9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, May 13, 2013

Cara Pengendalian Susu Ibu ke rumah pengasuh atau nursery

Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini My masih Berjaya memberikan yang terbaik untuk Dhia.. susu ibu! Moga Allah izinkan My untuk terus menyusukan Dhia, Amin…. 

Bagi ibu menyusu yang bekerja macam My dah pasti perlu membekalkan stok susu ibu kepada pengasuh anak. Kalau yang hantar ke nursery then kena hantar kepada nursery lah… Macam My, My hantar Dhia ke rumah pengasuh. Awal-awal dulu agak janggal nak membekalkan susu badan ni tapi lama-lama… alah bisa tegal biasa… bila benda dah jadi rutin.. semua benda jadi senang.. =) 

Cara My: 

1) Pastikan setiap storage botol berisi 4oz susu ibu. My letak 4oz sebab Dhia minum 4oz setiap penyusuan. 

2) Untuk bekalan ke rumah pengasuh, kesemua stok Dhia adalah daripada chiller sebab sedia maklum My dah tak ada bekalan ebm daripada freezer. So, those yang ada stok beku malam sebelumnya tu bolehlah turunkan 1 atau 2 botol yang tarikh paling lama daripada freezer, gantikan yang fresh dari chiller 1 atau 2 botol juga ke freezer. 

3) Labelkan 1,2,3,… mengikut urutan untuk setiap botol. First in first out. Mana susu yang pump dulu harus minum dulu. Those yang ada stok susu dari freezer bolehlah labelkan stok beku tersebut selang seli dengan yang fresh ataupun labelkan untuk penyusuan yang tengah-tengah. Contohnya 1 (fresh), 2 (fresh), 3 (beku), 4 (beku), 5 (fresh), 6 (fresh). Susu beku tu sebaiknya yu ols cairkan dulu di bahagian bawah pada malam sebelum nak hantar kepada pengasuh ye. 

4) Pagi esoknya masukkan stok susu ke dalam cooler bag beserta ice pack dan siap untuk dihantar kepada pengasuh! =) Bekalkan ikut keperluan anak. Macam Dhia biasanya sepanjang di rumah pengasuh akan minum 4oz x 5/6 botol. So, My akan bekalkan dalam 7-8 botol. Biar lebih jangan kurang… =) 

5) Untuk first timer hantar bekalan kepada pengasuh/nursery silalah terangkan kepada penjaga cara-cara pengendalian susu ibu ye. =) Seeloknya sediakan pemanas botol (warmer) khas untuk memudahkan pengasuh memanaskan susu… =)

Note: 

#Susu beku yang telah dicairkan bertahan 24 jam selepas cair sepenuhnya. (Susu beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) 
#Susu yang telah dipanaskan tetapi tidak diminum oleh bayi bertahan antara 3-4jam 
#Susu yang telah dipanaskan tahan selama 1 jam sekiranya dah diminum oleh bayi tetapi tidak habis.

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

Rai Ourkizuna said...

boleh tahan dak bam bam ni minum.. aisy minum sikit je siang..

With Julia said...

bagus tau....teruskan menyusu dhia smpai 2 thn ye :)

Liyana said...

Hai my :)

mrs gold said...

MG pon x dak stok banyak..ari-ari kena usaha pump..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers