9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, June 10, 2011

Makna Bacaan Di Dalam Solat

Assalamualaikum… Moga semuanya sihat-sihat hendaknya di hari Jumaat yang penuh barakah ini.

Kali ini My nak kongsikan dengan y’ols mengenai bacaan dalam Solat beserta maknanya. Rasanya ramai di antara kita yang melakukan solat tapi tidak faham akan maksud setiap bacaan di dalam solat kita kan? Atas sebab itulah kita susah untuk khusyuk di dalam solat. Jom, kita baca dan fahami makna setiap bacaan dalam Solat yang kita lakukan hari-hari…

Takbiratul Ihram

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bangun dari Rukuk & Iktidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.. Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Doa Qunut (Subuh Sahaja)
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Salam

Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah

Jangan baca je tau y'ols.. faham sekali isi maksudnya. Moga-moga kita dapat menikmati solat yang kita lakukan hari-hari dan memperbaiki kekusyukan Solat kita...;)


Nota kaki: Nak pos hadiah GA!!!!!!!

7 comments:

Isteri Encek Bard said...

thanks 4 the info

Cik Jari Tembam said...

boleh print ni, heheh thanks :)

KAMIHIDUP said...

bagus entri ni, ramai yang tak tahu maknanya. terima kasih. :)

qasehraihan said...

bagus entry ni utk ilmu kpd semua..hehe

mas saari said...

entri yang sangat bagus!
mudah2an lepas ni solat kita lebih khusyuk...

Подтверждаю said...

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

alhamdulillahh..
boleh masukkan sekali ni entri pakcik bulan lepas. menyembah angan-angan dalam ibadah.. haih~

terima kasih berkongsi pendapat,cerita dan teguran~

Entri Terbaru Pakcik :

WIDGET TRAFIK PERCUMA..

'CikMimiEy' said...

salah satu cara tuk melahirkan rasa khusyuk dlm solat ialah dengan memahami bacaan dalam solat ~~
sangat bagus ilmu yang dikongsi ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers