9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Aku Disahkan Mengandung!

Salam yu ols!!! Kelasss kau My dah sehari suntuk hari Isnin baru nak muncul..-.-’ huwaaaarrrghhhhh mana pegi mood berblogging ni? ku seru kau datanggggg!!!! Isk

Entahlah. Lately ni mood nak berblogging memang payah nak datang ni pun paksa gak jari jemari ni menaip.. teruk an an.. haih~ -.-’... Thanks sangat kat korang yang masih rajin singgah kat blog naif My ni walaupun My hanya sesekali hapdet!!!

Nak kata My busy… celah mana tah busy… Kerja pun dah tak seberapa… InsyaAllah kalau bos bagi kerja, secepat mungkin My akan segera menyiapkan.. Tapi tuh laaa… Kalau mood ke laut apa pun tak boleh! Sudahnya dah habis waktu kerja baru terhegeh-hegeh nak hapdet belog terchenta… boleh gitu? Hehe

Hari ni takde mood betul nak datang kerja.. mana taknya  dah lama sangat bercuti minggu lepas… Ambil cuti Isnin minggu lepas, datang kerja hari Selasa..  lepas tu ke klinik buat dental surgery langsung dapat MC terus 3 hari.. dan cuti sehingga weekend.. heaven sangat kan? heheh.. Tapi tak ke mana pun duduk rumah je melayan gusi bekas buat dental surgery yang masih sakit… sekarang pun sakit lagi… nape ek? Isk..

Anyway.. satu perkara yang merunsingkan kepala otak sekarang ini adalah masalah berat badan yang semakin meruncing (eceh macam masalah ekonomi plak bunyinya)… Mana tak dinamakan masalah bila naik je timbang tak pernah turun! Makin naik ada lah… enchek tunang pun dah geleng kepala… My plak entah bila nak sedar.. ah sudahlah kau punya sedar My dah berapa tahun dah kau cakap pasal kesedaran…! -.-’ uwwaaaaaaa!! My dah kehabisan idea korang!!! Camne lagi My nak kurangkan berat badan tanpa kurangkan nafsu makan??? Boleh? Erkkkk…
takmo takmo takmo!!!
Apa je diet My tak pernah cuba… minuman/pil kurus? Dah berkotak-kotak, berbotol-botol pernah cuba… diet atkins pun pernah.. tapi, hampeh!! Semua tak jalan! Bukan menatang tu yang tak bagus tapi My yang tak konsisten.. malas… -.-’… Bersenam? Jauh sekali… 3 bulan sekali belum tentu buat! Asal jogging je semput.. separuh jalan..buat sit-up jauh sekali.. beli dance mat kat rumah pun tak jalan wehhhh sampai berhabukla wa cakap luuuu…. Apa lagi nak bagi masuk kat pale otak My ni???

My ni perasan je slim… tak gomok tak gomok… Asal balik kampung jumpa kawan-kawan, jiran tetangga yang dah berbulan/bertahun tak jumpa.. perkataan pertama yang akan terpacul keluar dari mulut longkang diorang adalah… “My!!! Asal ko dah gemokkkkk??????”…. “My!! Asal ko makin gemokkkk niiiii???”.. grrrrr…. Sabau je lah mak nokkkk… Mak senang je jawab… “Orang banyak duit biasalahhhh… makan je kejenyeeee…kau adooo???”…

Ok fine My sedar perut ni dah maju ke depan macam mengandong 3-5 bulan gamaknyaaa… cuba tengok poyot YanaMIB yang memang tengah mengandung dengan perut My ni.. takde bezanya yu olsssss…. Dia mengandung.. My pun mengandung jugakkk… mengandung-i lemakkkk…. Ni bikin lemak tepu punyaaa… nak buang?? Perghhhh bape tahun seat-up baru hilang gaknya…-.-’

Kalau My sendiri tak sedar diri masih dengan nafsu serakah yang kuat makan sampai bila-bila lah badan ghupe ini… Nanti kalau dah takde cutting kauuuu.. orang jantan tengok pun takde selera… dush!! @_@

Korang!! Ada tak cara-cara diet paling senang dan berkesan untuk My praktikkan? My ingat macam nak berhenti makan nasi je.. My dah pernah buat tapi once dah TERmakan (kalau dak rumah tiba2 rajin masak grrrr) nasi balik hah amik kauuu makan tak henti…-.-’ Oh pelissss!!!!! Camne lagi My nak buat ni… tak larat dah bawa badan gergasi ni…T_T

Kalau ghupe ini camne nak naik pelamin ni??bape bulan je lagi ni… Takmo lah nampak gomok pakai baju pantin…T_T

Sunday, April 10, 2011

quality is better than quantity!

Eceh tajuk macam tak kena jek dengan entry hehe... My dah balik.. Dah balik daripada Gathering Taknakgemuk dot com yang My cakap kat entry sebelum nih. Tapi sedih.. tade sape baca entry tu.. huuuu...T_T

Taknakgemuk group ada ramai pengikutnya.. Tapi tadi yang hadir cuma beberapa orang.. My, Dzul, Kak Liza, Kak Sue, Ayeen dan Asni. Yang lain2 tu family kak Sue, kakak Dzul n buah hatinya si Asni hehe.. Walaupun hanya beberapa orang yang datang.. tapi ia tetap happening!! So tak bermakna tak ramai yang datang tak best kan kan!! Yang penting kami datang n enjoy!!!

My sampai Ampang Superbowl Times Square tepat2 jam 11 pagi. Bajet nak datang seawal 10 pagi.. Dek kerana si dia yang lambat hantar ke stesen komuter plus komuter yang lembab macam siput vavi, My sampai lewat juga akhirnya. Tapi sampai2 sana ada juga yang belum datang, game pun belum start lagi. selamat selamat. hehe. 



Kitorang main bowling 2 lane.. Seperti biasalah kan.. My tunjukkan aksi2 juara longkang sedunia! ho yeh ho yeh! hamik kauuu.. tercorot di situuu... yang festime main pun lead markah haku!!! -.-' Habes game ape lagi.. snap pitcha situ sana sini la haha... pergh... betul2!! si Dzul ni tak pakai superimpose! jadi kurus semulajadi hoke!!! kak Hasmaliza pun!!! wahhhh amazing!!! dia dah kurus!!! jelesnye!!!
Sebelum mengamalkan diet atkins
selepas mengamalkan diet atkins
Korang takkan tengok tade pasaan ape2??? pergh.. mata My dah bisul menanah2 tengok nih!!! *sambil pandang perut yang masih boncit dek panahan cheat day tadi isk isk. Oke... selepas jumpa dorang2 nih My jadi semangat balik untuk teruskan berdiet!!! diet atkins?? boleh ke My teruskan???!!! adehhh.. perlukan jiwa yang kental dan semangat yang tak pudar!!! come on My...! tak kurus cane nak naik pelamin nih??? erk...-.-'

Oklah. apepun, enjoy jumpa y'ols!! got time kita jumpe lagi hoke! nanti bulan 6 kite gi cheat day kat kenduri kawen ayeen plak hehehe... sama2 kita berusaha for obesiti sifar!!!

y'ols nak kurus??? sila khatam page ni -->> SINI

Till then!!


footnote:
Jadi follower My sekarang! cukup 500 sebelum 13hb Mei, 
My buat GA beli hadiah dari Ho Chi Minh!^_^

Keluar pegi Gathering Cheat Day Taknakgemuk dot com!

Assalamualaikum y'ols!!
hoiiii! tido lagi ke??? hamboi3.... tinggal Subuh la tuh. haip! nak kena babab nih!! heee~

Pagi ni My sangat baik hati lepas bangun tunaikan Subuh terus tak tidur lagi hehe. Sebab apa? sebab nak berbelog lah!! giler! giler! Bro Ben pun tak bangun jengah blog lagi tuh gaknye. My plak melebey2 padahal traffic takat tu je. hak puih.-.-'

eh taklah.. My takdelah giler sangat 24jam nak ngadap belog naif nih hee~ tapi sebab My ade gathering kul 11 nanti. *lambat lagi!.. Gathering dengan rakan2 alam maya yang tak pernah lagi bertentang 4 mata hehe...

11pagi nanti My akan ke Superbowl Times Square untuk bersua muka dengan kawan2 daripada Taknakgemuk Diet Group! Setelah beberapa bulan kitorang sahut cabaran berdiet makanya harini merupakan hari pertemuan untuk melakukan Cheat Day (makan makanan terlarang ketika diet) beramai-ramai!!!Eh belog apa tuh?? siapa mereka2 tuh?? Kalau nak tahu y'ols kena lah ke page tersebut dan baca daripada bab 1 oke..!;)

Kat sini My ringkaskan sedikit sahaja mengenai group tersebut. Taknakgemuk ditubuhkan lebih setahun lalu tak silap My.. Tapi My jumpa belog dia ni akhir 2010 yang lalu.. so dah banyak chapter yang My dah terlepas.. Pemilik belog berkenaan adalah seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Dzul.. kebanyakan follower belog tu gelar dia sifu sebab belog dia banyak memberi inspirasi kepada follower2 untuk kembalikan badan yang gemuk kepada kurus!

Apa?? dak Dzul ni jual ubat kurus ke?? ehhh.. bukanlah... no ubat kurus oke! Taknakgemuk merupakan kumpulan diet yang mengamalkan diet secara low karbohidrat.. Biasanya kita dengar kalau orang diet they ols low kan calori atau lemak an an.. Tapi yang ini lain.. they ols kat group ni mengamalkan memakan makanan2 yang low karbohidrat.. calori toksah dibimbangkan makanlah berapa banyak pun kau suka asalkan low carbs!

Pernah dengar Diet Atkins? Haaa itulah yang dikatakan diet low carbohidrat. Diet ni biasanya diamalkan oleh orang barat tapi Dzul ni praktikkan secara asia lah.. hehe.. dari segi pemakanan lorh.. So.. dak dzul ni lah yang bagi motivasi kepada follower2 dia sejak dari awal.. bagi contoh2 makanan yang mereka perlu ambil... apa yang patut mereka buat kalau kantoi dan sebagainya...

Korang tak percaya dan tak suka menyeksa diri?? Dzul buat belog dan group ni selepas dia dah praktikkan diet atkins tu pada diri dia.. sebab tuh la dzul bersungguh nak bagi semangat pada follower dia.. Apa yang dia catatkan pada belog tu semua daripada pengalaman diri dia sendiri.. bukan omong2 kosong aje hoke! cuba lihat ni!!
sebelum
selepas
Haaaa... tak ke menanah mata y'ols tengok??? Untuk memastikan yang ini bukanlah superimpose makanya My akan bersua muka dengan sifu Dzul harini!! Diingatkan.. mereka2 yang berani dan kuat semangat sahaja mampu menjalani diet seperti ini... tade disiplin memang hancus.. Tapi kalau y'ols percaya pada diri y'ols mampu mengubahnya!!! Nak tengok follower Dzul yang dah berjaya? boleh rujuk Kak Hasmaliza ni... Seyesly My adore with her!!! My sendiri yang dah 4 bulan ikut group ni belum mampu turunkan berat badan sebab....My asyik kantoi!!!! grrrr

So... info lebih lanjut... y'ols pergi je ke blog Taknakgemuk ni oke! kalau rasa nak sangat kurus nak ikut cara Dzul ni... sila baca daripada Bab 1 oke!

oke.. nak pergi mandi dan bersiap2.. nak main bowling harini!! ho yehhhh... (juara longkang...-.-')

Till then!


footnote:
Jadi follower My sekarang! cukup 500 sebelum 13hb Mei, 
My buat GA beli hadiah dari Ho Chi Minh!^_^

Tuesday, March 8, 2011

Kandungan Gula!

Nothing, just nak share this with y'ols! 
click for larger image
Moral of the story... minum air masak je... heheheheh


Sunday, February 27, 2011

Nak perut idaman? try this

Salam everyone!

Perut yang kempis adalah menjadi idaman semua wanita yang berperut buncit. yelaa kalau dah kurus macam lidi takkan nak kempis lagi kan. Salah seorangnya adalah insan bernama 'aku'....ye....'aku'! T_T Walaupun sedang berdiet akan tetapi perut buncit yang satu ini belum pun menampakkan perubahan mahu kempis. sayang barangkali mahu meninggalkan perutku..T_T... Dah pakai girdle pun dia tetap degil. Bila bukak girdle tu nahhhh kauuu pandang bawah macam tak nampak kaki. *tipu. Jadi demi untuk membanteras gejala perut buncit ini daripada terus berlarutan adalah disarankan untuk aku melakukan sedikit perubahan. err.. sedikit bermaksud perubahan itu tidaklah dilakukan secara mendadak. perlu ada kesedaran diri terlebih dahulu. (ah kauu tak habih2 kesedaran diri.. bagi 3 tahun pun lum tentu kau sedar!) erk.. okay-okay kita bermula dengan secara kecil-kecilan dahulu. (apa kau ingat ini satu perniagaan?!) *bisikan hati memang selalu dengki terhadap my..T_T

Baiklah!! oleh kerana rakan-rakan dietku telah membuatkan aku merasa cemburu di atas keaktifan mereka melakukan senaman, aku juga termotivated oleh mereka! ya.. terima kaseh kawan-kawan kerana sedikit menyedarkan aku. (sedikit je??! memang kau tak sedar diri la my!). err kira oklah daripada takde langsung an an. 

So, dengan bantuan encik google yang mengetemukan aku dengan beberapa tips yang mudah dan ringkas untuk bersenam.. InsyaAllah akan aku gunakan untuk kehidupan seharianku. my! kuatkan semangat! kau boleh!!!

Jom kita tengok apa jenis senaman yang kita boleh lakukan?^_^

Knee Circle
Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

  1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
  2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
  3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.
  4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
  5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.
  • Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.
  • Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.
  • Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.
Side Chop
Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.

  1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki
  2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
  3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
  4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.
  5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan



  • Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.
  • Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ok.
Seat up




Haa.. yang ni aku tak payah bagi explanation la kan (sebab tak jumpa) sebab ni adalah antara senaman yang biasa dilakukan untuk kempis kan perut. sebelum tidur, bangun tidur pun boleh buat an an. (pandailah tapi diri sendiri malas nak buat..T_T). buatlah dalam kiraan 10.. ulang-ulang.. *nanti urat perut terasa tegang.. besh woooo... 


Lain-lain

yang ni y'all click je kat gambar tu and zoom in oke...;) 

Selamat mencuba!! (juga kepada diri sendiri..T_T)




Info:kredit to missyanz, chocoties


Friday, February 11, 2011

Tips : Kurangkan Selera Makan

Seperti biasa, hari ini perut I buat hal lagi. Mentang-mentang harini Jumaat, hari terakhir bekerja di minggu ini slumber laa kau melantak nasi kukus ayam berempah!! Kononnya, ‘takpelah harini last ok zanziii last makan nasi’. Macam tu lah lebih kurang hati berzanzi.. *menci. Habis nasi separuh kau bedal sampai tak tinggal sebutir pun. Tulang-tulang ayam berempah yang lazat kau ratah dengan rakus sehingga kalau tulang tu boleh telan pun kau nak sumbat jugak ke mulut.  Itu nasib baik nasi separuh kalau kau tak cakap kat akak tu mintak separuh konfem nasi yang penuh tu habis kau bedal. Alahai perut…T_T  **perut dah kenyang baru terbit rasa kesal, as usual!

Kalau susah nak kawal nafsu macam ni la jadinya.. Apalagi, dapat internet terus google cara-cara mengatasi masalah kuat makan… tips-tips kurangkan selera makan.. ye harus!! Kerana selera tak pernah luntur maka sebab itu setiap kali, tidak punya perasaan sedar diri dan terus menerus menikmati makanan yang menjadi rubbish dalam perut..hamik kauuu..

Nah, tips-tips kurangkan selera makan untuk kau perut degil:

(Sumber : sumberalam4u)
  • Makan secara perlahan. Tip yang membantu untuk mkn perlahan adalah makan semasa menonton movie, kira bilangan kunyahan, berbual atau membaca sambil makan.
  • Makan hidangan yg kecil dan menggunakan pinggan yg kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
  • Ambil makanan yg tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dll. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
  • Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
  • Jgn membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
  • Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
  • Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk mkn.
  • Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
  • Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada didepan mata, akan 'trigger' anda untuk makan.
  • Replace your dishes with smaller dishes. This is both a psychological trick and a practical one: you still feel like you have a full plate of food, but you fit less food on a smaller plate.
  • Drink a large glass of water (bubbly water fills you up more) before you sit down to eat.
  • Try not to drink during the meal, which can make you eat more.
  • Spice up your food. It's no coincidence that the spiciest food comes from the poorest areas of the world, where they have to feel fuller on less. Spicy foods make you feel fuller.
  • If you can't eat spicy foods, settle for more flavorful foods. Strong flavors satisfy the taste buds, which signal to the appetite that it's being satisfied. Use plenty of herbs and non-hot spices, salt or salt substitutes, onions and garlic.
  • Eat slowly. This is a common suggestion, but it rarely comes with practical tips on how to do it, other than to force yourself to chew a certain number of times before swallowing. People sitting around a table counting their chomps is a big dampener on table conversation, to say the least. So here are two practical suggestions: reverse your eating hand (right to left, left to right) but be careful not to put the fork through your cheek (!), and put on some soothing music to accompany the meal.
  • Serve up your plate with the correct portions. Do not place platters of food on the table. Decide what quantity each person should eat, and serve it up in the kitchen. If people object, ask them to think of it this way: platters of tempting food on the table is cruel for those who can't permit themselves to eat much.
  • Check the proportions of your food: vegetables should take up more space on your plate than your main protein or starch source. Vegetables have high nutritional value, low calories, and they can make you feel fuller than protein or starches. They're bulky, full of fiber and water, a combination that makes you feel full.
  • Restrict yourself to only one dessert a week. Not so long ago, dessert was a Sunday treat. That's a good tradition to recover. If you crave sweets at the end of a meal, try nature's candy: fruit. A dish of fresh grapes, or peaches, or strawberries, or watermelon, for example, is just as satisfying to the sweet-tooth as high-fat and high-calorie desserts.
  • Set a nice table. When a meal feels special, even if the quantity is small, the experience is more satisfying. Use place mats or under-plates or a table-cloth. Decorate the table with fresh flowers or candles. Use special tableware and glassware for the most humble meal, even when you eat alone. If you can't pamper yourself with an abundance of food, pamper yourself with all the other aspects of the meal. And that includes good company and good conversation!

Hurm.. dah dapat info sila amalkan ye. Jangan sekadar lafaz bismillah kemudian terus melantak langsung tak pandang member kat sebelah. Hampagas betul.


Anyone ada tips-tips lain untuk perut degil I? silalah kongsi…T_T 

Till then!

Wednesday, February 9, 2011

Atkins Loser

It has been a long time I didn’t talk on my diet right? Actually, I am very disappointed.. disappointed with myself.. yeah yeah y’ols can say anything about me… what.. Loser??? ‘angan-angan tahi ayam’??  whatsoeverlah.. sad to inform y’ols, I have not started my re-induction yet…as promised….T_T… dunno lah…

Bermula dengan rasa pening yang berpanjangan selepas seminggu beratkins, I berulang alik ke klinik mendapatkan rawatan dan ubat dek tak tahan menanggung sakit kepala. Tapi walaupun rasa sakit I teruskan jugak atkins. Mulanya I rasa ianya bukan berpunca daripada diet I tu but then bila noticed, I rasa macam tu selepas amalkan atkins…hurm.. After that I dah mula curik-curik makan terutamanya bila ada function di office. Arghhh.. menyesal. Then, I mula stop makan supplement.. mana tahu sebab supplement I pening tak hilang-hilang? Hurm… sikit-sikit I makan balik foods yang sebelum ni I berjaya hindar. Lebih teruk lagi bila I pergi teambuilding selama 3 hari di hutan, Hulu Langat.. dengan aktiviti yang pack.. dan.. dengan hidangan makanan yang lazat.. terutamanya nasi….. Kalau dah dalam hutan macam tu, makanan apa yang I boleh makan?? Takkan I nak makan daun-daun pokok dalam hutan tu plak kan? Dahlah makanan sedap-sedap.. free plak tu… memang I tak tolak rezeki la kan……. I have been eating and eating without considering the consequences… T_T arghh.. punah… punah…… yeah yeah I’m the loser.. fine!

Sejak I balik teambuilding 3 hari tu, I macam dah tak boleh tak makan berat-berat. I mean, makanan yang sebelum ni lama I tak sentuh seperti nasi, bihun, roti, eskem, jajan-jajan… semua I dah berani sentuh balik.. OMG… T_T… hamik kauuuu… I dah mula balik rutin makan di luar office (tak masak+tak bawa bekal+tak tapau di fudcourt), I dah mula balik rutin makan di kedai bila habis bekerja mahupun hari tidak bekerja.. ahh sudah.. ini sudah kronik..! sia-sia je kau diet sebelum ni.. kau mula balik tabiat dan tebiat lama! U eats too much rubbish gurl!!!! See ur stomach now?? Oh noooo….!!!!!!!!!!!! @_@

Huh…. Apa kesudahannya, I pun tak tahu. I nak start balik secara mendadak pun susah ni. Sebab nanti takut I buat separuh jalan lagi..T_T… Secara hakikatnya, I memang kuat makan.. pantang nampak makanan.. makan makan makan!!! Sebab tu lah setiap kali nak diet memang susah nak konsisten dan disiplinkan diri!! I hate myself in that part! Huh…. What I’m gonna do now??? HELP!!!

Kesimpulannya…. I pun tak tahu nak simpulkan bagaimana. Kalau I tak berusaha melakukan sesuatu.. I akan terus benci pada diri yang tak berapa nak sihat ni. Seriously I rasa semakin ‘membesar’ sekarang.. Kalau I buat sesuatu pun, I kena betul-betul buat.. I kena melakukan perubahan…ye.. mesti.. T_T… Kalau ben tak bising pun, I memang selalu merungut dengan diri sendiri.. asyik makan je.. badan pun makin bulat.. macam mana nak kawen ni…T_T…

Mungkin I kena mula Atkins? Mungkin I kena guna cara lain? Ke I yang cepat mengalah dengan sesuatu cara tu? Baru pening sikit dah kalah.. **eh tapi betol-betol pening laa…T_T… entahlah… Let me think… what next…

My plan.. di awal pemulihan.. I nak start dengan berpuasa.. ye.. berpuasa ye kawan-kawan. I kena belajar berlapar. Ye.. akan ku didik perut yang degil ini. Secara tak langsung, I bolehlah ganti sekali puasa yang terpaksa ditinggalkan bulan Ramadhan hari tu kan kan. heee~ Tapi, harus diingat!! Berbuka puasa jangan berlebihan…. NOTED!!! Tapi, mampukah I? InsyaAllah… kita cuba minggu depan oke?? Deal!

Lately ni sakit kepala I dah hilang.. mungkin secara kebetulan? Atau.. mungkin sebab I dah jadi normal kembali? Normal dengan kembali kepada sikap suka makan…T_T… But kadang-kadang terasa jugak sakit kepala ni cuma takdelah sampai tak tahan sampai nak jumpa doc. Sakit kepala tu mungkin juga berpunca daripada tekanan kerja. Bukanlah kerja berat sangat sampai tertekan. Tapi mungkin dek kerana memikirkan idea-idea yang harus dikeluarkan untuk setiap kerja yang dilakukan. Plus, kerja pun dari pagi ke petang mengadap laptop kan… @__@...

Sekarang ni, I tengah sakit tengkuk dan bahu pulak. Yela I rasa mungkin sebab lama sangat duduk atas kerusi di office. (bila agaknya admin nak tolong tukar kerusi yang tak sihat tu ek?T_T)…  Dengan mengadap laptop dan kerja….sakit-sakit belakang dah jadi perkara biasa. Haih.. daripada haritu nak pergi massage tak jugak pergi-pergi… I ingat macam nak pergi berbekam. Tapi, macam takut pun ada. Yela sebab tak pernah buat, tengok sampai keluar-keluar darah bagai.. seram pun ada. Y’ols dah pernah berbekam ke? Tak sakit ke?? I tengok orang yang dah buat tu macam besh je. Ramai kata lepas berbekam badan rasa ringan sebab dia buang darah kotor kita.. yeke? Lagipun berbekam ni salah satu sunnah Nabi right? Tengoklah nanti kalau berkesempatan dan ada keberanian I nak cuba. Untuk migrane dan sakit-sakit belakang… Udah tidak tertanggung lagi…. Haih.. muda-muda dah macam ni kan? hehehe

Moga niat suci I untuk mengempiskan perut tak sekadar di pinggir bibir.. hehe.. y’ols mehlah tolong support I…T_T…. kot-kot ada di antara y’ols yang ada tips nak konsisten dengan diet dan pemakanan?? Boleh lah tolong-tolong share di sini…… oke?

Ok lah.. badan penat.. mata pun dah mengantuk….=__=

Till then ya!!

Monday, January 24, 2011

Induction : 3rd week Atkins (No menu Hapdate!)

Salam.. hai u ols! Pejam celik pejam celik kejap je dah 3 minggu dalam tahun 2011 ni kan kan? n… dah 3 minggu ‘sepatutnya’ I dalam Atkins!!! Kenapa ada ‘…’ untuk perkataan ‘sepatutnya’ tu? Huhhhh!! Ni nak habaq ni. T_T..

Minggu pertama Atkins I memang bersemangat.. giler kentang tak sentuh makanan-makanan yang dilarang. Minggu kedua?? Anda pun boleh lihat pada minggu lepas punya post kan? Agak kesal dan kecewa disitu.. sebab.. dengan jayanya I telah mengkhianati badan sendiri dengan mengkantoikan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ahhh! Jangan jadikan ia sebagai alasan la my! Jangan salahkan kawan kalau ko kononnya terpaksa makan prosperity. Jangan salahkan company punya event ko terpaksa menjamu selera dengan hidangan yang diberi dengan rakusnya ( eh eh masih sopan ketika makan oke). Sudahnya, ada beberapa hari di minggu kedua yang I telah kantoi.. hurm…. Bila nak makan.. selalu I kata.. ‘ala sikit je nihhhh…’… bila perut dah kenyang.. ‘ahhh menyesal nya bedal ol this rubbish!!!’…T_T…

Minggu ketiga Atkins.. bila dah start kantoi sikit-sikit.. I dah mula berani membuat kesilapan lebih drastik! Walaupun I tetap makan makanan yang dibenarkan masa Atkins but!!! I akhiri minggu ketiga dengan kesilapan terbesar bila terpaksa makan nasi!! Itupun sebab I balik kampung ke halaman ayahanda bonda.. Owh bukan terpaksa tapi memang nafsu makan sedang menguasai diri I ketika itu dan tanpa berfikir panjang I telah menjamu selera dengan kejamnya tanpa mengasihani perut sendiri! Ahh kejamnya kau my sebab mengkhianati aku! *bisik si perut terchinta. Ahhhhh!! Seperti biasa, bila tekak mula mengeluarkan sendawa tanda kekenyangan… muka kekesalan mula terpancar. Maafkan aku perut….T_T… So, I decide untuk tidak hapdate menu bagi minggu ini sebab apa yang I buat tu dah sia-sia bila I khianati badan sendiri…………………..

Akan tetapi! Bila dah banyak terkantoi tidak bermakna I kalah. Tidak juga bermakna I putus asa. I masih mahu kurus. I masih mahukan pinggang kerengga. Ye.. masih mahu!!! T_T… Untuk menebus kesalahan itu.. I akan ‘re’muhasabah diri.. ye.. kesedaran yang perlu I cari! My.. fikirlah yang terbaik untuk kebaikan perutmu! Isk. Untuk itu, I akan berusaha lagi. Bila dah bersedia, I akan lakukan re-induction. Ye! I akan melakukannya! Err.. sebab apa I kata ‘bila dah bersedia’? Sebab.. petang esok ada jamuan farewell untuk boss I.. so, sebelum I cakap I kantoi di minggu ke-4 Atkins baik I cakap awal2 yang I mungkin akan makan rubbish lagi hehe. So, xkan ada la post untuk 4th week of Atkins hehehe.. Pandai tak I melepaskan diri.. *nakal! Anyway guys.. Bila dah re-induction nanti I’ll update my menus as usual.. Eh jangan risau tak ambil masa lama. Maybe around this week. Maybe next week huhu.. n I akan pastikan all my menus suci dan bersih without any rubbish!! Ini bukan perjanjian but sebagai pembakar semangat!! Moga I sedar dan bangun balik!!! Chaiyok my!!

Eh all atkiners out there. Jangan jadi macam I oke! But kalau u ols pun terjebak jangan cepat putus asa!! Bangun balik! Buat re-induction oke hehe..

Bukanlah nak menyeksa badam atau diri sendiri.. but nak bagi badan ni belajar disiplinkan diri.. Nak kurus bukan untuk chantek je.. but nak bagi badan sihat! Lemak banyak tak chantek.. plus badan pun tak sihat!!! Heee…

Till then!! 

Sunday, January 16, 2011

INDUCTION: 2nd week of Atkins – Banyak kantoi!!

Salam.

Err.. hai.. apa khabar u ols hrni?err.. dengan rasa bersalah pada diri sendiri I menaip entry ini.. Dengan rasa kesal teramat sangat I post jugak entry ini.. Dengan harapan moga I sedar akan kesilapan diri yang nak tak nak terpaksa I maafkan..T_T..

I have done my 1st week of Atkins I janji nak post entry seminggu sekali je kan (update menus), so kali ni nak listkan menu I for the whole 1 week ni hehe. Plus, I perlu membuat pengakuan sebab rasa bersalah yang amat sangat..T_T..

Eh sebelum tu I nak update menu I untuk minggu ini.. What are they?


MONDAY
Breakfast     :     Half Boiled Egg
Lunch          :     Ayam goreng berempah + Sayur kobis goreng
Dinner         :     I tak makan oke..


TUESDAY       
Breakfast    :     Telur Separuh Masak
Lunch         :     Okay!!! I mengaku I salah!!! I 'ter' makan MEKDI oke!! ye.. I ulang.. Mekdi!!!                        uuuwwwwaaaaaaaaaaa...! I makan prosperity ayam!!!! uuwaaaa.....
Dinner        :     Tak ingatlah makan apa...T_T

WEDNESDAY
Breakfast  :     Telur sparuh masak
Lunch       :     Ayam goreng 3 ketul + telur dadar
Dinner      :     Ayam goreng 3 ketul


THURSDAY
Breakfast   : Telur+ayam grg 2 ketul
Lunch        : Ikan talapia sambal + sawi goreng + tauhu sumbat + kentang goreng sambal
Dinner       : Tak ingat jugakkkk..T_T


FRIDAY     
Breakfast    :   Telur Separuh Masak
Lunch         :   Sayur kangkung goreng + ikan goreng
Dinner        :   Tauhu Sumbat!!!! (I baru tahu tak boleh makan oke!!) 


SATURDAY
Breakfast    :  Tak breakfast sebab pentingkan tidur...@_@
Lunch         :  Ayam goreng + Sayur kangkung goreng 
Dinner        :  Sate!!!!!!!!


SUNDAY
Breakfast    :  Tidur..T_T
Lunch         :  Sardin + Bayam goreng + Telur Hancur 
Dinner        :  Sardin
Dah tanak cakap banyak sebab minggu ni banyak kantoi! menci! 


**Dah dua minggu ni I pening kepala je... kenapa ek? adakah kena mengena dengan atkins?T_T

Wednesday, January 12, 2011

Bila Raya Cina Hampir, dapat Buah limau Free

Hurm.. seperti biasa.. dah dekat-dekat cina nak raya ni mesti ada yang bermurah hati bagi buah limau free.
Harini dah dapat 2 biji limau free. Sedap ni.. adoiii.. gatal je tekak ni.

Dalam hati berkire-kire nak makan ke tak nak makan ke tak…isk

Try check balik jumlah carb dalam buah oren… and… here it is…
So.. terpaksa tahan nafsu makan..

Limau? Masih ada kat workstation. Kak Sue dah offer nak tolong makan bagi pihak..T_T..

Owh sila bagi saya masa satu hari untuk berfikir…sob..sob…

Tuesday, January 11, 2011

Say No To 'Nasi' Contest

Salam all!

Harini I nak cakap pasal 'SAY NO TO NASI' contest anjuran blogger Aku Gemok yang sedang berlangsung sejak 1hb December 2010 yang lalu.. Owh demmmm!!! I'm late already..! isk. I just found this blog and notice pasal contest ni. pergh.. kalau tidak mesti I dah join sama.. (err tapi tak tahulah kalau I masih bertahan hingga ke hari ini atau tak hihi). But yeah.. this contest can be a platform form us untuk kuruskan badan. Sekurang-kurangnya bolehlah jadikan alasan kenapa kita tak nak makan nasi.. kira macam di motivatekan melalui contest! kan kan! brilliant sekali idea si penganjur contest. Tapi anda kerugian RM10 sebab tak invite I join sama.. isk. 

Untuk pengetahuan u ols, contest ni berlangsung selama 2 bulan di mana ianya telah pun bermula pada 01.12.10 yang lalu. isk sob sob.. dan berakhir pada 31.01.11 akan datang... frustrated? dissappointed? ngee~ I pun baru je jumpe blog ni hehe. Syarat-syarat penyertaan adalah.. yang utamanya TIDAK BOLEH MAKAN NASI. dah nama pun 'say no to nasi' kan dah terang lagi bersuluh.. haih! So, hatta sebutir nasi pun tidak dibenarkan. They ols yang menyertai contest ni mestilah jujur di mana they ols kena update blog with pemakanan they  oll hari-hari. So, secara tidak langsung mengajar they ols to be jujur pada diri sendiri. Sebabnya, barangsiapa yang makan nasi hatta 'ter' sekalipun hatta sebutir sekalipun, maka dianggap BATAL sama sekali. segala rayuan tidak akan dilayan daripada pihak penganjur hehe pandai-pandai tambah ayat. 

Apapun, walaupun I ketinggalan tak dapat join u ols yang dah join contest tu, I support u ols oke! Berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir! (chewahhh). I pun tak makan nasi juga since I dah start atkins dari last week.. hehe. So, Impian kita sama! sama tapi tak serupa..;P k ols! Goodluck!!!

Till Then!
p/s: more info click here

Sunday, January 9, 2011

Induction : 7th Day Atkins

Salam.


Whoooo... whooooo.. I kunci jam 9.30am.. Pastu lalok2 lelap balik bajet nak lelap dalam 5 minit je sekali terlajak ke tengahari oke! 12 lebey! oh em ji! Cepat-cepat bangun. padahal tade janji temu pun tapi dah tengahari macam hape je. bangun-bangun gi rendam balance baju yang belum dicuci. bagi noty makan..mandi-mandi basuh baju, masak, tengok tb dan berfesbuk! huhu. Apa menu hari ni? haa ni dia... Ayam goreng 3 ketul bersama telur dadar goreng dengan bawang besar. Disebabkan dah bangun lewat tengahari so tak dapeklah den bersarapan hehe.
Sepanjang hari duduk rumah je tak ke mana-mana pun. Si dia pun senyap je masih tidur barangkali. Takpelah tak mahu kacau biar dia tidur secukupnya. So, keje I cuma dengan fesbuk huhu.


Petangnya si dia text ajak gi jogging. hehe. ho yeh ho yeh.. I pun apa lagi dengan semangatnya bersiap dan kami keluar dalam pukul 6pm. joging dekat-dekat je (Taman Botani Kepong). Dapatlah dua pusingan.. fewwwwwhhhhh letih seh... 

Haha chumel x?;P

Balik jogging gi makan sup sayur + sate 5 cucuk..;P hehe 5 cucuk je takpe dzul kan kan..;P Oklah. Next week I tak post dah menu everyday. Nanti I brief kan je seminggu sekali.. hehe...


Till then!

Saturday, January 8, 2011

Induction : 6th Day Atkins



Salam


My 6th Day!!! Bangun pagi pukul 9.30 am.. bukan terlajak subuh oke.. sengaja kunci jam lambat sikit since Allah bagi cuti..;) Owh itu tidak bermakna anda boleh mengambil kesempatan dengan membuta sahaja oke. Eh tapi kira oke la I bangun awal what.. daripada matahari atas kepala baru nak bangun ape cer an an.. hehe.. 


Okay rutin biasa di hari sabtu@tidak bekerja@tidak pulang ke kampung halaman menemui ayahanda & bonda.. rendam baju.. bagi noty makan.. kemas bilik yang serupa tongkang pechah.. (tidak kemas tidak bermakna selekeh@pengotor oke!) then mandi-mandi dan basuh baju. Owh bukan itu sahaja. I masak juga oke.. huhu. before this I jarang sangat masak. Selalu makan luar je hehe. Tapi hari ini tidak lagi..semua kerana Atkins..^_^


Untuk breakfast seperti biasa.. Half Boiled Egg 2 pcs..T_T Sebab macam dah lewat so malas nak masak yang heavy sangat. lepas mandi dan basuh baju goreng ayam dan sayur kobis untuk makan tengahari.. 

And then boring so lepaking dengan fesbuk je.. lepas zohor si dia ajak tengok wayang (eh sebenarnya saya yang ajak dia haha). So, we ols pergi JJ je tengok Damping Malam arahan Ahmad Idham.. biasa-biasa je oke.. bagi bintang 2/5! tak seram pun (tapi tutup mata jugak ngee~)..


Before 7pm dah balik rumah.. before mandi I berdansa dulu oke! hehe. Dulu ada beli dance mat. Mula-mula nak beli punyalah beriya. Dah beli berapa kali je menari atas tu haha. Berabuk sudah.. So this time baru nak mula balik. Dah berpeluh sikit.. rehat-rehat baru mandi.. esok menari lagi oke! ^_^


Before 8pm I makan ayam goreng 3 ketul. Lunch tadi memang masak lebih sikit so dah tak payah masak haha. 


Air masak jangan lupa minum banyak-banyak oke.. (Selalu lupa nak minum hish)


Ok till then!




Friday, January 7, 2011

Induction : 5th Day Atkins

Salam..


My 5th day of Atkins! What are the menus?


Breakfast - Seperti biasa... telur separuh masak 2 biji. nak buat macam mana, itu je yang termampu ngeh3..


Lunch - Bawa bekal ikan jaket goreng + sayur goreng (konis, bunga kobis, brokoli), Nampak macam tak cukup then ikut kak sue pergi food court tambah plak telur goreng hancur + tauhu sumbat... ngee~


Petang tadi before balik I dengan kak sue pergi gym. Dah lama plan nak pergi baru harini mission tercapai hehe. Nasib baik tade orang so bolehlah we ols main semuanya! hahaha. Gym tu free je company provide besh kan kan. Pasni nak pegi lagi oke!

Then lepas habis bermain dan berposing di gym we ols singgah Dinner di 'the threats'.
Dinner: Tauhu sumbat 3 ketul + telur separuh masak lagi 2 biji hehe... 

Nampak tak muke kepenatan tuh! hoho



Ops air masak tak lupa oke! terkencing kencing i youuuuu!!


Till then!














**Takziah buat kawan terchenta adilah hamid dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah awal pagi ini. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers