9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Sebulan Sudah....

Assalamualaikum..

Hello Readers… errr… dah sebulan baru nak ada entry baru. :P Sorry hehe.

Entry terakhir adalah entry pemergian arwah abah ke Rahmatullah pada lewat petang 12 December 2013. Cepatnya masa berlalu dah sebulan lebih abah meninggalkan kami buat selama-lamanya.


My masih bersedih. Redha tapi masih tak percaya yang My dah jadi anak yatim… :( Masih terbayang-bayang wajah redup abah. Masih terngiang-ngiang suara abah, suara abah marah, suara abah buat lawak, suara abah azan…. Allahuakbar…. Kenapa kau pergi dulu abah? :(

My baru balik dari kampung semalam. Melawat kubur abah setelah kali terakhir pulang masa dia pergi. Rindu… rindu sangat-sangat… :( Rasa sayu bila hari berganti hari.. bulan berganti bulan… Rasa sayu bila semakin banyak hari-hari abah dah meninggalkan kami. Doa My, moga My takkan lupakan abah sampai akhir hayat.. Moga My tak lupa doakan abah di alam sana.

Ya Allah sampaikan salam rinduku pada abah tercinta… :(


Mak? Mak Nampak okay. Namun jauh di sudut hatinya ku tahu mak masih kuat mengingati dan merindui abah. Masakan tidak, tinggal berdua je dengan adik. Sesekali kami balik berkumpul ramai-ramai terubat sikit duka di hati mak. Mak, My harap mak tabah! Nanti My balik teman mak lagi ye.. :’(

Kenangan bersama abah takkan luput dari ingatan kami.. Terima kasih abah sebab tinggalkan ilmu yang bermanfaat pada kami adik beradik… Jasa abah takkan kami lupa sampai akhir hayat…. InsyaAllah…


Semoga abah damai di sana….


 

Monday, December 16, 2013

Perginya Abah tiada Pengganti























Bismillah...

Dukacita nak ku sampaikan... abah My yg terchenta, Hj. Mad Zaki @ Abdullah B Hj. Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada lewat petang Khamis lalu, 12 Disember 2013 @ 6.02pm.

Dapat text daripada akak masa kat office sebelum tu bgtau keadaan abah yang lemah dan perlu ditransfer ke ICU semula. Abah da kurang respon, Oksigen dah kurang dan peparu telah dijangkiti kuman. Allahuakbar.. airmata tidak dapat ku tahan.. kalau boleh ingin saja ku terbang saat itu jugak untuk berada di sisi abah menemaninya ketika dia sedang bertarung dengan maut... 

Plan awalnya My dah ambil cuti hari Jumaat untuk tumpang abang dari Perlis yang nak balik semula ke Segamat malam Jumaat tu. Namun takdir Allah siapalah yang mampu melawan.. Dapat berita pemergian abah masa My tengah bersiap-siap barang untuk pulang ke Segamat menjenguknya. Allah... Allah... Allah.... lemah lutut My dapat berita sedih tu... Tak sempat ku jenguk abah lagi sebelum dia betul-betul pergi... :'( Kalaulah My tak balik KL sejak hari pertama dia di hospital haritu... :'(...

Sudahnya My pulang jua dengan enchek suami selepas maghrib malam tu... Dengan perasaan yang bercampur-campur, antara percaya dengan tidak... :'( Sampai rumah mak abah malam tu lebih kurang jam 12.30am. Jenazah abah dah pun ada di rumah sejak 9 malam.

Subhanallah.... Sejuk hati melihat jenazah abah... muka abah senyum je... seolah-olah bahagia dengan pemergiannya... :')... 

Jenazah abah selamat dikebumikan pagi Jumaat jam 10.45am dengan sempurna. Keluar saja jenazah abah dari rumah cuaca jadi redup... Orang yang datang melawat ramai sangat seolah-olah menghadiri majlis kenduri kawen. Alhamdulillah..... 

Kini secara rasmi My dah jadi anak yatim... :'( Sampai harini My masih tak percaya abah dah tiada. Masih terbayang-bayang wajah abah... suara abah... terbayang-bayang abah tengah solat, tengah tidur, tengah tengok tv, tengah makan... Allah... rindu sangat pada arwah abah... :'(

My masih di kg halaman mak abah.. bercadang untuk terus bercuti sepanjang minggu ini.. Rasa perlu dan bertanggungjawab untuk menemani mak yang baru kehilangan separuh dari hidupnya... :'(... Kami anak-anak ni pun perlu masa untuk lupakan kedukaan ni apatah lagi isteri abah, iaitu emak... ya Allah kuatkan hati mak... :'(

Moga Allah ampunkan dosa abah dan dipermudahkan kehidupannya di alam sana... we missed u abah...

Perginya abah takkan ada pengganti... :'(

Tuesday, December 10, 2013

Dari ICU ke wad biasa

Assalam...

Alhamdulillah... Ahad lepas, masa datang tengok abah tengahari tu doc dah keluarkan wayar2 yang masuk dalam mulut ke perut gantikan dengan alat bantuan pernafasan biasa. Petang tu doc kata abah dah boleh dipindahkan ke wad biasa... 

Syukur.... Doc kata abah kuat... :')

Tapi abah masih lemah.. masih perlukan sedikit bantuan untuk bernafas, tak boleh bercakap banyak.. Bila dah pindah ke wad biasa semua pakat dok masuk nak tengok abah.. 

Masa dalam wad, abah siap mintak kertas nak tulis... rupanya abah nak tulis 'air'... 'minum'... Allahuakbar.. My tanya pada nurse boleh tak bagi abah minum tapi nurse kata abah belum boleh minum takut nanti sesak nafas. Kami hanya mampu lembab2kan bibir abah n titiskan sedikit air dalam mulut abah.. sian abah... :'(

Lewat petang Ahad tu dengan berat hati My tinggalkan abah n balik ke KL. Tapi sedikit lega bila abah dah keluar dari ICU. Enchek suami dah 3 hari unpaid leave.. tak sampai hati plak My nak menyusahkan hasben n tinggal lagi kat kg. Maafkan My abah... InsyaAllah minggu ni My balik jenguk abah lagi ye...

Setakat harini, Selasa akak kata abah masih sama. perlukan bantuan oksigen. Masih terlantar. Belum boleh makan.. belum boleh minum... :'( Mak n akak lah yang gilir-gilir jaga abah di wad. Apakan daya adik beradik lain tinggal jauh...

Kami 7 beradik. abang sulung di JB, kakak no 2 di Bt Pahat, Kakak no 3 satu2nya kakak yang tinggal Segamat tak jauh dari mak abah, abang no 4 di Perlis, My di KL, adik sorang tinggal dengan mak abah, adik bongsu di poli Merlimau. Alhamdulillah, masa abah tenat haritu semua balik... Cuma sekarang ni masing-masing terpaksa pulang. InsyaAllah masing-masing akan balik lagi beberapa hari ni termasuk abang dari Perlis. 

Bila mak abah dah tua n tak larat ni baru terdetik di hati kenapa la dulu lepas abes belajar aku tak duduk dengan mak abah... kenapa la jodoh aku bukan orang dekat2 atau orang Johor at least. Kenapa la aku kawen cepat sangat... Semua ni bermain dalam fikiran... Allahuakbar.. Siapalah My nak lawan takdir Allah... Allah lah sebaik-baik perancang... Beruntunglah anak-anak yang kedua orang tuanya tinggal berdekatan hari-hari boleh jumpa dan bertanya khabar... Macam kami anak-anak yang tinggal di perantauan ni? Hanya Allah yang tahu.... 

Ya Allah... izinkan kami terus berbakti pada orang tua kami... :'(


So, bila masing-masing dah balik ni tinggallah family kakak dengan mak. Nasib ada adik dapat jugak tolong mana yang patut. Tapi kesianlah jugak. Kami yang tinggal jauh ni rasa bersalah jugak. Kesian mak n kakak tak cukup tidur dan rehat gilir-gilir jaga abah... :'( 

InsyaAllah... hujung minggu ni akan balik lagi ke Segamat. Selagi abah tak beransur pulih InsyaAllah My akan balik tengok abah.... :'(

Abah... cepat sembuh ye....








Pengedar Shaklee anda: 
Maizatul Akma 
ID: 931432 sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)
 

Sunday, December 8, 2013

Abah @ ICU

As Salam...

As usual.. blog ni slalu ku tinggal bersawang.. byk post2 bahagia y tertangguh.. namun My dahului dulu dgn post ini. Yg lain2 mungkin kena tunggu mood happy dtg balik.....

Mungkin ade di antara korang tau y abah my skrg warded at ICU. masuk hrni da malam ke 4 abah di sana... keadaannya.. on off.. stabil antara tidak...

Rabu kelmarin.. tgh malam abah mengadu macam penat sgt. Mintak adik n mak hantar pegi kecemasan hospital sblm ditahan di wad biase. My br masuk hari kedua bekerja mase dpt msg akak kat wassap grup family pg khamis tu. Mula2 akak kate abah ok tapi few minutes lps tu akak call dgn tangisan  doc just call y abah tenat n perlu transfer ke icu.

2hr sebelum tu my br amik cuti n blk kg jenguk abah sbb last week pn abah warded sbb drh xbenti kuar lps dialisis tp da ok n discaj shari lps tu. Sempat my masuk keje hari rabu sblm abah warded balik. Tapi kali ni lain dr sebelumnye... dpt call akak cakap mcm tu cepat2 my call hasben suh amik n blk kg segera. Xdpt tahan da airmataku berjurai jugak kat meja opis... T__T

Seumur hidup my... inilah saat paling sukar penah my lihat jd pada abah... tiub sane sini dipasangkan pd abah... ya Allah.. sian abah mesti sakit... T__T

Hari pertama abah nampak tenat sangat... namun doc kata stabil slps tu. Abah da 2kali dialisis dalam icu... abah nampak kuat.. cuba lawan.. Allahuakbar... smlm mase tgk abah.. my pegang erat tgn abah.. mase nk kuar my cakap pd abah... "abah... my kuar dlu nanti my dtg lg ye.."... baru selangkah kaki tibe2 abah gerak tangan n toleh muke. Allah... abah dgr my cakap. Ptg tu abah sempat celik sesaat bila my panggil... kuatkn semangat wahai abah....

Siang td mase melawat, akak my borak2 dgn abah. Akak igtkn pd abah setiap kli waktu solat. Abah nak bercakap tp xboleh.. akak cuba fahamkn n tanya abah "abah nak amik wuduk ye?" Abah mengangguk sblm akak tlg bshkn anggota wuduk abah. Abah haus nak air tp akak mampu basahkan bibir abah je.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.... :'( my hanya mampu duduk di kaki abah.. n menangis mengenangkn keadaan abah...

Ya Allah... kau sebaik2 perancang... tiada dayaku melawan ketentuanMu ya Allah... berikanlah abah kami kekuatan... berikanlah kami sekeluarga kesabaran... permudahkanlah segala urusan kami.. T__T

Panjangkanlah usia abah kami... T__T

My dah 2 hari EL. hasben da 3hari unpaid leave sbb cuti da habes. Esok mungkin balik kL... my berkira2 mahu balik atau x.. T__T... abah derita di sini... My n suami ade tggungjawab kerja di sana.. Allahuakbar...

Mak dr hr pertama abah di icu xblk rmh. Nak tido kat sana tggu abah. Abang n kakak abah ade sekali. Tido dekat ruang menunggu luar icu. Kami hanya dibenarkn tgk abah waktu melawat je. Sorang waris pn xdibenarkn tggu sebelah abah.. :'(

Mohon kalian tlg doakan kesihatan abah. Harap2 akan ade keajaiban... kami mahu abah kami yg kuat.. sihat... kembali...

Abah... my rindukan abah.... rindukan gurau senda abah... tawa abah... rindu nk dgr abah jd imam solat... dgr abah mengaji... :'(

Tuesday, July 3, 2012

Berita Buruk Yang Tak Suka Nak Dengar


Perkara yang paling sentap My tak boleh dengar ialah kalau ianya berkenaan ahli keluarga terutama mak dan abah…

Baru sekejap tadi akak tag di facebook bgtahu on her way to hospital. Abah admitted! Tak semena-mena berair mata.. berdebar-debar jantung. Terus call akak tapi tak berjawab. Call mak yang pada mulanya juga tak berangkat. Terus My tanya ‘Mak kat mana?’…

Mak dengan nada normal.. ‘Kat wad’…’tak ada apa-apa jangan risau…’…. My dah sebak nak menanges.. cuba control suara yang nak menangis tu. My tanya abah kenapa? macam mana? Mak cuma kata ‘jangan risau.. dah takde apa-apa’… ‘Abah ada ni ha tengah borak gelak-gelak atas katil ni’… My senyap dan cakap ‘ok…’… Mak pun jawab ‘ok’… n terus letak… My tak boleh nak cakap lebih panjang… sebab nak menangis sangat! Dengar suara mak tak boleh nak control!

Allahuakbar…. My lemah. Lemah semangat sangat kalau dengar berita kurang baik pasal mak dan abah. Lebih-lebih lagi sebab diorang bukan depan mata My… T___T… My dah terfikir-fikir dah tadi… Kalau abah teruk ni My kena balik malam ni jugak. tak kira. Tapi keje macam mana? Alahai….

Alhamdulillah… Abah takde apa-apa. Sepatutnya harini abah buat dialisis macam biasa. Tapi nurse kat klinik dialisis tu cakap jantung abah problem so tak boleh dialisis. Terus dipanggilnya ambulans bawa abah terus ke hospital. Tak pasti apa masalahnya tapi everything is under control. At this moment… yeah… How about tomorrow? The day after tomorrow? I’m worried!!!

InsyaAllah, hujung minggu ni nak mintak izin enchek hasben drive sorang balik Johor. Harapnya enchek hasben bagi memandangkan sejak tukar kerja baru ni dia kena bekerja 6 hari seminggu termasuk Sabtu… T___T… My tak bolehlah macam ni. Nak kena tengok abah depan mata.. My tak nak abah sakit!!

Ya Allah… panjangkan umur abah… berikan kesihatan yang baik buat abah… T___T… My ingat lagi tahun lepas, abah masuk wad time bulan puasa. Lebih seminggu abah kat wad. 2/3 kali My balik masa tu walaupun bulan puasa. Harapnya tak berulang lagi… dahlah Ramadhan 3 minggu je lagi ni… T___T

Friday, August 19, 2011

Malam 1000 bulan semakin menghampiri kita... Kalaulah abah sihat...

Maafkan My.... sebab tak putus-putus bercerita pasal abah yang masih terlantar di hospital...

Waktu tengah menaip entry ni pun airmata My masih belum berhenti mengalir... Harini My bekerja tapi fikiran My asyik memikirkan keadaan abah... T_T

Malam ni balik kerja My call akak tanya keadaan abah... Kalau pagi tadi My dapat tahu abah kena masuk darah untuk kali ke-4... Malam ni My dapat tahu rupanya dah 6pain darah telah dimasukkan ke dalam badan abah... Tak cukup dengan itu doktor masukkan 3 platlet darah.. My pun tak pasti apa benda tu.. darah putih ke? 
Ya Allah... kenapalah My tinggal jauh dengan mak n abah? Kalau tak boleh My jenguk mereka hari-hari...T_T Nasib baik My ada kakak yang tinggal dekat dengan mak. 4 hari berturut-turut ni dia lah yang ke hospital tengok abah... dia yang pergi hospital temankan mak berbuka... My tak sampai hati tengok.... My sedih...T_T

Doktor kata darah abah tak stabil... so masih tak boleh scan.. entahlah macam mana pihak hospital buat kerja pun My tak tahu... berapa lama lagi nak tahan abah kat wad? sampai bila nak masukkan darah je without any action??? Sian kat mak yang jaga abah hari-hari... Tidur di kerusi plastik... tanpa katil... tanpa tilam....

My tak sampai hati....T_T

Malam Lailatulqadar semakin hampir... Kalaulah abah sihat... pasti abahlah orang pertama yang bangun setiap pagi... solat sunat sebelum ke masjid untuk berjemaah menunaikan Subuh.... Kalaulah abah sihat... pasti abah antara orang yang berlumba untuk berjumpa malam Lailatulqadar... Kalaulah abah sihat....T_T

Abah.... sembuhlah cepat... Ya Allah... kembalikan abah kami yang sihat dan ceria....T_T

My tak cukup kuat nak hadapi semua ni.... tak.... My tak kuat....T_T

Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah dapat cuti raya... tapi raya tak bermakna kalau....


Alhamdulillah... My dapat cuti 3 hari untuk Hari Raya nanti. So My mungkin akan pulang ke kampung halaman pada 27hb Ogos jadi dapatlah lebih kurang 10 hari bersama keluarga tercinta. Tahun lepas raya ke-3 My dah balik KL sebab tak dapat cuti raya hehe. Jadi tahun ni bolehlah My makan ketupat rendang dengan begitu berselera..;)

Tapi.....

Apalah makna Hari Raya kalau abah masih belum sembuh... Apalah makna Hari Raya kalau abah belum keluar wad... T_T
Ya Allah... panjangkan usia abah... sembuhkan penyakit abah berikan kesihatan yang baik untuk abah.. agar kami dapat beraya bersama-sama dengan abah...

Amin....

Setiap kali teringatkan abah di hospital mata My berair... Abah... My sayangkan abah... lekas-lekaslah sembuh ye....T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers