikit dengan jumlah air ketuban aku... siap buat details cek pakai menda alah ape tu yang masukkan alat dekat bawah untuk cek air ketuban tu huwaaaaa selama ni duk baca pengalaman orang lain la ni aku pun kena. Doc tanya aku ada keluar ketuban ke sebelum ni. errr... memandangkan aku tak ada pengalaman pecah ketuban sendiri dekat rumah aku baru noticed beberapa hari sebelum bersalin tu memang rasa berair lain macam sikit dari biasa kat bawah tu. Aku ingatkan normal je lah sebab aku ada keputihan sekali. So, doc syak mungkin itu ketuban adeh.. mujur baby gerak lagi weh. 

Lepas tu aku kena tunggu kejap, so sempatlah aku makan dan solat subuh. malah aku siap sempat pergi berak dengan jayanya haha. masa ni dah mula rasa contraction setiap 3-5 minit. Dalam pukul 7+ camtu cek bukaan lagi sudah 6cm. Doc siap2 dah pecahkan ketuban masa dalam bilik menunggu tu sebelum tolak masuk LR. Fuhhh... berpeluh lencun masa tu even dalam LR tu ada aircond haha. 

Baby dah berak, fetal distress

Masa dah dalam LR, datang segerombolan Doctor bersama pelajar. Aduhai aku kata dalam hati masa tu nasib tak baik nak bersalin time awal pagi weekdays pulak kan memang tak lari lah daripada geng-geng pelajar ni. Doc masa tu nak cek bukaan aku. Tup tup dia kata 'eh puan anak puan dah berak ni kita tak boleh tunggu normal kena ceaser'... i am like.... what??! but speechless. Terus menggigil aku masa tu, aku nampak doc pergi luar suruh panggil laki aku n beritahu sekian sekian sambil bagitau aku apa risiko kalau tangguh tangguh etc. whatever 😞

everything berlaku sangat pantas masa tu, aku tak terkeluar apa dari mulut akur je lah. Nurse siap-siapkan aku dengan tiub kencing apa semua, mintak sign surat etc while aku tak berhenti menggigil walaupun masa tu terasa bahang yakmat. Takut, berdebar, macam-macam rasa ada. 

Terus lepas tu aku kena tolak masuk OT room. Sempat salam husband sebelum pintu ditutup.. tak dapatlah dia tengok kelahiran kali ini (sebelum ni both normal) 😭

sakit, hujung nyawa

Dalam OT ada ramai orang, aku masuk-masuk tu doktor bius ambil tugas dulu. Dia cakap-cakap dengan aku etc sebelum cucuk epidural. Bila ingat-ingat balik tak ingat dah macam mana sakitnya sebab aku rasa tahap menggigil aku masa tu lebih kuat daripada rasa sakit kena cucuk 😅 Lepas kena cucuk tu doktor lain pulak tanya rasa sakit tak bila dia cucuk bahagian bawah. Aku cakap rasa lagi means ubat bius belum jalanlah kot. Lepas tu dia main cucuk-cucuk dekat bahu aku untuk beritahu tahap skala kesakitan 1-10. Banyak kali lah aku cakap aku masih 'rasa' haha. yang doktor tu argue aku yang ubat bius tu dah jalan dah tapi aku je rasa masih sakit. aku tetap pertahankan aku masih rasa sakit hahaha. 

zasss!! tengok-tengok depa dah dah lapah perut aku rupanya 😭 seriuslah aku masih rasa kena toreh tu, walaupun dah bius tetap rasa tapi taklah kuat.. tapi! tetap rasa sakit 😔Aku masa tu ditenangkan oleh doktor lain dekat sebelah. Dia kata sabar ya puan.. sambil dia letak macam alat pernafasan tu dekat hidung aku.. lagi lemas adalah aku rasa hahaha. Aku duk mengerang 'Allah... sakit... sakit... Allah...'... dengan tangan bercucuk kiri kanan bawah kena toreh Allahuakbar... terasa macam tu aku ni dah nak mati ke 😭

Aku rasa giler lama sangat diorang nak keluarkan baby masa tu. doktor dekat sebelah aku tak habis-habis suruh sabar, i kenot sabar dah oiiii.. aku tengok doktor bedah sedang bersusah payah nak keluarkan baby sebab baby tu dah engage laluan bawah dah kena pulak paksa ikut tingkap kan memang susah la 😭

and finally! lega yakmat bila baby dah dikeluarkan dari perut... terngiang2 lagi masa tu aku dengar suara anak aku menangis.. bunyi air.. dengar nurse cakap '4 kg!' 😋 terus lepas tu aku tak sedar apa sebab ditidurkan. 

Tak lama lepas tu aku sedar aku masih dalam OT room. Suasana lebih tenang daripada sebelumnya, anak aku? aku tak nampak kelibatnya.. dekat mana dia aku pun tatao. Aku lemah je masa tu. Separuh badan masih terasa kebas ubat bius. Lepas tu aku ditolak masuk ke dalam wad. Husband setia menunggu di luar sambil menyusul bawa aku ke wad.

Masa tu masuk wad second class kot. Aku tak boleh bangun lagi kena tunggu ubat bius hilang at least 6 jam. Haihlah seksa. Kalau suami tak ada susah aku nak bergerak. Mintak husband request wad first class so that bolehlah dia teman aku 24jam. First time ceaser weh... menangeh aku kalau sorang-sorang sobs

Alhamdulillah petang tu masa maghrib dapat katil di wad 1st class. Ubat bius pun dah hilang tiub kencing pun dah tanggal so aku dah boleh bangun. Nak bangun pun Allahuakbar.. sakit tang perut tu yang tak boleh tahan. Kena pegang sambil bangun. Dapat wad 1st class bolehlah husband aku teman 24 jam. Papah aku ke bilik air etc. Tak daya aku sorang-sorang. Lagipun bagi lah husband aku tu insop sikit tengok bini kena belah ni kan takkan nak bagi senang lenang balik rumah pulakkk hahaha.

Anak di NICU, aku stress.

Biasa orang dekat wad dengan newborn tapi aku tak ada anak di sisi. Lepas je ceaser kena tahan masuk nicu doc nak pantau. Walaupun a bit sedih tapi aku fikir kalau ada dalam wad dengan aku pun susah juga aku nak handle dengan keadaan aku macam tu. Aku pulak masa tu emosi tak berapa stabil sebab kena ceaser kan. Susah nak bangun susah nak berak kencing susah la semuanya bagi aku sobs. Aku teks kawan-kawan yang dah ada pengalaman tanya itu ini. Nurse hospital pun bagus setiap kali datang tanya tahap skala kesakitan aku. So kalau sakit aku telanlah paracetemol. Aku allergy ubat tahan sakit so paracetemol je lah boleh telan. 

Sakit tang perut tu ok lah. yang seksanya nak bergerak. Dari bangun ke duduk kemahen seksa dahlah malam pertama tu aku ada batuk sikit kau bayangkanlah dengan perut terbelah ada plak batuk kau rasa??? Malam-malam nak kencing punyalah seksa dahlah laki aku tidur mati kejut kemahen payah nak taknak gigih aku sorang-sorang bangun pergi toilet. 

2 3 hari pertama tu aku tak boleh nak berak. Doc yang datang pun naik risau. Sampai scan perut aku takut ada masalah lain haha. Aku suruh husband bawakan krim mustajab sapu-sapu sikit kat perut bagi keluar angin. Angin dah keluar tapi isi perut tak keluar-keluar haha. Sudahnya nurse bagi ubat punggung tu nak bagi berak itupun keluar alah2 sikit nau hahahhaha.

Anak aku dekat wad kena masuk tiub oksigen tu. tangan bercucuk masuk antibiotik. first time aku pergi jengah dia meleleh air mata aku. nak dukung pun tak boleh aku bisik je dekat telinga dia "mami datang ni sayang.. anak mami kuat, cepat baik kita balik ya. Abang kakak tunggu dekat rumah tu.."..😭 2 hari pertama tu aku langsung tak menyumbang susu badan kat anak sebab susu tak keluar lagi. Hari ke 3 baru cik B bengkak itupun tak pandai nak marmet sangat. Dapatlah sikit-sikit anak aku minum dengan emosi aku yang tak berapa nak okay masa tu memang susah nak pam susu betul-betul.

Selepas 3 4 malam dekat wad akhirnya baru aku dapat keluar wad. Tapi aku tak boleh balik kena bermalam pulak dekat NICU temankan anak. Minggu pertama bersalin tu memang emosi aku down sangat. Sedih tengok anak dekat NICU, rindu pulak dekat anak-anak di rumah Allah... Fizikal aku pun penat... bertambah-bertambah emosi aku dibuatnya. Duduk dekat NICU terpaksa aku berdikari suami tak ada kan. setiap 2 jam kena berjalan dari bilik pergi susukan anak. Dengan anak tak biasa lagi direct aku pun stress Allahu.... Menangis-nangis aku masa tu huhu. Mujur ada nurse yang tolong aku bf anak, sambil aku bf sambil aku tersedu-sedan hukhuk huduhnyaaaa la haih

Discaj wad, balik rumah

Alhamdulillah, selepas 5 hari berkampung di wad akhirnya aku dapat balik dengan baby. Seronok rasanya dapat jumpa anak-anak di rumah. Emosi aku start okay sikit-sikit. Dapat menyusu dengan lebih selesa. Luka ceaser pun getting better masuk minggu ke-2 tu dan minggu kedua tu juga baru dapat berurut 3 hari dengan bidan. 


Yang syukur sangat baby langsung tak ada kuning kali ni. Abang kakak sebelum ni pun kena kuning tak tinggi pun seminggu pertama je. Kali ni clear sungguh walaupun kami laki bini darah 0+. Haih sungguhlah Allah tu uji kita ni ikut tahap kemampuan kita kan. Yela kalau kena kuning jenuh juga lah buatnya kena warded balik ke kena ulang alik klinik ambil darah anak ke.. dengan aku sakit perut kena ceaser lagi kan huhu. Syukurlah sangat-sangat. Anak pun tak banyak ragam aku taklah letih sangat. 

Dhia dan Danish ofkos teruja dapat adik baru. Kejelah nak duduk dekat adik je kan. 2 minggu pertama lepas bersalin tu mak masih teman aku dekat rumah. Mak tolong tengok kan dan masak untuk anak-anak je. Makanan aku, aku upah mintak tolong jiran masakkan hehe. 

Rasanya dekat sebulan berpantang dekat rumah sendiri baru aku balik rumah mak aku masa tu (cuti sekolah hujung tahun) sebab aku kena tunggu Dhia yang kena join macam-macam aktiviti sekolah dah hujung-hujung tu. huhu.


Habis Berpantang no 3

Dah tu je cerita aku. Tak eksaited sangat pun nak baca khennn... Anak no 3 Dayyan Mateen nama diberi. Jangan tanyalah kenapa nama tu. tatao dah nak letak apa hentam je lah 😂

Anyway berpantang kali ni tak macam berpantang sangat huhu. Bengkung aku pakai jenis moden je sebab ceaser kan tu pun culas nak pakai. Yang tak bestnya lepas pantang tak kurus-kurus pun aku ni.. makin upgrade pulak sizenye hahahah.

So selepas bersalin no 3 ni ada cita-cita nak bersalin lagi ke? hehe Aku ni kalau boleh nak anak satu pasukan bola sepak hahah. Tengoklah berapa orang rezeki Allah nak bagi. Dia bagi aku amik... Tapi not now lah. Sebab aku rasa aku kena fitkan badan dulu sebelum ready untuk pregnant lagi. Letih wooo pregnant badan tak berapa nak kurus ni. Risiko pun macam-macam kan Al-maklum usia dah lanjut ni huhu. 

So... nak kurus nak kurus tapi kuat makan tak berhenti... bila masa nak kuruss tewwwwww 😑😑


Sekian, cerita bersalin aku. Gambar kemudian lah. bersepah-sepah dah mana aku simpan hahaha. 

Daaaa!😜


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers