9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, April 4, 2011

eh korang tahu tak kita kena renew IC sebelum umur 24 tahun??

Hello!!! kerinduan terhadap belog semakin membuak2 setelah berjam-jam lamanya berdating bersama pegawai imegresen gara-gara nak buat passport. Agak kental bila My terpaksa drive sendiri ke Pejabat Imegresen. Setelah membelek-belek di laman sesawang pejabat mana harus My jejak akhirnya My memilih Wangsa Maju sebagai destinasi pilihan! Jalan? tak tahu sebab tak pernah pegi tapi dengan bantuan google map dan Putri Bongsu akhirnya dapat jugak My jejak ke sana. terima kaseh!

Hala tuju dah betul tapi tak jumpa2 pejabat imegresen tuh. Tapi My tak berputus asa pusing2 di sekitar kawasan dan akhirnya.. nah!! tu dia pejabat imegresen Wangsa Maju!!! Bersebelahan dengan JPN huhu.. homaigod!!! penuh macam sardin...T_T... Nak tunggu nombor giliran tuh agak bencinta sket.. sabo je lahhh..

Tunggu punya tunggu nombor My pun dipanggil.. pap pap! kena tunggu plak untuk bayaran.. napelah kau tak buat sekali je dalam satu sesi haih... oke. dah siap bayar! RM100 untuk tempoh 2 tahun validity. Then kena tunggu lagi satu jam untuk passport siap...T_T Sementara tu, pegi kedai makan membedal nasi ayam hainan n milo ais... nasi ayam tak sedap.. nasi tak habes.. ayam licin... huhu... 

Seperti yang My dah plan before pergi.. alang2 Pej. Imegresen tuh sebelah JPN, My nak ke JPN nak buat balik surat beranak yang My tak tahu letak mana... hilang barangkali. ISi borang, tunggu nombor giliran.. pap pap! siap!! pergh time tu jugak siap? giler cepat.. My dah ada surat beranak baru! yeay!! 

Masa pegawai kaunter tu dok settlekan permohonan My, My tanya kat dia kalau nak renew IC kena berapa bayaran.. RM10 katenye.. Sebab My memang dah lama nak renew IC, last masa form 5 dulu. Oke.. next time datang nak buat IC plak. Then pegawai tu cakap... 'kena renew IC sebelum umur 24tahun taw'... erk?? yeke?? Owh oke.. I'm almost 24 on coming July!! "err... kalau nak buat IC kena amik balik nombor giliran ke??" fewwwwhhhhhh.... nasib baik tak payah! kalau tak jenuh nak menunggu. tang2 tu jugak brother tu tolong buatkan untuk pembaharuan IC my hehe... terbang RM 5 untuk surat beranak dan RM10 untuk IC... Amik gambar kat situ jugak... -.-'
surat beranak!
y'ols dah renew IC?? ke My je yang lambat nih hehe.... But then kalau ada yang belum renew.. renew lah daripadsa sekarang hoke. Semua kena renew IC kalau dah berumur antara 18 - 24 tahun... Kalau dah exceed 24 tahun baru nak renew nanti kena charge 40 hengget taw.. hehe.. yeee betulll... pegawai JPN tu tadi bagitahu kat My...

So.. tunggu apa lagi? renewlah sekarang di JPN berhampiran! hehe.. 3 minggu siap!!

Dah settle urusan di JPN My masuk balik ke Imegresen. Thanks God dah siap pun passport! yeay!!
oke dah boleh pergi obesiiiii!!!!^_^
Urusan selesai moh kite pulang!! daripada kul doplas datang sampai ke 3.30pm baru gerak balik..T_T

6 comments:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

dear...wat passport nk g obeseee ehh ^^ wow!!! jgn lupe ole² utk cik bunga taw! btw, nk share info psl renew ic, cik bunga pon bulan 10 genap 24. heheh :p

mizzkechique said...

genap 18 terus buat...haha..gelojoh tak..

mynameismy said...

@♥.::cintabunga™blogspot::.♥

hehe a'ah. nk pegi vietnam je. bulan 5 nih!! hehe

hoho.. so cpt2 lah buat Ic baru!;)

mynameismy said...

@mizzkechique

haha bagus2. tp gmbr dah xhapdet..;P

SiS NaD said...

Tau DeaR... SiS DaH ReNeW 2 TaHuN LPaS... (^_____^)V

**::CIKNUURUL::** said...

err,my,..CN xrenew lg,..tp end of this month,dh nk msuk 25,..cmneee???,.wuwuuu,xtau pon,.tp mmg dh lme nk renew tp xbuat2,.hoho,.tq for the info,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers