9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, June 9, 2011

[Sinopsis] NORA ELENA | SLOT AKASIA TV3

Sebuah Drama yang diadaptasi dari sebuah novel
terbitan Karangkraf berjudul Kasih Yang Suci

Arahan:
Jet Li

Barisan Pelakon:
Aaron Aziz sebagai Ahmad Seth Tan

Siti Saleha sebagai Nora Elena

Zul Ariffin sebagai Idham

Ery Putra sebagai Amir

Fateen sebagai Adila

Ana Dahlia sebagai Azira

Shah Iskandar sebagai Malik

Miera Liyana sebagai Maria Tan

Sinopsis:

Mengisahkan mengenai kehidupan seorang wanita bernama Nora Elena yang dihantui bayangan silam apabila dirogol oleh insan yang tidak dikenali sepuluh tahun yang lalu. Dia yang susah untuk menerima lelaki akibat daripada peristiwa hitam itu akhirnya membuka hati untuk lelaki bernama Idham yang telah menjadi tunangannya dan merancang untuk berkahwin.

Walaubagaimanapun, keadaan mula berubah setelah dia bertemu Seth Tan. Kerana perasaan cemburu, Idham telah melontarkan tuduhan tidak berasas terhadap Elena tanpa usul periksa. Lebih perit, Idham memutuskan pertunangannya dengan Nora Elena disaat hari perkahwinan mereka semakin hampir.

Dalam saat keluarga Elena mengalami jalan buntu, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut. Ternyata doanya dimakbulkan Tuhan untuk dipertemukan semula dengan insan bernama Nora setelah sepuluh tahun dan siapa sangka, beliau kini akan mengahwini Nora Elena yang dijejaki sejak sekian lama.
Namun bagi Elena, perkahwinan mereka hanyalah sekadar di atas kertas. Perkahwinan atas dasar bukan kerana cinta walaupun hakikatnya Seth Tan yang kini menjadi suaminya amat menyintainya.
Mampukah Elena pertahankan egonya dengan menidakkan hak Seth ke atasnya? Mampukah Elena melupakan kisah silamnya dinodai tanpa rela? Mampukah Elena terus menyembunyikan rahsia itu kepada suaminya?
Kenapa Seth Tan terlalu ingin bertemu semula dengan Nora Elena setelah sekian lama? Adakah benar hanya kerana Nora cinta pertamanya dan tidak kerana perkara lain yang disembunyikan daripada pengetahuan Nora Elena?
Siapakah lelaki durjana yang sanggup meragut kehormatan Nora Elena suatu masa dulu????

Mampukah perkahwinan mereka bertahan sehingga akhirnya??????
*******************************************
Jeng jeng jeng… tak syiok cerita sampai habis. Jom kita layan Nora Elena di tv3 setiap Isnin-Khamis jam 7pm – 9pm.. Tak dapat tengok? Tonton.com.my kan adaaaaaaaa…..;)
Nota kaki: My dah tengok sampai episode 12!! Nak kejar Ujang yang giler jugak dengan citer tu hahaha…

3 comments:

Cik.Tedy said...

hehee..i like dis drama very much..hek3...=D

Faztee Danisha said...

jeng..jeng..sir ni dh dekt nk abis..OMG..xpe nt leh ulang tyg download..ari2 tengok

syukur atas nikmatnya
petronas untung besar..kemain lg

msredcheesecake said...

cik my,
virus nora elena belum kena msred gi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers