9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label cerita artis. Show all posts
Showing posts with label cerita artis. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar, Nor Aishah sah putus tunang

Khabar angin mengenai pertunangan Ally Iskandar dan Nor Aishah yang dikatakan bertemu jalan penghujung akhirnya disahkan oleh tuan badan sendiri di dalam akhbar hari ini. Ternyata ikatan pertunangan yang dibina selepas lima bulan tidak dapat lagi diselamatkan kerana baru sedar mereka tiada persefahaman.

Ally Iskandar dan Nor Aishah sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka penghujung tahun ini namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan apabila memutuskan pertunangan mereka. Perbincangan mengenai hal ini dikatakan berlangsung dengan baik apabila keluarga Ally datang berkunjung ke rumah keluarga Nor Aishah untuk memutuskan pertunangan mereka Sabtu lalu. Namun hubungan kedua-dua belah keluarga masih baik walaupun mereka tidak lagi bergelar tunang kerana kedua belah keluarga mereka telah lama kenal.

Ally mengenai Aishah yang juga naib juara program reality Gadis Melayu musim pertama sejak 2008. Hubungan mereka mula serius 3 bulan sebelum membuat keputusan mengikat tali pertunangan 11 Februari lalu. Bagaimanapun majlis pertunangan mereka gagal dihidu media apabila pasangan ini memilih untuk mengadakannya di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang secara tertutup.

Nota kaki My:

Inilah yang dikatakan ‘tiada jodoh antara kita’… sepertimana yang My kata di entry sebelum ini di SINI, tempoh pertunangan ni lah merupakan masa untuk kita mengenali pasangan dengan lebih dekat. Yela ada sesetengah pasangan mungkin semasa sebelum bertunang belum menunjukkan sifat sebenar… So bila dah bertunang barulah kita lebih mengenali hati budi masing-masing. Ternyata dalam tempoh lima bulan ini Ally dan Aishah menunjukkan tiada persefahaman antara mereka dan Alhamdulillah perhubungan itu berakhir dengan cara yang baik… Tidak ada yang melatah tak tentu pasal… rilex sudah kan

Apapun semoga kedua-dua mereka ini tabah. InsyaAllah akan datang akan dipertemukan jua dengan calon yang telah diciptakan untuk mereka seperti yang tercatat di Luh Mahfuz… ;)

Sumber: Berita Harian


Monday, July 18, 2011

MAJLIS PERNIKAHAN NURUL SYUHADA & RAJA AMIR 16 JULAI 2011

Lepas sorang.. sorang kawen... Jumaat lalu, Farah AF2 dah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya seperti tercatat di entry INI pada 15 Julai (Jumaat), dan pada hari Sabtu, 16 Julai a.k.a masa birthday My yang ke-15... tettttt..;D Nurul Syuhada pula bernikah dengan jejaka pilihan hati, Raja Amir...
credit to The Photographer Studio.
Nurul Syuhada Nurul Ain yang juga pengacara Majalah 3 dan Malaysia Hari ini bernikah dengan Raja Amir Shah yang merupakan seorang pegawai bank. Dengan sekali lafaz, Raja Amir yang berdarah kacukan Australia dan Malaysia selamat menjadi suami kepada Nurul Syuhada dengan mas kahwin berjumlah RM777 dan hantaran RM20,111. Majlis bersejarah ini berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur di mana Saiful Nizam sebagai pengacara majlis.
Lihat saja lah gambar pre-wedding dan pernikahan mereka ni. Pretty awesome!! Ini baru bernikah.. bersanding nanti mesti wow!!! 
hasben dia pun boleh tahan kan hehe
Majlis resepsi kedua-dua pengantin baru ini akan berlangsung di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu). Tahniah buat kedua-kedua mempelai, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..;)

Lagi gambar di Oh! Bulan

Friday, July 15, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN FARAH AF2 DAN JOHAN

Seronoknya tengok gambar Farah Diana atau lebih dikenali sebagai Farah AF2 di majlis berinainya malam tadi. Awesome! Tomok dan Noh Hujan telah pun selamat diijabkabulkan sebelum ini, kali ini giliran Farah pula mendirikan Masjid dengan jejaka pilihan hatinya, Johan..;)

Yang menariknya, Farah AF2 akan diijabkabulkan dengan Johan di atas sebuah bot di Putrajaya. Lokasinya My tak pasti pula tapi mungkin di kawasan tasik di sana. Majlis dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang nanti. Selain itu, Majlis perkahwinannya yang bertemaka Love Lake Garden sangat unik sekali di mana sebuah pelamin di bina di sekitar tasik dengan cukup indah sekali! Tahniah kepada Wedding Couture.

Farah sangat cantik sekali...;) Tahniah buat Farah dan Johan bagi Majlis yang bersejarah ini... Moga berbahagia hingga hujung nyawa...;)

Lagi gambar di Oh Bulan!

footnote: bila la aku nak kawen ni...-.-'

Wednesday, July 13, 2011

EKIN HAMIL | BERKAT UMRAH – MAWI

Antara berita yang diselitkan di Harian Metro hari ini. Isteri kepada mawi, penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena hangat suatu masa dulu ketika dia menyertai program realiti Akademi Fantasia Musim ke-4, disahkan hamil 6 minggu!!
Alhamdulillah, berkat doa di hadapan Ka’abah Ekin disahkan mengandung setelah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini. Namun, walaupun gembira Mawi dan Ekin tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu perkara sama berlaku.

Doktor menasihati Ekin agar lebih berhati-hati dan banyak berehat untuk minggu awal kehamilan sehingga kandungan benar-benar kuat. Selepas ini Ekin tidak akan mengikut Mawi bekerja kecuali untuk menghadiri majlis-majlis khas yang tidak memerlukan Ekin banyak bergerak.

Walaupun My bukanlah peminat tegar Mawi mahupun Ekin tapi My tumpang gembira sama sebab dah lama kot diorang kawen belum dikurniakan cahaya mata lagi. Akhirnya, berkat kesabaran dan doa… InsyaAllah akan lahirlah lagi hamba Allah di muka bumiNya ini…

Tahniah Mawi dan Ekin!!!

Footnote: pssttt Siti Nurhaliza bila lagi?? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers