9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, February 14, 2013

Si Botak yang Comel


2 bulan cuti bersalin haritu memang cukup buat otak My tepu. Rase macam dungu semacam je bila dah lupa cara nak bekerja. Boleh gitu? -..-  Rasa macam dianaktirikan pun ado bila orang yang dulu replace tempat kita masa maternity kini lebih tau lebih dari kita hehe. Lady boss dah bagi task last week tapi once dapat task terpinga-pinga My dibuatnya. Mulalah tertanya-tanya.. dari mana harus aku bermula? Fuhhhh… cari balik semangat bekerja yang dah lama diperam… come on My u can do it!!

Blog sekarang dah macam tapai rasanya. Dengan header, skin tak bertukar-tukar… tu atas tu gambar masa zaman den anak daro tu takdo dah badan cenggitu dah… haha. Tak menyempat nak tukar. Takpe, bukan priority so biarkan dulu. Yang lebih penting? Tanggungjawab pada suami dan anak & tanggungjawab sebagai kuli di tempat My bekerja. Ye…. 24 jam sehari sekarang seakan 24 saat.. fuhhhh bukan masa yang tak cukup tapi My yang belum pandai nak manage masa. Takpe, slow-slow kayuh InsyaAllah My akan biasa dengan kehidupan sekarang. Amin….


Anyway, cuti CNY yang lepas (yang tak rasa macam cuti tu sebab masa berlalu terlalu pantas!) My balik kampung mak abah di segamat. Seronok sangat sebab dapat berkumpul semua adik-beradik. Bukan senang kami 7 beradik dapat berkumpul serentak macam tu… raya pun belum tentu dapat sebab turn beraya ada yang tak sama (sorang mungkin turn rumah mertua). Yela dah sedia maklum kami semua tinggal jauh-jauh sorang duk utara, sorang duk selatan, sorang duk timur, sorang duk barat huhu. So, time-time camni bila dapat balik semua memang sangat bermakna. Kami buat majlis tahlil dan cukur jambul Dhia haritu. Alhamdulillah… Dhia lolap masa makcik-makcik tu potong rambut dia hehe so takdelah dia tunjuk taring meragam ke melalak ke hehe. Walaupun rambut macam tak berapa nak ado kan potong je lah kontot mana pun cukup syarat…:D Petang tu daddy n aunty dia duk sama-sama botakkan kepala dak kecit tu hehe… licin kepala anak mummy… :)

Aqiqah Dhia My buat dekat EziQurban je. Selain harga kambing lebih murah boleh gak berbakti kepada yang memerlukan kat luar negara tu. Biasanya aqiqah diorang akan adakan di negara-negara luar yang memerlukan. Once dah buat aqiqah sijil akan diberikan. Alhamdulillah… senang. Tayah susah-susah nak cari kambing buat korban niatkan je wakilkan EziQurban untuk melaksananakan Sunat Muakkad tersebut… :)



Dhia sekarang semakin bijak… Dah pandai berborak-borak dengan mummy daddy. Lagi-lagi dengan daddy…kemain dia kalau borak walaupun kami tak faham apa yang dia cakap layankan aje la hehe. Dahlah makin di ajar direct bf makin liat dia nak terima. Kemain ngamuk dia kalau My sua Miss B kat mulut dia. Seboleh-boleh dia taknak isap walaupun My dah picit-picit kasi hint yang susu boleh diperoleh dari situ jugak! Dia taknak. Nak jugak botol… bila sua puting botol kemain lahap dia hisap.. alahai Dhia… Takpelah, salah mummy gak bagi botol awal-awal kat dhia.. sekarang dhia taknak df mummy gak yang susah huuuuu. Takpe, mummy takkan putus asa! Mummy akan usaha lagi untuk pujuk anak mummy ni… and at the same time mummy pun takkan malas pump susu untuk dhia. Mummy akan pastikan Dhia minum susu mummy je sepanjang 2 tahun ni ok! Mummy akan berusaha dan terus usaha!!! Amin….. :)


4 comments:

Iha Zaliza said...

Comelnya Dhia.. :D
Akak, Segamat kat belah mana ye? Mana tau kot2 kita sekampung ke.. dulu saya pernah rasa mcm akak jugak, adik beradik sebelah mak dalam 14 orang, kalau dapat berkumpul sekali kamera WAJIB ada.. :)

mynameismy said...

@Iha Zaliza

segamat duk palong timur... :)

Permata YangDicari said...

wah semangat ! :)

mas saari said...

anak akak pulak tak nak botol.. puas gak ajar! kalau dia tak nak tu jgnlah nak sua mmg ngamuk sakan.. risau gak ni nanti nak antar taska..hu3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers