9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, June 16, 2011

NORA ELENA MATI TAK SAMA SEPERTI ENDING DALAM NOVEL? | KESUDAHAN DRAMA NORA ELENA SLOT AKASIA DI TV3

Hamik kau punya panjang tajuk den bagi…-.-’.. Dalam masa kurang 7 jam daripada sekarang, drama kegilaan ramai akan bertemu penghujungnya apabila episod terakhir dijadualkan berlangsung hari ini jam 7pm. Yang bekerja office mungkin akan pulang tepat pada waktunya tanpa lewat sesaat pun agar boleh pulang sebelum drama bermula. Yang kerja shift malam mungkin akan buat-buat sakit dan amik MC dengan harapan dapat menonton Seth Tan dan Nora Elena kesayangan.. Yang ada kuliah malam? Tuisyen malam? Alah lepas drama still boleh pergi kan kan..;D **oh kalau sad ending barangkali akan berkabung untuk ponteng sahaja..;D

Dalam pada waktu Nora Elena bakal bertemu riwayatnya, ramai yang membuat andaian dan spekulasi mengenai apa yang bakal terjadi di episod terakhir hari ini. Apakah yang mungkin terjadi pada Nora Elena dan Seth Tan? Adakah takdir pengarah drama akan menyebelahi mereka? Bahagiakah mungkin? Deritakan mungkin?

Kalau dalam novel berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi untuk meberikan kelainan dan impak dikatakan ianya telah diubah kepada sad ending. Nora Elena dikatakan mati pada akhirnya.. Maka terpadamlah perjalanan cinta antara Nora Elena & Seth Tan. Hanya zuriat yang ditinggalkan Nora Elena yang menjadi bukti cinta mereka.

Tapi persoalannya, bagaimanakah Nora Elena mati? Adakah salah satu dari berikut??
  • Nora Elena dibunuh dengan kejam oleh Yvone yang berkomplot dengan suami si Nilawati, Khairul Haramjadah kaki pukul tu..
  • Eid kembali ke tanah air untuk membalas dendam kesumat dengan menembak Seth Tan, tetapi malangnya, Nora Elena yang terkena peluru tersebut ketika cuba menyelamatkan suaminya....tragis sungguh!
  • Nora Elena meninggal kerana ketika melahirkan anaknya dan Seth Tan memberikan nama anaknya juga Nora Elena untuk memperingati isterinya yang tercinta. Akhirnya, Seth Tan bahagia dengan Nora Elena, iaitu anaknya buat selamanya...
Mana satu pilihan anda??? OMG! Kalau bagi pada My?? My lebih rela menutup siaran TV3 daripada melihat kemungkinan semua itu terjadi!! The original story tidak boleh diubah.. no! jangan sesekali memusnahkan impian dan harapan peminat-peminat Seth Tan dan Nora Elena yang melebihi 800,000 di Mesia ni!!!

Walaubagaimanapun, please take note... ending listed di atas hanya akan berlaku sekiranya pengarah tersebut adalah dia ni Falihin Jasmy!! Grrr… More details sila klik SINI… ;)

Masih adakah Seth Tan yang bahagia memperisterikan Nora Elena lalu menghadiahkan bunga sebilik? Masih adakah Seth Tan yang romantik yang sanggup dihina oleh Nora Elena? Masih adakah Seth Tan yang romantik yang sudi mengangkat isteri tercinta ke atas katil? Masih adakah Nora Elena yang sangat bertuah memiliki lelaki seperti Seth Tan???

Apakah kesudahannya? Sama-sama kita saksikan malam ini!!!

Footnote: Dah sudah tengok tu jangan lupa Maghrib ye kawan-kawan. Pehtu baca Yaasin sekali. 
Malam Jumaat ni kan…… Jangan dok melayan perasaan dan berkhayal seolah-olah berada di dalam drama Nora Elena plak…-.-’


15 comments:

laskar pelangi said...

tak sabar nak tgk petang nie

Eza said...

huh!..bdebaq nieeee nak tunggu ptg nieee...rasa cam nak putaq jeee jarum jam tu tepat koi 7..miahahaha....

msredcheesecake said...

cik my,
dia tak mati kot...hehee...sebok nak bagi pendapat padahal dari episod 1 sampai skang msred tak tengok pon...kkekkee

mas saari said...

bagus betul cik my ni buat andaian...heheheheheee

gadis melayu said...

ape pown ending dia.. wait and see jela mlm nie.. huhuhu..^_^

Cik Ezy said...

ending nye bg sume org jhat mati..
kn sng..
ekeke

Teratak Hami said...

My,
Takmo ler ending macam2 tu ... tak sabar nak tgk ending

KAMIHIDUP said...

ni semua nak kena tweet seth tan ni tanya, heee. :)

Isteri Encek Bard said...

owh tak sanggup nak baca semua diatas

mottymot said...

huhuu. tertekan kdg2 tgk cite ni. hehee.

adiah GA dah smpai. thanks ! suke sgt. (:

Cik RendaNg Yg x REnDANg said...

memg x sabar nx 2gu ape endingnye.. =)

PinKy MoMMa said...

nasib baik eppy ending..kalau tak mau peminat semua bako kite bako hakhakhak

JMR said...

dah abes...

pasni takyah terkejar2 nk blk kije..hahaha

Sheda Argos ツ said...

sume kena tipuu mnede mati hihihihi tau dah xkn mati kik3x

Cik.Tedy said...

a really2 good ending..hehhe..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers