9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, June 9, 2011

"Abang besar sudah keluar.. Wa ingat lu sudah mampus!!"

Heheh.. title tu adalah antara dialog dalam cerita KL Gangster. Dah pi tengok dah balik kerja tadi.. Balik kerja terus singgah TGV kat Jusco. Dah check tiket ada pukul 8.10pm. Pergi kaunter beli tiket then makan, gi surau pehtu layan movie! Lets check it out!!
Arahan:
Syamsul Yusof

Terbitan:
Skop Production Sdn. Bhd.

Genre:
Aksi

Barisan Pelakon:

Aaron Aziz a.k.a Seth Tan sebagai Malek

Syamsul Yusof sebagai Shark

Adyputra sebagai Jai

Zizan Raja Lawak sebagai Fadil

Shoffie Jikan sebagai Ajib

Ridzuan Hashim sebagai King

Adam Corrie sebagai Dragon

Sheera sebagai Zati


Sinopsis:

KL Gangster mengisahkan beberapa kumpulan gangster di Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Dua beradik Malek dan Jai turut terjebak ke dunia hitam ini. Malek si abang baru sahaja dibebaskan setelah meringkuk di penjara selama 5 tahun gara-gara dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri, Shark yang juga merupakan anak tiri kepada King, ketua kongsi gelap.

Malek yang sudah 'cuci tangan' cuba melakukan kerja halal di pasar borong dan mengelakkan daripada kancah gangster. Namun beliau sering diganggu oleh gangster-gangster yang diarahkan Shark yang masih berdendam dengannya lebih-lebih lagi melihat King sentiasa menyokong Malek.
Bagi adiknya Jai pula, kemewahan adalah segala-galanya. Dia sanggup meninggalkan kumpulan Dragon untuk mengikut Shark yang menawarkan bayaran yang lebih banyak. Malah beliau sanggup berdepan dan berlawan dengan abangnya sendiri untuk Shark.

Shark rasa tergugat dengan Malek apabila ayah tirinya, King sering mematahkan rancangannya untuk menghapuskan Malek yang dianggap sahabat. Dia semakin tergugat apabila King membuangnya daripada kumpulan tersebut sebelum bertindak gila membunuh kawan baik Malek, Fadil dan akhirnya cuba menghapuskan Malek. Malek yang kehilangan kawan baiknya berhasrat untuk membalas dendam lalu bertemu Dragon untuk meminta pertolongan.

Bagaimanakan pengakhiran perbalahan antara mereka?? pergilah ke panggung yang berdekatan hari ini...;D

Pendapat Penulis: 

Cerita yang tidak sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat. Yela, dah nama pun 13PG kan. So, jangan nak memandai bawa anak kecil pi tengok. Kang sok lusa anak tu tiru aksi dalam tu naya je..;D

Bagi gua cerita ni biasa je. Macam tak logik je, sebab.. ada ke gangster macam tu kat KL ni?? Mungkin ada kumpulan-kumpulan kongsi gelap.. tapi gua tak rasa mereka takde otak boleh buat kacau sesuka hati di mana-mana.. boleh tembak sesuka hati di tempat awam tanpa memikirkan undang-undang Malaysia. 
Pernah ke lu orang ke chow kit, ke petaling street tengok kumpulan gangster berkejar-kejar berbalas tembakan? pernah ke tengok kumpulan kongsi gelap berkeliaran bawa parang pukul, tetak orang sesuka hati?? Pernah ke lu orang nampak ada orang pukul-pukul kat pasar borong??? malah peniaga pasar tu pun hampir mati??? ada ke lu orang nampak????

Kalau lah ada then.. mungkin cerita itu betul dan patut dijadikan pengajaran. Tapi kalau ianya tidak betul malah mustahil makanya dah tentu ianya tidak berasas, cerita hanyalah rekaan. Ye, banyak cerita dalam tibi semuanya rekaan tapi kalau ianya mengaitkan peribadi, tingkah laku rasanya tak elok ditayangkan cerita yang sebegini. Gua nampak message yang cuba disampaikan cumanya cerita ini macam tak sesuai sangat. Kena buat research lebey sikit lah pengarah ni.

Kalau budak-budak tengok ni takut dia tiru je aksi-aksi dalam nih. hishhh....

Tapi, apa yang gua seronok time tengok cerita ni adalah penampilan Zizan Raja Lawak. Sekurang-kurangnya cerita ni takdelah serius sangat. Dengan lawak-lawaknya seperti biasa mampu memecahkan perut kitorang yang menonton. haha.. tak tahan dengan dialog-dialog dia.. "Boleh jalan lah dengan kau punya jalan...".. "Bagi je lah KL dekat diorang.. bagi je lah..."... Tapi sayangnya dia mati ditikam shark. demmmm!

So,should I recommend??? 50/50... up to you. Kalau y'ols jenis yang suka adegan aksi-aksi ni suka tengok orang tumbuk orang sampai separuh mati, kalau suka tengok darah tersembur dari mulut mahupun perut.. silakan ke panggung berdekatan ye..;) 

yang paling penting kalau sebab utama anda seperti My untuk melihat lakonan mantap daripada Ahmad Seth Tan... sangat dialu-alukan.... Walaupun dia gangster tapi masih terlihat sikapnya yang penyayang dan romantik... auuuuwwwww.....!!! Kau gangster pun aku sukaaaa....;D

Oke. selamat menonton!!!


p/s: pssstt psssttt dengarnya Pekida nak saman Farid Kamil dan Syamsul Yusof sebab cerita Kongsi dan KL Gangster ni betul ke? cerita lanjut rujuk SINI 


aiyokkk tataooo... kan da habaq... cerita ni tak sesuai.... heeeee~

Nota kaki: Perghhh banyak betul movie besh sekarang kan. 
Coming soon pun ada banyak movie-movie besh nak kuar!! 

10 comments:

difficult easy. said...

best ek?

mas saari said...

pendapat akaklah...macam tak sesuai je buat cerita camni, bukan apa takut budak terpengaruh je kan?

Ezy Pinkpurple said...

nk tgok jugakkkkkkkk~
nk tgok zizan je..
ekeke

Aki said...

ade kes macam ni berlaku,cuma tidak digembar-gemburkan dalam media kerana takut membangkitkan isu perkauman.. ^_^.v..

beluncas ^.^ said...

walao !! .. tringin ouh nak nonton ini cerita . aisshh .. bila lhaa free dpaad kua neh ,, wuuu ..

k a k L a m p said...

dgr cite cite nih nak kene saman sbb malukan pekeda.. hhuhuh tatau la

ibnubaba_04 said...

nk tngok gak la cite ni

KAMIHIDUP said...

abang long fadil memang best dalam cerita ni. :)

Ujang9897 said...

ramai komen tp mcm tak baca entri jer..hee=)


apa pulak takda pukul2 tembak2 mcm tu..

situasi mcm dkt pasar borong tu ada jer berlaku..

tembak2 tempat awam pun ada jer la...,tp bukan la dkt chow kit..=)

kang dorg semua kene tngkap lps kes tembak2 tu..


budak2 lembik mmg tak suka cerita mcm ni..hahahaa

Anonymous said...

ada jer aku pnh nmpak gangster tembak menembak dulu kes..kat chow kit lak..dulu ada jer kes prebet tentera bwak para tembak melulu kat chow kit psl xpuas ati adik dy kena bunuh n berkaitan ngan kerabat diraja kes 80an..ada jer cina duk bwk prang pkul melayu sbb tuh kua berita kt malaysia ada kes bunuh2..lau xder..mknenye xkn kua la cter2 bunuh2 nie..drpd cter hantu2 duk tanamkan sikap tkot hantu kat nusantara kita nie el0k gak cter cmni..hehe..k0men jer..sesapa trase s0ry..maap sgt..pendapat jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers