9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label cenderamata perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label cenderamata perkahwinan. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Persiapan Perkahwinan Terbengkalai

Salam Jumaat everyone! Mood pagi tadi bermalas-malasan walaupun dah hari Jumaat hehe. Tataolah setan apa ada dalam badan ni selalu sangat liat-liat nak ke kerja..-.-’ Apapun, inilah satu-satunya mata pencarian jadinya kena jugak bekerja hehe…

Diam tak diam tinggal 1 month & 1 week sahaja lagi Hari Bersejarah My dan enchek tunang. How fast??? Tapi kenapa My tak rasa nak kawen nih? Rasa macam takde langsung persediaan apa-apa. Boleh gitew? -..-  Souvenir belum siap di decorate, kad jemputan kahwin belum lagi diposkan. Dokumen pernikahan belum lagi dihantar! Baju pengantin belum pegi tengok n fitting!! Oh demmm…

Alahai… beginilah jadinya kalau bakal pengantin tinggal di perantauan.. Banyak perkara jadi pending… Kalau orang kampung macam My ni nak kahwin yu olss bakal pengantin sendirilah kena turun padang buat ini buat itu… pastikan itu ada ini ada.. itu selesai ini selesai.. then baru majlis perfect. fenin makkk…. Kalau macam yu ols yang kayap rayap dok bandar tu boleh lah hire any wedding planner.. macam den ni setakat mana yang termampu je.. bak kata orang ukur baju di badan sendiri gitew… hehe


My dijadualkan pulang ke kampung halaman masa cuti krismas nanti. Dah add 2 days leave in case untuk ke Pejabat Agama selesaikan permohonan pernikahan. Haih~ perkara paling penting tuh kena lah settlekan dengan kadar segera. Sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh nikah. Kalau idok tak nikahlah den nanti.

Borang nikah rasanya dah complete semuanya. Rasanya lah. Nanti akan My semak kembali dan kemudian barulah siap untuk dihantar ke tok kadi ataupun ke pejabat agama Segamat. Harap-harapnya tiada yang terlepas pandang nanti almaklumlah My ni cuai sikit..-..-

Untuk VIP souvenir barang-barangnya dah ada pun kat rumah sewa My… n ada a few yang My dah decorate. Tapi tu la.. bila dah datang malas memang tak sentuh langsung menda alah tuh kanzz… Sudahnya terbengkalailah jadinya.. Selagi tak dekat dengan date selagi tuh tak tersiap aisehhh…

Kad kahwin My dah pun tulih-tulih nama kawan-kawan beserta alamat untuk diposkan. Cumanya tunggu masa yang sesuai untuk dihantar. Agak-agak korang bilakah masa yang sesuai untuk hantar kad kahwin ye? sebulan sebelum ke? 4 minggu sebelum ke? 2 minggu sebelum ke? Ke… sehari sebelum?huhuhuhu… My bukan apa.. kalau nak jemput lambat-lambat takut nanti ada member yang complaint “ko ni lambat lah hantar kad aku kena kerja masa tu. kalau tak aku boleh apply cuti awal2”… “alaaa… aku ada plan lain time ni…”..haih~ macam2 alasan yang tak munasarawak. Nak hantar cepat-cepat sangat plak takut terawal sangat.. kang ada pulak suara-suara sumbang “OMGeeeee aku terlupa lah ko kawennn… kad ko pun tah mana aku letakkk..”… “fuhyoooo My dah nak kawen dahhhh???!!!”.. malu den nak hantar awal2 ada pulak orang bahan kang…-.-’


Antara kawan-kawan ada juga yang dah berkahwin tapi diorang tak berapa menonjol. Macam My ni antara kawan-kawan My ni banyak mulut sket. Agak ‘nakal’ sket.. Agak childish sket.. Agak kasar dan huhahuhahuha sket. So.. Ada lah nanti di kalangan kawan-kawan yang mengusik.. yela antara ramai-ramai My yang huhahuha ni jugak yang kawen dulu kanzzz…demmmm… I nampak je kasar yuuu tapi dalam hati ada taman giteww… -.-’

Untuk Invitation thru Fesbuk My pun tatao nak hantar bila. Segan plak nak hantar awal-awal. Mungkin sebab masih 2011 so macam terasa masih awal walaupun sebenarnya date kahwin tu tinggal bulan depan jek!!! Whooooo!!! Hurm… bila agak2 nak hantar RSVP kat fesbuk ye? adeh~

Dahlah coming weeks ni My takde masa sangat. Masakan tidak, minggu ni Sabtu Ahad My ke kenduri. Next week plak My dah pulang ke Segamat untuk settlekan apa-apa yang patut. End of the year plak My ke kenduri sepupu di Kluang Johor. Yang itu haruslah berkampung 3 hari 3 malam di sana kalau idokk takdelah sedara mara den datang kenduri den kang…-..-

So, kalau ada masa terluang pun mungkin early Januari. Itupun to be confirmed. Mana taknya.. nak cari masa untuk pergi scaling gigi ngan ke spa… mandi bunga hahahaha… geli tiak dennn… minggu ke 2 Januari My dah pulang ke Segamat cuti kawen!!!

Oh tidakkkk!!! Time is running out!!! 

nota kaki: Kerja-kerja di ofis pun perlu diambil kira. Banyak perkara perlu diselesaikan dalam masa terdekat ni jugak!!! hurry up My!!!


Wednesday, December 7, 2011

Persiapan Perkahwinan : TQ Calendar

Dekat entry VIP Doorgift sebelum ini My ada post pasal TQ Calendar yang My order as additional doorgift. Semalam TQ Calendar tu dah selamat sampai ke tangan My huhu… Oklah… nice.

So, sekarang ni My tengah fikir nak bagi macam mana benda ni erk? Sebab My nak bagi souvenir kat kawan-kawan nanti macam ni:
contoh~
So, no box no container for above item just bagi macam tu je. Tapi TQ Calendar tu nak bagi macam mana? Tak kan nak lekatkan kat glass jar tu plak..-.-’ I think of TQ Calendar tu nanti nak letak atas meja guestbook so that people boleh ambil je kat atas meja tu. Selebihnya nanti nak letak dalam doorgift bag yang mak sediakan untuk tetamu-tetamu lain sebab TQ Calendar tu memang My order banyak pun. Hurm.. untuk kawan-kawan ni musykil plak camne nak buat.

Do I need to buy box/container for the glass jar? Adehhh plan asal nak bagi je glass jar tu macam tu je.. But then? Entahlah. Kalau My beli container dan letakkan glass jar dalam tu..kang orang tak nampaklah glass jar tu so sia-sia je bagi doorgift tu..-.-’ I thought nak beli container yang transparent tapi My tak jumpalah anybody yang jual jenis transparent. Memang susah sangat nak dapat… hurmmm so how??? Bagi je glass jar n TQ Calendar macam tu je ke??macam tak proper la plak… adehhh~

TQ Calendar yang My order tu adalah seperti berikut:
front
back
Size dia sama macam business card. wallet size.. :) So kira oklah kan nak bagi Calendar lagipun majlis kan bulan januari hehe...

Tapi tu lah camne nak bagi sekali dengan glass jar kat atas tuh....

hurmmmmm... thinking~

Monday, November 21, 2011

Kedai Barang Perkahwinan dan Makanan Ringan di Ampang


Tak cukup berjalan Sabtu kelmarin, semalam My keluar lagi. Ke sebuah kedai barang kahwin di Ampang. Amekaw.. sampai ke Ampang My redah…-.-’… Tanpa kehadiran enchek tunang bersama My agak bebas lah sikit My bergerak. Bukan apa kalau enchek tunang ikut takut nanti dia buat muka seposen.. faham-faham je lah orang lelaki ni kan. Bukan suka sangat pergi survey-survey cari barang nih. Lagi-lagi kalau pergi jauh-jauh pastu tak beli hape.. memang hampeh hehe.

So, semalam My keluar dengan seorang kawan lama (kawan sekolah) yang tinggal berdekatan di Sri Damansara. On the way pick up dia hujan turun selebat-lebatnya.. Ahh redah je lah bukan naik motor pun hehe. Alhamdulillah on the way tu takdelah hujan mana pun renyai-renyai je.
Plan pertama nak ke Taman Melawati survey kedai borong makanan ringan. Dapat info dari blog norapurplebridez yang bakal berkahwin beberapa hari saja lagi. Dekat blog dia ni My dapat macam-macam info! Thanks kepada tuan belog dan Selamat Pengantin Baru buat kamu! J

My tak pernah pergi pun ke Taman Melawati tu.. Tapi kalau tahu direction InsyaAllah My boleh cari dengan jayanya. Tapi masa dah sampai Melawati tu tak jumpa-jumpa kedainya. Tahu nama kedai je tapi tak tahu di mana kedudukan kedai.. Pusing punya pusing tak jumpa-jumpa.. demmm…-.-’ Dah agak-agak surrender My kiv dulu kedai ni dan gerak ke Pandan Prima Ampang nak cari kedai kahwin yang jual souvenir, barang hantaran, dan sebagainya. Info dapat di Majalah Pengantin yang My dah langgan 3 bulan berturut-turut. Jammed giler nak ke sana tapi nasib baik ada kawan banyak mulut ni so takdelah bosan sangat melayan jammed tu hehe.
Wahhh.. senang je nak cari kedai tu cuma agak jauh dari apa yang My jangkakan la.. landmark yang senang nak jumpa kedai tu adalah Tesco Ampang & Petronas (kalau dari Kepong/Bt Caves). Selepas Petronas make a U-Turn dan masuk kiri sebelum Petronas.. Kat area situ banyak kedai.. cari je Lovely PlaceWedding nanti jumpalah. Kat sini My tak terpusing-pusing mencari. Masuk-masuk je memang dah nampak kedai tu hehe. Masuk dalam tengok item-item yang murah. Tapi banyak dah habis stock. Kena order untuk dapatkan stock baru. Alahaiii…
Walaupun apa yang My nak takde tapi My tak balik dengan tangan kosong. Hehe.
Taraa! My beli bekas hantaran yang berharga RM20.90 ni dengan harga diskaun RM9.90 setiap satu. Yang My cakap nak sewa kat SINI tu pun harga lebih kurang je Cuma tambah 90sen. So My rasa nak beli je. Nanti kalau dah tak guna boleh sewakan kat orang lain atau jual je. kan kan.. J So, My beli 9 pcs bekas hantaran tu. Hurm.. penuh sket bonet haha. Kawan My pun membeli jugak.. Kebetulan abang dia pun nak kahwin so dia beli paperbag kat situ.. horey horey…
credit
Balik dari Pandan Prima My ke Taman Melawati semula untuk cari kedai borong makanan ringan tu. Sebelum tu sempat google nama kedai untuk dapatkan alamat. Berjaya! Tapi dengan hampanya.. kedai tu tutup! Fine ko memang tolak rezeki kan tutup hari Ahad! Isk isk. So… misi untuk ke kedai makanan ringan terpaksa dibatalkan. Jumpa kedai alat tulis My masuk cari kertas tebal sikit untuk buat guess book. Opsss… kantoi sudah.. pasal ni nanti citer lain hoke hehe…

Sebelum balik sempat singgah makan Char Kuey Teaw di Putra Corner di Sunway Batu Caves. Sampai rumah sebelum maghrib hehe..

Tu yang malam tadi diserang migrane yang melampau tu… adeh...-.-’


Wednesday, November 16, 2011

Persiapan Perkahwinan : Pemilihan Doorgift

Memilih cenderamata/cenderahati ataupun disebut doorgift sebenarnya bukan sesuatu yang mudah! My sendiri tengah pening memikirkan apakah jenis doorgift yang ingin diberi kepada kawan-kawan My nanti. Doorgift untuk tetamu-tetamu lain My tak perlu risau nak fikir sebab mak yang akan uruskan so terpulang pada mak untuk memilih doorgift yang dia suka. Bahagian My adalah memilih doorgift untuk kawan-kawan My yang datang nanti. Tak syioklah kalau My sendiri tak menyediakan sesuatu untuk menghargai kehadiran mereka. Lebih-lebih lagi kalau ada yang sanggup datang dari jauh.. J

Macam nak pilih kad kahwin, pemilihan doorgift juga adalah sesuatu yang menyerabutkan fikiran! Bukan tak jumpa mana-mana yang berkenan… ada.. banyak… tapi bila dah tengok banyak-banyak, jadinya rambang mata! Tengok itu, berkenan. Tengok ini, berkenan. Ah! Mana satu nak pilih ni? Yang ni oke… yang tu lagi oke.. adehhhh~

Kadang-kadang My konpius jenis doorgift macam mana nak bagi nanti. Sama ada nak bagi sejenis barangan sahaja ataupun bagi something in paper bag misalnya dan di isi dengan 2/3 macam barangan yang kecil. What say you???

My fikir nak bagi sejenis barangan sahaja kinda like cupcake dalam bekas yang diletakkan ribbon then bagi macam tu je. Tapi fikir-fikir alahaiii takkan nak bagi cupcake satu tu je? hurm… Lepas tu, My fikir macam nak bagi a favor box yang di dalamnya My letak beberapa jenis barang macam muffin+gula-gula+barang ke-3 tak fikir lagi nak bagi apa heee…

Haih~ pening-pening….T_T

Untuk lebih jelas gambaran-gambaran doorgift yang My fikirkan My sediakan gambar untuk tontonan korang…
credit to here
My plan nak bagi hexagon jar with candies macam dalam gambar kat atas ni semata. No other things la. Ok ke korang? Kawan-kawan datang bagi je satu benda ni. hurm…

google~
Another idea is My interested dengan box macam dalam gambar kat atas ni. Nama dia chinese take away box, biasa chinese guna box macam ni. Ada tangkai comel je. So My ingat nak beli box ni, design sendiri dengan riben dan sticker lepas tu dalam box tu My isi dengan candies ke, muffin ke, marshmallow ke, chocs ke… hurm

So, apa kata korang? Any ideas? Kalau ada idea yang lebih menarik lagi tertarik pelissss laaahhhh share dengan My... Doorgift ni untuk kawan-kawan tau. So My taknaklah terlalu simple dan tak terlalu terbabor... yang sedang-sedang je. 


adeh.. tak larat nak pikir dah... -.-'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers