9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, October 24, 2014

Kakak Dhia

Entah kenapa tiba-tiba nak bercerita pasal puteri kesayangan hamba yang sorang ni… Tengah belek2 belog terbaca entry lama pasal  Dhia, gambar2 Dhia… Ya Allah tiba2  mommy rindu sangat kat Dhia!



Rasa sebak tengok gambar Dhia sebab tak lama lagi Dhia dah nak jadi ‘kakak’.. She’s not anak tunggal anymore lepas ni… Entahlah. Macam-macam perasaan yang ada kat hati aku ni senanya. Aku kejamkah beri adik pada Dhia seawal ni? Puas ke Dhia bermanja-manja since dia bakal ada adik tak lama lagi? Boleh kah aku layan dan manjakan dia sepertimana sekarang bila dia dah jadi kakak? Tiba-tiba ada rasa sedikit kekesalan sebab tak beri peluang Dhia betul2 membesar sebelum berikan dia title ‘kakak’… Astaghfirullah….

At the same time… aku bersyukur sangat atas kurniaan seorang lagi umat Muhammad dalam Rahim aku ni. Siapa tak suka nak dapat anak? Tapi, betul ke terlalu cepat? Hurm, bagi sesetengah orang aku tau akan rasa terlalu cepat aku mengandung lagi.. Lagi2 masa Dhia masih sedang membesar… hurm.. Anyway, mind your own business.. :P


InsyaAllah selagi aku bernama ibu aka mommy.. seboleh2nya aku akan berikan kasih sayang sama rata pada semua anak2. Cumanya, soon bila dah ada adik aku mungkin perlu berikan lebih perhatian pada adik yang baru lahir. Tak dinafikan aku sedikit risau kalau Dhia akan 'terasa' bila dah ada adik dan aku beri perhatian lebih pada adik nanti. Aku risau dia kecik hati.. aku risau dia takkan manja lagi dengan aku... aku risau.. :(

Lately ni Dhia sangat manja.. n aku sangat terhibur dengan kemanjaan dia.. keletah dia.. Dhia semakin bijak... lagi2 bila dah pandai panggil mommy n daddy... Seronok sangat. Sikit2 'mami..'... 'ami'... 'ami...'....  Dia tau dalam perut aku ada adik.. Ada masa dia selalu panggil 'adik' kat perut aku hehe. Pengasuh kata kalau kat rumah dia pun dia rajin melayan adik, cium2 adik (baby jagaan pengasuh)... Kira dia suka jugak pada baby.. even kat rumah pun selalu main2 dengan bear pakaikan pampers bear cuci 'yak' bear hehe... she's so adorable!!!!

Aku risau nak bersalin ni. Dia nak tinggal dengan siapa kalau aku warded? Aku tak pernah berpisah dengan dia especially di kala waktu2 tidur dia... Aku risau dia tak boleh tidur tanpa aku atau daddy dia.. Aku risau dia carik aku... :'( Rasa nak bawak skali masuk wad, masuk labor.. ya Allah takutnye nak berpisah dengan Dhia... :(

Lately ni gak hari2 kalau hantar gi rumah BS mesti menangis. Sebak sangat hati aku bila dia mintak 'ukung..ukung' (dukung) supaya aku ambil dari BS. Walaupun kat sana ramai kawan-kawan dia aku dapat rasa dia tak happy berada dengan orang yang bukan mommy atau daddy dia.. Bila tanya 'dhia nak gi rumah ibu tak'... laju je dia cakap taknak.. Kalau nak keluar ke mana2 dah tau dah laluan nak ke rumah BS... Selagi tak melepasi rumah BS risau dia kalau2 kitorang hantar ke sana. Dia lagi seronok kalau ada dengan mommy n daddy...:')

Haih, aku harap2 lah one fine day aku dapat berhenti kerja n jaga anak2 aku sendiri... lihat anak2 aku membesar sendiri.. Belajar erti sabar.. belajar jadi emak sepenuh masa.. InsyaAllah.... moga Allah makbulkan doa aku ni....

Dhia, apapun jadi, banyak mana pun adik yang mommy nak berikan pada Dhia kelak.. mommy nak Dhia tau, mommy sayang sangat2 kat Dhia... Dhia lah permulaan mommy jadi seorang 'ibu'... Mommy mintak maaf kalau mommy kadang2 garang dengan Dhia.. :( 


Dhia jangan nakal-nakal okay.. jadi anak yang baik.. jadi kakak yang penyayang okay.. :)

i love you to the moon n back!!!! :-* :-*




2 comments:

Rai OurKizuna said...

cerianya dhia.. jangan ada kekesalan.. jangan ada ragu ragu.. perancangan Allah yg tterbaik.. yang bagusnya, dia ada kawan utk sama sama bermain dan membesar.. she'll enjoy it.. insya allah..

Anonymous said...

salam sis.
situasi sis sama mcm saya, skrg saya tgh preggy 2nd baby. anak pertama umur 2y. masa mula2 preggy yg 2nd ni, rasa hati saya mcm sis juga..takut dan kesian pada anak pertama.takut kalau saya tak adil dalam beri kasih sayang yg sama adil. kesian jika saya terabaikan anak saya yg pertama ni bila adik dia dah keluar. saya selalu berdoa agar saya dapat membesarkan anak-anak saya nnt dengan kasih sayang yg cukup. tak akan ada sorang pun yg lebih atau kurang. akhirnya saya dpt dpt satu jawapan, iaitu, jika saya dan suami tiada nnt, anak-anak saya tak akan keseorangan. dia ada adik beradik yg akan saling bergantungan. mmg ada sepupu2 dia, tapi adik beradik adalah yg paling rapat dan faham. jadi saya pegang jawapan tu sampai skrg. saya sedang berikan anak pertama saya ni teman utk dia bermain sama2, teman dia bila kami ibubapa nya sudah tiada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers