9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, June 24, 2011

Terima Kasih Allah....

Assalamualaikum..

Selamat pagi y’ols… moga ceria-ceria hendaknya di pagi Jumaat yang penuh barakah ni. Nampaknya dek kekangan waktu My tak dapat berkongsi tazkirah lagi harini. Bermakna dah 2 minggu berturut-turut..T_T..

I got things to do.. petang ni selepas habis kerja, ada Majlis Kesyukuran & Hi-Tea atas kejayaan company dapat projek baru. So, My perlu settlekan mana-mana yang patut. Harini datang office pun lewat beberapa minit sebab drive. Faham-faham je lah jalan Kuching tu kalau waktu bekerja mana pernah lengang kan..-.-’.. My bawa barang-barang untuk event tu pasal kena drive hehe.

Sepanjang selepas balik dari Pullman, Putrajaya My sempat publish entry INI sahaja. Malam tadi langsung tak online. Pergi beli barang-barang event.. balik pun dah penat basuh-basuh baju then terus masuk tidur. Pagi ni penat belum hilang lagi dan kembali bekerja…

(Tarik nafas panjang)… bekerja kena ikhlas..;)

Seperti yang My ceritakan dalam ENTRY INI, My nak sangat berkongsi dengan y’ols mengenai ilmu-ilmu yang My peroleh sepanjang berada di Pullman. Pengalaman yang takkan dapat My lupakan sepanjang 3 hari bersama Dato’ Fadzillah Kamsah, Puan Laila dan Prof Mohd Hanim… Pengalaman ini sangat berharga dan terima kasih Malakoff kerana memberikan My peluang memperolah pengalaman sebegini. My bertuah sebab bekerja di sini…;) Izinkan My habiskan dulu kerja hari ini and then bila berkesempatan lepas ni akan My kongsikan dengan semua… benda baik harus disebar-sebarkan.. betul tak?;)

Dan hari ini juga My nak panjatkan kesyukuran yang teramat sangat atas apa yang dah Allah takdirkan untuk My dan keluarga. Beberapa hari ni ada insiden yang agak dahsyat menimpa salah seorang adik-beradik kami. Nak diceritakan pun My rasa tak tahu nak cerita bagaimana. Cukuplah My cakap… Kami bersyukur sangat-sangat… Allah makbulkan doa mak… doa abah.. dan doa kami adik-beradik juga… Menangis My on the phone dengan akak dan mak malam tadi… Sampai tak boleh tidur sebab terlalu sedih dan gembira… Apa yang My harapkan, Allah pelihara dan lindungi kami sekeluarga… Amin…

(mata bergenang..T_T..)

Sepanjang hari ini, apa perubahan yang y’ols telah lakukan? Adakah hari ini adalah hari anda yang lebih baik daripada semalam? Y’ols pasti ke y’ols dah terlalu sempurna? Bukan saja sempurna di mata manusia… tetapi juga di mata Allah…

Mari kita sama-sama muhasabah diri…… yang baik datangnya dari Allah yang buruk datang daripada diri My sendiri..

Wallahua’lam…


4 comments:

Ct Arina said...

semoga hidup kite sentiase drahmati oleh DIA. sentiase bersyukur dgn kurniaanNYA =)

Pembawa_Wacana said...

semoga dirahmati Allah...

My.... Feed URL aku dah pulih....Yeah!!

Adie Achim said...

Sesajer.. blogwalking.. nice blog! ramainya follower.. follow u! follow me back k. TQ!

Sunah Sakura said...

alhamdulillah, hari ni study lebih sikit dari semalam... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers