9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, June 18, 2011

SISTEM DAN PERKHIDMATAN CELCOM LEMBAB NAK MAMMPPPPP!!!!

[Sambil mengurut dada]

Tengah marah ni tengah marah ni... Mana tak marah kesetiaan dan kecintaan My pada Celcom tercabar bila harini My dapat msg di mana total bil pada bulan ini adalah RM290.75... 

Sebenarnya isu ni dah berlarutan sebulan yang lalu.. Masa My dah settle bil bulan lepas berjumlah RM80. Yela next bill tu tak boleh nak tahu lagi kan tapi kita boleh tahu penggunaan setakat mana yang kita dah guna kan? Selang beberapa hari lepas settle bulan lepas tup tup Celcom hantar msg beritahu penggunaan My setakat hari itu dah cecah 50-70% kredit limit.. aik?? pelik! Bil dah settle sepatutnya penggunaan setakat berapa hari tu mesti baru berapa hinggit. Takkan dah cecah kredit limit RM150 kot??? Tup tup check dah lebih dari kredit limit.. Masa tu 250++ siap dia sekat panggilan lagi.. What the????!! sape tak barannnn beb...

Yela Apehal sampai RM250++ sedangkan My tak banyak guna untuk call/sms. Biasanya bulan-bulan banyak mana pun My guna tak pernah lebih RM100. Nak kata sebab My roaming pegi Vietnam haritu masalahnya amount yang My roaming dah pun masuk pada bil sebelum ni. My pergi Vietnam 13-17 Mei. So memang dah dia masukkan yang roaming tu pada bil bulan lepas. Then jumlah RM250++ tu untuk apa??? Kalau itu pun sebab roaming kenapa dah seminggu lebih My pergi Vietnam baru dia masuk kat bill penggunaan setakat hari itu??? 

Tak puas hati My suh enchek tunang call celcom centre tanya jumlah tu untuk penggunaan apa. Kalau My yang call My tak boleh cover2 dah memang bagi kaw kaw.. Then customer service tu cakap tak boleh trace kena tunggu next bill punya amount baru boleh trace. Ikut date, setiap 18hb My akan dapat total amount bil setiap bulan. Ok then.. My sabar.... My tunggu sampai lah hari ini 18hb....

Dan tadi dapat message dari Celcom mengatakan penggunaan My bulan ini adalah RM290++... demmm... Tak fikir panjang My terus call centre. My suh dia check all the details penggunaan tu. Boleh dia kata tak boleh nak trace lagi?? macam @#$%^& la!!! Dah sebulan aku tunggu sekarang kau nak aku tunggu lagi sehari pun aku dah tak boleh sabar kau tahu takk!!! 

Pastu apa lagi My argue lah all their statements!! memang siaplah kalau My yang call hamikk makan maki hamun aku!! Dan customer service tu yang telah di training supaya bersikap cool walau apa jua yang customer dok meroyan maki kat dia makanya dia pun buatlah suara annoying konon-konon cool!!... 'mintak maaf cik.. mintak maaf cikkk...'.. 'saya tak boleh buat apa-apa'.... 'saya cadangkan cik call kami semula'... puihhh!!! 

My tak kisah kalau tiba-tiba bil My naik dan itupun kalau betul-betul itu adalah atas sebab My yang guna. Tapi yang My marah sangat sistem zaman tok kaduk mana yang diorang pakai.. sampai tak boleh nak trace jumlah tu atas penggunaan apa? Sebagai contoh harini My call berjam-jam, my guna internet, my roaming dan sebagainya. Then bila My call centre tanya details penggunaan tu sepatutnya celcom boleh trace My guna setakat itu adalah penggunaan segala yang kat atas ni. Ini??? harammm!! langsung tak boleh trace. kena tunggu sebulan sampai next bill dan kesemua jumlah dicharge baru boleh tahu. Itupun dah smpai the date till kena tunggu lagi!!! tak ke lembab namanya????? mana tak bikin haru macam nihh!!!

perghhh... memang marah sangat... menggigil je lepas letak tepon tadi.. darah sampai naik kepala la. huhhhhhh.... kalau ada heart attack ni selamat dah nih.. grrr

My nak call balik esok tanya all the details. Kalau tak memuaskan jugak. My bercadang nak curang dengan celcom!!!

orang kata Digi punya plan pun bagus? betul ke?? ada sapa-sapa pakai digi? boleh bagi pendapat? and how if My nak guna number celcom tapi switch to digi..?? kena pergi digi terus ke? atau kena terminate kat celcom dulu? mana satu? 

hurm.. sorryla korang.. meroyan tak pasal2.. baru lega sket.. pffftttttt~

foot note: mesti customer service tu dok maki hamun My balik lepas My letak tepon kan? grrr

9 comments:

BlueberrY CheesE said...

huuuuuu...sabar dear...sabarrrrr..betul, kadang2 service celcom ngeng. saya kena hari tu. tapi celcom broadband. hampir seminggu xleh guna. leceh betul. siap suruh fax kan resit pembayaran. ngeng. tapi nsb bek celcom centre die cam cool. kalo x, memang hamburr lah. huhu

*nice blog dear. cantik header! ^^

EZAN IDMA said...

sabar2, hehe

mas saari said...

akak pun pernah kena camni gak dgn maxis...diaorg ni mmg banyak charge tersembunyi!

cantekk said...

setahu i la budak2 celcom ni prihatin, lagi mesra pengguna....

hmmm...ape lg, buat aduan la

forever love said...

akk atq pun kene..

masa die kat thailand.. die ingt roaming auto.. padahal tak.. pastu mintak la husband die tolong roaming kan.. tapi tak boleh.. sebab plan 5 + 1 tue atas nama akk atq.. so kene akk atq sendiri yang roaming..

tue satu.. satu lagi masa mak atq pi mekah.. tak leh roaming sebab tak cukup 6 bulan lagi pakai.. padahal semalam dah cukup 6 bulan.. selamat nom atq boleh guna

cik pulau said...

errkk.. macam haremmm...

Sunah Sakura said...

erkkk! payah gak pakai bil ni eks~

ibnubaba_04 said...

aku benci gila celcom..sllu tolak kedit aku

nelly said...

marah nampak ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers