9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, April 10, 2011

Keluar pegi Gathering Cheat Day Taknakgemuk dot com!

Assalamualaikum y'ols!!
hoiiii! tido lagi ke??? hamboi3.... tinggal Subuh la tuh. haip! nak kena babab nih!! heee~

Pagi ni My sangat baik hati lepas bangun tunaikan Subuh terus tak tidur lagi hehe. Sebab apa? sebab nak berbelog lah!! giler! giler! Bro Ben pun tak bangun jengah blog lagi tuh gaknye. My plak melebey2 padahal traffic takat tu je. hak puih.-.-'

eh taklah.. My takdelah giler sangat 24jam nak ngadap belog naif nih hee~ tapi sebab My ade gathering kul 11 nanti. *lambat lagi!.. Gathering dengan rakan2 alam maya yang tak pernah lagi bertentang 4 mata hehe...

11pagi nanti My akan ke Superbowl Times Square untuk bersua muka dengan kawan2 daripada Taknakgemuk Diet GroupSetelah beberapa bulan kitorang sahut cabaran berdiet makanya harini merupakan hari pertemuan untuk melakukan Cheat Day (makan makanan terlarang ketika diet) beramai-ramai!!!Eh belog apa tuh?? siapa mereka2 tuh?? Kalau nak tahu y'ols kena lah ke page tersebut dan baca daripada bab 1 oke..!;)

Kat sini My ringkaskan sedikit sahaja mengenai group tersebut. Taknakgemuk ditubuhkan lebih setahun lalu tak silap My.. Tapi My jumpa belog dia ni akhir 2010 yang lalu.. so dah banyak chapter yang My dah terlepas.. Pemilik belog berkenaan adalah seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Dzul.. kebanyakan follower belog tu gelar dia sifu sebab belog dia banyak memberi inspirasi kepada follower2 untuk kembalikan badan yang gemuk kepada kurus!

Apa?? dak Dzul ni jual ubat kurus ke?? ehhh.. bukanlah... no ubat kurus oke! Taknakgemuk merupakan kumpulan diet yang mengamalkan diet secara low karbohidrat.. Biasanya kita dengar kalau orang diet they ols low kan calori atau lemak an an.. Tapi yang ini lain.. they ols kat group ni mengamalkan memakan makanan2 yang low karbohidrat.. calori toksah dibimbangkan makanlah berapa banyak pun kau suka asalkan low carbs!

Pernah dengar Diet Atkins? Haaa itulah yang dikatakan diet low carbohidrat. Diet ni biasanya diamalkan oleh orang barat tapi Dzul ni praktikkan secara asia lah.. hehe.. dari segi pemakanan lorh.. So.. dak dzul ni lah yang bagi motivasi kepada follower2 dia sejak dari awal.. bagi contoh2 makanan yang mereka perlu ambil... apa yang patut mereka buat kalau kantoi dan sebagainya...

Korang tak percaya dan tak suka menyeksa diri?? Dzul buat belog dan group ni selepas dia dah praktikkan diet atkins tu pada diri dia.. sebab tuh la dzul bersungguh nak bagi semangat pada follower dia.. Apa yang dia catatkan pada belog tu semua daripada pengalaman diri dia sendiri.. bukan omong2 kosong aje hoke! cuba lihat ni!!
sebelum
selepas
Haaaa... tak ke menanah mata y'ols tengok??? Untuk memastikan yang ini bukanlah superimpose makanya My akan bersua muka dengan sifu Dzul harini!! Diingatkan.. mereka2 yang berani dan kuat semangat sahaja mampu menjalani diet seperti ini... tade disiplin memang hancus.. Tapi kalau y'ols percaya pada diri y'ols mampu mengubahnya!!! Nak tengok follower Dzul yang dah berjaya? boleh rujuk Kak Hasmaliza ni... Seyesly My adore with her!!! My sendiri yang dah 4 bulan ikut group ni belum mampu turunkan berat badan sebab....My asyik kantoi!!!! grrrr

So... info lebih lanjut... y'ols pergi je ke blog Taknakgemuk ni oke! kalau rasa nak sangat kurus nak ikut cara Dzul ni... sila baca daripada Bab 1 oke!

oke.. nak pergi mandi dan bersiap2.. nak main bowling harini!! ho yehhhh... (juara longkang...-.-')

Till then!


footnote:
Jadi follower My sekarang! cukup 500 sebelum 13hb Mei, 
My buat GA beli hadiah dari Ho Chi Minh!^_^

1 comment:

nurul afifah said...

alolo . comeyy ny dy dulu .
skang suda encem . (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers