Pagi tadi pergi kerja naik train setelah sekian
lama. Bulan puasa haritu sesekali je rasanya naik train. Selebihnya My drive
tak pun merempit dengan enchek hasben. This time, enchek hasben dah tak bagi
pergi kerja dengan dia gara-gara perut semakin membulat… bahaya katanya. So, My
akur dan kembalilah kesetiaan kepada train komuter selepas ini. Nak drive tak
larat rasanya nak harung jammed tuh. First day pergi kerja komuter dah buat
hal.. perjalanan yang biasanya mengambil masa kurang sejam dan boleh sampai ke
office sebelum 8.30 am dah jadi lambat sebab train stuck memanjang. Damn betul…
Nama je train baru tapi service tak pernah dan tak akan improve! Sudahnya My
sampai office pukul 9.00 am… sedey…! -..-
Banyak benda senanya My nak stori mori… 2-3 hari
lately ni macam-macam hal jadi… My bukannya duduk bersenang lenang berehat di
rumah ataupun dok melantak gi open house raya yang tak putus-putus. No… Raya
untuk My hanyalah minggu pertama yang lepas… Minggu-minggu seterusnya bakal
tidak berkesempatan ke open house teman-teman mahupun kenduri kahwin… maaf! L
As I mentioned in previous entry, I have been
admitted at Hospital gara-gara demam+muntah-muntah teruk. Penangan raya
barangkali.. -.-‘… selepas 2 malam di hospital My hanya sempat berehat di rumah
semalaman sebelum continue check up di Klinik hari berikutnya. Malam merdeka tu
My dan enchek hasben berkampung di rumah in-law untuk final preparation wedding
adik ipar on 1st Sept (last Sat). So, memang takde berehat betul
pun. My kat rumah in law pun takdelah berehat sangat tolong-tolong mana yang
patut yang mak buyung boleh buat… Enchek hasben? Memang sangat sibuk
memandangkan dia antara siblings yang paling boleh diharap untuk uruskan segala
benda. My memang tak sempat langsung nak bermanja dengan dia for that 2-3 days
tu… Kesian enchek hasben kepenatan. Nasib baiklah My tak jatuh sakit lagi..
kalau tak bertambah-tambahlah tekanan enchek hasben.
On the wedding day tu majlis akad nikah yang
sepatutnya berlangsung pagi tu jadi sedikit huru-hara bila my father in-law
jatuh sakit. Dia tak sedarkan diri… Lebih memilukan tok kadi tak dapat nak
sahkan persetujuan ya atau tidak untuk mewakili bapanya sebagai wali untuk
menikahkan adik ipar dan bakal suami. Kakak, adik, abang enchek hasben
masing-masing dah kelam kabut… melihatkan keadaan bapak yang tak nampakkan perubahan
membuatkan masing-masing menitiskan airmata termasuklah My… alahai bapak…. L
Jiran-jiran, sedara-mara masing-masing sibuk nak
masuk bilik tengok keadaan bapak. Tok kadi yang baru dipindahkan ke Masjid
Taman berkenaan, di mana majlis pernikahan pada hari tersebut merupakan
pengalaman pertamanya di situ turut cemas.. dan masih bertungkus lumus
mendapatkan persetujuan si ayah. Tapi bapak masih tak sedarkan diri… dia di
antara sedar atau tidak… Kakak enchek hubby dah call ambulans.. enchek hubby
pun dah tak keruan… My nampak mata dia berkaca….
Ambulans datang…. Pegawai2 perubatan ke bilik
tengok keadaan bapak. Beberapa minit kemudian tok kadi masuk lagi ke bilik
bertanyakan si ayah sudah sedar atau belum. Mungkin si ayah dah sedar sebab tok
kadi keluar dengan raut wajah menandakan majlis pernikahan dah boleh
diteruskan. Enchek hasben bgtau nak ke hospital teman bapak… My tak sedap hati,
tarik tangan enchek hasben n bgtau dia… “I teman u pegi hospital k?’…. terus
dia tunduk… airmata yang ditahan dari tadi keluar jugak… Ya Allah, kesian
sangat tengok keadaan enchek hasben masa tu… My urut-urut belakang dia.. “Janganlah
nangis sayang… bapak takde pape tu… dah-dah…”… My n enchek hasben follow
ambulans ke hospital hantar bapak lepas tu. Tak sampai hati biarkan enchek
hasben sendirian.. dahlah dia tak tidur langsung malam tu. Haih~ Apa yang terjadi dengan majlis akad nikah dan
kenduri lepas tu memang kami dah tak ambil peduli. Serahkan semuanya kat abang
enchek hasben dengan harapan ianya berjalan lancar sementara kami ke hospital
temankan bapak.
Sampai kat hospital terus ke wad kecemasan. Bapak
tak makan berat pagi tu… dahlah cucuk insulin sebab kencing manis, lepas tu
kurang makan.. tu yang collapse. Ditambah plak dengan kerisauan dia dengan
majlis adik ipar. Padahal anak-anak dah pesan kat bapak, jangan fikir apa-apa
pun pasal kenduri serahkan semuanya pada anak-anak bapak tayah buat apa-apa.
Tapi degil, nak juga dia buat itu buat ini… sudahnya, jatuh sakit. Selepas doc
check, pantau, etc… Pukul 2 lebih macam tu kot bapak dibenarkan discharge.
Nampak dia dah boleh berjalan dan sihat. Sebelum balik rumah, kami bawa bapak
pegi makan.
Balik rumah petang tu majlis masih berlangsung.
Tapi My, enchek hasben dah tak fikir apa… Baju cantik yang patut My pakai untuk
majlis tu pun masih sempurna tergantung tanpa dipakai. Kakak enchek hasben pun
dah takde mood selepas insiden pagi tu. Tapi majlis masih berlangsung…
pengantin masih boleh tersenyum bersanding, melayan tetamu… Alhamdulillah
semuanya nampak okay even jauh disudut hati masing-masing masih terkejut dengan
kejadian pagi tu….
Petang tu My suruh enchek hasben qada’ tidur je.
Yang lain-lain tu tolong kemas-kemas apa yang patut. Enchek hasben dah flat
sangat tak berehat sejak semalamnya. Malam tu, sebelum pukul 10pm dah selesai
kemas apa yang patut kami balik rumah. Plan esoknya enchek hasben nak ke rumah
in law lagi settlekan barang-barang yang belum settle.
Pagi Subuh Ahad semalam, My terjaga bila handphone
enchek hasben berbunyi.. Adik ipar call. Dah rasa tak sedap hati cepat-cepat My
kejut enchek hasben. Tepat tekaan My… father in law sakit lagi. Allahuakbar
dugaan apakah ini. Adik ipar kata dah call ambulans. Enchek hasben yang terlalu
kepenatan sambung tidur lepas subuh tu, sementara serahkan kat adik-badik lain
uruskan bapak. Sebelum tengahari tu baru enchek hasben gerak ke hospital. My
duduk rumah je lah, memang dah tak larat sangat nak ke mana-mana. Tak lama
lepas tu, dia call bgtau bapak kena tahan wad.. tahap gula dah kritikal
rendahnya. Hurm, eloklah berehat di wad boleh doc pantau mana-mana yang patut.
Hurm…. Macam-macam hal. Yang paling My kesian kat
enchek hasben lah. Penat tak hilang lagi. Dahlah dah banyak hari dia ambil cuti
kerja lately ni… haih~ Coming Saturday ni kami nak gerak ke Kedah plak… wedding
adik ipar sebelah pengantin lelaki. Nampaknya Mak n bapak mungkin tak dapat
turut serta lah gamaknya. Better. Biarlah bapak berehat je kat sini. Semoga
bapak cepat sembuh…
Lepas satu… satu… lepas ni apa pulak? Ya Allah
permudahkanlah urusanku dan suamiku….. L




2 comments:
ya allah kesian nyer...
semoga bapak cepat sembuh kembali..
banyakkan bersabar my...
dugaan semua tu!
moga my dan baby sentiasa sihat ye!
Post a Comment