9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, June 10, 2011

KONSERT AKHIR AF9 BERDEKATAN DENGAN MASJID | KITA BAKO JE!!!!

Tujuan entry ini dipublishkan adalah untuk mempertahankan kesucian Rumah Allah yang dikatakan akan diadakan Konsert Final AF9 berdekatan dengannya. Tambahan, My juga ingin menyokong sahabat Blogger yang lain agar pihak-pihak berwajib membuka mata dan tak ambil remeh akan perkara ini!
amik dari qaseh raihan
Terasa insaf sebentar bila Naz cakap isu Gambit semua orang sibuk up entry.. Pasal Nora Elena penuh orang up entry tapi isu pasal konsert nak buat dekat dengan Masjid siapa ambil kisah? Kesian Ady pertahankan sorang-sorang walaupun hakikatnya My ada baca di belognya dan tinggalkan komen tanda tidak setuju akan perkara itu.

Namun itu tidak cukup, kalau My boleh UP 2/3 entry kerana gilakan Nora Elena kenapa tidak My juga tampil mempertahankan Rumah Allah yang kita kasihi????

Bila lihat pada gambar, nampak jelas tapak konsert tu berdekatan sangat dengan Masjid. Ujang cakap 500 Meter. Tapi kalau bilal Azan konfem boleh dengar kan? kalau orang mengaji, berselawat dari Masjid dah tentu semua orang belum pekak kan? Dalam tiket Konsert tu sah-sah dia tulis PRA PERSEMBAHAN akan bermula seawal jam 6 petang!! So????
amik dari belog Sunah
Kalau anda Muslim anda boleh fikir sendirilah. Kalau dah dari pukul 6 petang konsert dah start agak-agak boleh berlarutan hingga ke Mahgrib tak? Masjid tu mestilah sebelum Maghrib ada mengaji sket ke, berselawat, zikir ke kan?? Dah tu berlawan plak dengan Pre-show tu… what the fffffiiiiisssshhhh??????

Ok fine. Kalau nak bersangka baik, ok. dekat dengan Masjid so memudahkan penonton dengan krew-krew malah peserta AF pergi Masjid tu tunaikan solat la? The problem is… Diorang akan pergi ke? Perhaps yes they will but berapa orang je?? Kalau yang dah make up setebal 100 inci sayang nak kena wuduk takut make up hilang payah nak tacap balik kirim salam la nak pergi solat rite?? Tu penonton yang dah datang awal nak sangat duduk paling depan kalau boleh tahap sampai boleh nampak batang hidung Hazama.. agak-agak diorang nak bangun tinggalkan tempat supaya orang lain boleh curik tempat tu then pergi Masjid??

Sorry to say la. Tapi inilah hakikat ryte? Siapa yang makan dia terasa pedas. My bukan tatao. My pernah pergi majlis berprestij macam ni My tahu orang ramai yang hadir tu pergi Surau atau tidak untuk solat. Ada tu memang ada.. Tapi berapa kerat je? My tengok kat pintu masuk tuh dah berduyun-duyun tunggu takut tak dapat tempat padahal masing-masing dah ada tiket tapi siapa je yang pergi Surau? Time orang lain masih sibuk berteleku atas sejadah tunaikan Maghrib penonton-penonton tu 3/4 jam awal dah ada kat pintu masuk/dalam hall. Walhal, sebenarnya sempat je kalau ke surau.. kalau diorang fikir SOLAT ITU PENTING DAN WAJIB!!!
kredit : qaseh raihan
Itu kalau tempat yang tak dekat dengan masjid, bergantung pada Surau yang kecil sahaja, inikan pula Masjid besi? Agak-agak diorang pergi tak ek??? Erm..

Soal pergi atau tidak ke Masjid itu lain cerita. Ini masalah Konsert AF buat berdekatan Masjid? Walaupun bukan betol-betol depan Masjid tapi still dekat dengan Masjid ryte? Seperti mana My cakap tadi still boleh dengar Azan kan? Ok fine mungkin pihak produksi/penerbitan boleh pause kan sekiranya ada azan, zikir segala tapi… kenapa mesti anda nak buat dekat tempat tu?? Kunun nak kelainan?? Kelainan dengan buat berdekatan rumah Allah???
kredit: qaseh raihan
Ye, memang sebelum ni dah banyak event dibuat dekat situ tapi kali ni jadi isu sangat mungkin sebab dia buat waktu Maghrib.. dah ada timing dia konsert start time ni sampai time ni. Dah tentu orang tanak terlepas kan? walaupun sanggup lepaskan waktu solat. Kalau dah namanya KONSERT… tak elok didengar ye tak???

Walaupun dah suntuk still ada masa lagi 3 hari, kalau pihak berwajib tu Islam, waras, and fikir akan kesensitivian masyarakat kita maka boleh je batalkan dan buat di tempat lain! kan dah selalu buat dekat Stadium Bukit Jalil pergi la buat kat sana! Dah tak mampu bayar sewa ke??  

Moga Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang terlibat. Segala yang buruk datang daripada diri My sendiri segala yang baik datang dari Dia yang Esa…

Wassalam..~

Entry-entry lain yang berkaitan boleh rujuk di:


Ady Budika


11 comments:

Sunah Mohammad said...

harap diorang nampak...

KAMIHIDUP said...

tak song langsung af ni.

Ujang9897 said...

pointnya sekarang waktu dia buat tak sesuai..

lokasi tu dah bersepah event buat..

*pendapat aku la

nanakimie said...

owh,yeke,nana baru taw neh...thank 4 sharing

'CikMimiEy' said...

dah terang lagi bersuluh ..
memang tak relevan langsung !!!

Syahirah Suhaili said...

ish..adiela sokong..kan ke xmenghormati langsong kalau bunyi dari konsert tu berlawan dgn bunyi orang mngaji n berzikir tu sume..duhh..

alinac lover said...

oh bru tahu

Ezy Pinkpurple said...

dorg boleh ubah mase..
2pon kalo dorg ade kesedaran lg..

mas saari said...

akak pun buat gak entri pasal ni...

kita tengok kat rumah jelah! lagi senang kan?

Pembawa_Wacana said...

lagi dekat dari Konsert hari belia... Ape kes nih??

AL AZRUL said...

stakat ini, apa yg sya thu la, sbb sya dkt dgn area tu, klu d cmpur AF, dah 3 konsert d buat brdktan masjid besi.... konsert AF, konsert hari belia, konsert WOW Festival....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers