9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, October 27, 2014

Saya Belum Bersalin hehe

Baaa chak! hehe. Aku belum beranak lagi. 39 minggu dah sekarang. And harini kali terakhir aku gi checkup kat Klinik Kesihatan.

Kalau ikut gomen, aku dijadualkan kena serah diri pada 30hb ni (due to GDM). Kalau ikut private aku bersalin 9 November.

So, skrg ni aku dalam dilema tatao lah nak ikut mana. Doctor Wan Ratna yang aku selalu checkup dengan dia kat PMC Sg Buloh tu tengah bercuti sehingga 2 November. Dia kata akan ada replacement Doc perempuan lain kalau kata aku bersalin masa dia takde. Harap2lah. InsyaAllah kalau sebelum 30hb ni nak terbersalin aku akan ke private dan serah diri dengan Doc perempuan tu. Nama pun aku tatao haha. Kalau kata takde Doc perempuan n aku nak bersalin dalam tempoh terdekat ni terpaksalah serah diri di gomen. Yela, dari aku mengangkang depan Doc lelaki di private lebih baik aku cuba di gomen mana tau bernasib baik dapat Doc perempuan kan.


30hb ni aku ada checkup kat private dengan doc perempuan lain tu. So aku takkan serah diri kat gomen dlu kot. Will see how. Kalau perlu 31hb baru aku ke gomen. Kalau rasa aku boleh tunggu lagi then aku mungkin akan tunggu Dr Wan Ratna balik. Yela, aku tak pernah bersalin kat private kan so aku pun tak boleh nak buat keputusan yang cepat dan tepat. Lagi2 bila kat gomen Doc sahkan aku diabetic (on diet control), di private dia takde pantau pun aku ada GDM ke tak ke, bagi doc aku ok je. dia scan baby pun ok. So dia memang tak ubah EDD asal aku 9 november tu. Dia suruh stick with that date.

Kenapa private ada dalam list? Bukan sebab keselesaan je jadi keutamaan.. tapi aku nak kan doc perempuan. That's it. ye aku tau bersalin kat mana-mana pun sakit tetap sama (typical orang kita, suka ckp gitu kan....). Tapi situasinya berbeza... tak faham tayah kondem2 hokay.. :P

Tanda2 bersalin? Belum ada lagi. Setakat sakit2 perut sakit2 pinggang tu ada lah. Aku pun tak pernah alami tanda2 hampir nak bersalin macam mana memandangkan dlu Dhia pun aku 1st experience, kena serah diri dan induce baru sakit datang. So, aku takleh nak cakap kali ni macam mana.. yang penting sakit tu bukalah contraction sebab contraction sakit yang konsisten. 

Aku harap2lah aku akan bersalin dalam masa terdekat ni. Aku harap2 ada turun tanda. Aku harap2 la tayah nak paksa (induce) bersalin baru baby nak keluar. n aku harap2 dan berdoa sangat aku dapat bersalin dengan doc perempuan.. tak kisahlah bersalin kat private or gov.

Pray for me pls... 


4 comments:

farhana mohamad said...

semoga dipermudahkan sume urusan kak. :)

InaYusoff said...

moga selamat semuanyee..

:)

Hamidi SP said...

Jumpa ngan ustaz mintak buatkan air baca-baca agar dimudahkan bersalin cepat..Insyaa-Allah selamat..:)

Anonymous said...

Maz pun dah 39 weeks.menunggu tanda bersalin yang tak muncul2 lagi.harapan dan doa moga urusan kite dipermudahkan.ameenn.umur anak My (Dhia) ngn anak Maz sebaya.lahir 3.12.12..ni nak bersalin nombo 2 sama jugak ke ek.hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers