9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 26, 2012

Baby Scan at 30 weeks++

babycenter~

Semalam balik kerja pergi klinik scan baby… Hehe.. dah tak muat screen tu nak tengok whole body… kenalah doc tunjuk satu-satu dari bahagian kepala hingga ke kaki… J Saje je nak scan, last scan haritu buat 4D tapi masa tu My pergi sorang je memandangkan enchek hasben keje. Klinik yang buat 4D tu susah sket nak cari time doc perempuan available.. Biasanya weekdays je. Kebetulan on Saturday tu doc perempuan ada tu yang My gi sorang… balik tunjuk gambar n CD je kat enchek hasben hihi. Tapi kita tengok n senyum sorang-sorang tengok baby tanpa suami tak syiok la kan…

So, semalam ajak enchek hasben pegi scan 2D, rindu kat baby. Baby dah membesar dalam perut… sukanyaaa… Ingat lagi masa awal-awal pregnant.. baby kecik sangat… masa tu nampak dia menggeletik macam berudu comel je… Now kejap je baby dah besar… semalam masa doc tengah scan aktif betul dia gerak… doc kata marah la tu kita dok intai dia hahaha.

Dari scan semalam doc kata uri okay berkedudukan di atas, air ketuban pun cukup… besar baby pun normal mengikut umur kandungan… Tapi mesin doc tu takleh nak tau la berat baby hihi tapi dia kata baby tak besar. Tu yang My risau tu… biarlah dia membesar seiring dengan umur kandungan…. Jangan terlebih besar sudah lagi-lagi mommy dia ni ada GDM kannnzz…. Bukan apa.. impian My, nak bersalin normal… InsyaAllah boleh!

Dah beberapa kali scan due date mungkin bukan 30/11… haritu scan kat KK dia kata 5/12…. Semalam kejap 4/12 pastu last skali 7/12 plak hihi…. Tapi bersalin boleh jadi dua minggu awal atau dua minggu lewat… Tak kisahlah, yang penting baby keluar dengan sihat…. Amin…. Tak sabar nak tunggu baby keluar… Seronok sangat tengok baby gerak-gerak setiap hari… kalau My bacakan Quran atau dengarkan ayat2 Quran/selawat aktif je dia gerak… Kalau daddy dia borak-borak dengan dia pun dia bagi respon macam faham-faham je kita tengah cakap dengan dia hihi…. Oh masa, cepatlah berjalan… tak sabar nak peluk n kiss baby… J

Jantina baby?? Heeee~ tunggu je lah dia keluar nanti okay…. J

6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

rindu nyer moment ni..hehehe..

Gadis said...

apa-apa pun kene get ready yer...
hihihi...

edd tu..
kalau nk tau yg betul adalah edd yg mula2 kiter pgi scan...=)

Nur Danisha said...

sy pn due awl buln 12 ank yg ke-3..rs cm ramai lk yg bkl bsalin disember nt..ehheh..scan mne satu yg ok..bnyk sngt D nye..2d,3d,4d..bpe ye kne caj..xpnah wt.

juicy X said...

bestnyaaa. x sabaq tggu baby kami besaq =_=

Ayu Na said...

waa dah besar bby~ lg brape week je kan..gud luck! hehehe..

xsabar nk tggu my bby besa gak.. :)

Zie Madini said...

hehe...alhamdulillah semua ok. rindu z dgn saat bby still dlm perut taw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers