9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, April 9, 2011

Ubah diri tu dulu sebelum nak ubah orang lain!!

Dari pagi tengahari tadi bangun dari tidur hanya sempat post satu entry. Bukan tade masa.. bukan tade depan lappy tapi kerana My pergi mencari perubahan.. mencari perubahan di mana? di laman sesawang jugalah.. acapkali My berulang ke rumah (blog) sendiri... dan acapkali My menjengah (blogwalking) ke rumah-rumah yang lainnya.. My lihat perbezaan antara kami.. Ye.. My perlu berubah... bukan sahaja daripada segi layout tapi juga dari segi penulisan.. ye!! harus!!! 

'Ahhh!!! banyak kali dah kau sebut tentang perubahan ni My!! Tapi bila?? Samalah macam kes diet kau tuh!! esok diet.. esok kantoi.. ganti lusa.. lusa pun kantoi.. ganti tulat.. kantoi jugak!! sampai makan tahun pun tak pernah nak konsisten...! Kau nak cakap plak pasal belog naif kau nih??? huh! hangat2 taik kucing je lah!'

isk.. kena marah....T_T

Ye.. My akui.. My seringkali tersasar daripada apa yang My impikan.. Setiap perubahan yang My janjikan tak selalunya My tunaikan... biasanya, separuh jalan...T_T... entahlah.... kenapa mengapa pun My tak tahu! sengal tol dak My nih ish. 

Mengenai perubahan blog.. nanti My nak usahakan... perubahan macam mana? nanti kita saksikan.. Dari petang tadi My dok layan tutorial daripada blogger-blogger yang power dalam bidang itu! Kalau y'ols nak tengok tutorial tu jugak bolehlah tengok bloglist 'blogger tutor' kat seblah tuh oke..^_^

Perubahan bukan hanya boleh dilakukan kepada blog.. Tapi juga kepada diri sendiri.. Ianya ibarat kita nak ubah orang lain, tapi kenalah ubah dulu diri sendiri.. betul tak?


Bercakap pasal nak ubah orang lain.. pernah hadapi situasi begini?? kita nak seseorang tu berubah.. dan.. kita sendiri cuba berusaha untuk mengubah orang tu.. Tak kira lah dengan cara apa pun. Kadang-kadang kita berkeinginan untuk mengubah orang lain tapi tak kesampaian. Kita nak ubah blog kita.. kita nak ubah adik-adik kita.. kita nak ubah kawan-kawan kita.. kita nak ubah pakwe/makwe kita.. kita nak ubah anak-anak, isteri dan suami kita.. Tetapi malangnya... diri kita sendiri tak mampu berubah..


Jadi, sebab tu la kita tak mampu ubah orang lain sedangkan diri kita pun apa kurangnya?? Betapa besar pun harapan kita untuk mengubah orang lain tetapi sekiranya kita tak mulakan dengan diri sendiri.. kita akan gagal.. gagal untuk mengubah... Ianya samalah seperti kita sanggup tengok dan ucapkan mengenai kekurangan dan kelemahan orang lain tetapi tak berani untuk memperkatakan tentang kelemahan diri sendiri.. Am I right??


Y'ols tahu tak? Kalau kita mengubah diri kita sendiri... indirectly, kita juga mengubah orang lain. Dek kerana kita semangat untuk berubah maka ianya akan mempengaruhi orang lain juga untuk berubah. Oke sebagai contoh, kita gemok.. kite nak diet.. diet tu bukan sebab nak cantik je la.. tapi sebab kesihatan tubuh badan yang perlu kita jaga. Ok, then kita bersungguh2 nak diet nih.. kita jaga makan.. kita exercise sana sini (ubat-ubat kurus tamo oke) dan akhirnya... kita kurus... giler kau kurus!!! tak ke orang lain yang buncit gemok gedempol tu terliur tengok? tak ke diorang berdarah mata?! heeee~


Lepas tu konpem orang yang montel tuh tanya kita kan.. "errr... apa rahsia???".... haaa... makanya, diorang pun terpanggil untuk kurus seperti kita! Then diorang start lah diet jugak! hehe. Haaaa macam tu la lebih kurang contohnya... faham murid-murid???


Hurm.. cakap je tak guna.. berubahlah!! macam mana nak berubah?? haa.. cenggini...


1) Mulakan dengan mengubah diri sendiri. Macam mana kita nak orang lain berubah sedangkan kita tidak? kan kan? Jadilah seperti ‘ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.


2) Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.


3) Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.


4) Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.


5) Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.


6) Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. 


Jadi? tunggu apa lagi!! anda pun cubalah berubah sebelum mengubah!! ^_^


Sumber: Ondastreet


footnote:
Jadi follower My sekarang! cukup 500 sebelum 13hb Mei, 
My buat GA beli hadiah dari Ho Chi Minh!^_^

6 comments:

waN Mohd Salim said...

salam .. singgah sini .. sye dak bru belaja .. hehehe
entry ni mendalam sungguh

an_Nur said...

renung2kn dan selamat beramal~ eheh. dah betol2 macham tazkirah kat era je. neway nice ah. ;)

cik bihah said...

Yup kite kene jadi mentro secara tidak langsung dengan orang lain kalu nak tgk org lain berubah jugak..

http://cikbihahlife.blogspot.com/

mynameismy said...

@waN Mohd Salim

samela kite..;P tenks wan!

mynameismy said...

@an_Nur

heeee.. tenkiu!

mynameismy said...

@cik bihah

yup! that's rite!!!;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers