9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, October 8, 2014

Peristiwa Gerhana Bulan Penuh 8 Oktober 2014

Semalam dapat message di whatsapp pasal Gerhana Bulan yang dijangka berlaku hari ini, 8 Oktober 2014 (Rabu) bersamaan 13 Zulhijjah 1436H. Whatsapp ni kalau di manfaatkan dengan betul benda yang kita tatao pun kita boleh tau. Nah, kalau tak dapat msg ni tatao pun harini ada gerhana bulan hehe.

Bagaimana Gerhana Bulan Terjadi?


Gerhana bulan terjadi apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya

Jenis Gerhana Bulan


Gerhana bulan penuh - Pada gerhana ini, bulan akan tepat berada pada daerah umbra.

Gerhana bulan sebahagian - Pada gerhana ini, tidak seluruh bahagian bulan terhalang dari Matahari oleh bumi. Sedangkan sebahagian permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra. Sehingga masih ada sebagian sinar Matahari yang sampai ke permukaan bulan.

Gerhana bulan penumbra - Pada gerhana ini, seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra. Sehingga bulan masih dapat terlihat dengan warna yang suram.

Gerhana Bulan pada 8 Oktober 2014



Berikut maklumat mengenai gerhana bulan tersebut:

Gerhana Penumbra bermula                  :           4.15 petang
Gerhana Bulan Penuh bermula               :           6.25 petang
Kemuncak Gerhana Penuh                     :           6.55 petang
Gerhana Bulan Penuh tamat                   :           7.23 malam
Gerhana Bulan Penuh tamat (umbra)      :           8.34 malam
Gerhana Penumbra tamat                      :           9.33 malam

Solat Sunat Gerhana

Sebagai seorang Muslim, apa yang kita boleh lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Seluruh umat Islam adalah digalakkan (sunat muakkad) menunaikan solat sunat gerhana beserta khutbah gerhana di antara jam 7.30 malam hingga 8.34 malam. Selain itu, kita juga digalakkan untuk bersedekah dan berzikir.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bacaan bagi gerhana bulan juga hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Solat gerhana bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

(Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua).

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Cara Solat Sunat Gerhana

1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
 " الص ـلة جامـ عة " 
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana:
    Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya)

CATATAN :
  1. Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
  2. Tidak perlu Iqamah cukup sekadar ucapan: " الص ـلة جامـ عة "
  3. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
  4. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر)
  5. Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

sumber: google

 

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

jom saksikan

obat perangsang wanita said...

thanks for sharing.

Nurul Nurasikin Othman said...

thnx for sharing

Kin Othman said...

Boleh ke dilaksanakan sorang2 d rumah..iaitu x ikut jemaah

Anonymous said...

Tqsm

Julia Johari said...

Very good article my...bukan senang nak tgk kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers