9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

Busy kerja so terlepas pandang segmen Bro Ben. Walaupun sibuk dengan pilihanraya Bro Ben tidak lupa akan tanggungjawabnya kepada readers. Segmen harus wajib sebagai pancing untuk undi haha.. gurau je Bro! y’ols yang belum UNDI silah berbuat demikian! Gudluck Bro Ben! ^_^
Nak join kelik Gambar!

Oke kali ni BA buat segmen mengenai ‘Perkara yang anda tidak boleh lupakan bila bicara tentang SEKOLAH!’.. huhuhu… macam besh jek jom layan!

*Flashback ke zaman persekolahan*

My mula jejak ke zaman persekolahan adalah pada tahun 1994, Darjah 1… Tadika? My mana sekolah tadika dulu. Tak tadika pun time exam mesti top 3 tau! (nada riak..;D).. Darjah satu masuk kelas 1K. Kelas K masa tu kira kelas pertama lah, kelas kedua M pastu R.. hehe… kira bertuah lah My masa tu dapat kelas K… otak plak bijak…;D memang sesuaii sangat..heee~
ce teka ce teka yang mane my!;D
Cikgu pertama My adalah guru kelas tersebut iaitu Cikgu Noorjuliana Binti Mazlan yang ajar subjek Bahasa Melayu.. Tak ingat plak darjah berapa dia pindah, dah lama My nak cari balik cikgu Juliana yang baik hati ni dan akhirnya! Ada kawan sekelas My jumpa dia di fesbuk awal tahun lalu! Dalam fesbuk tu kawan My tagged gambar My masa sekolah rendah dulu yang ada kat album cikgu! Seronok giler jumpa dia balik! Bila My tanya dia, kenal My lagi ke tak dia kata mestilah kenal.. anak murid dia paling kepoh dalam kelas…-.-‘… Masa darjah satu tu peristiwa yang tak dapat My lupakan adalah bila jari manis My tersepit kat pintu pagar sekolah yang berkarat.. demmm! Ada budak tuh la dia pi main pintu pagar tu tolak sana tolak sini.. Mase tu My tengah tunggu Mak amik balik sekolah.. My yang tak sedar tangan My tengah bersandar kat balik pagar tu tiba-tiba rasa sakit sangat! Mula-mula My buat-buat biasa je tapi tiba-tiba nampak darah!!! Arghhhhh!!! Aku cedera!!!! Terus My nanges….T_T… Sir Ahmad Liza yang nampak My terus bawa pergi bilik guru.. Cikgu Juliana yang kebetulan ada kat bilik guru tolong balut jari My.. pehtu Sir Ahmad Liza yang anta balik naik motor… hehehehe… Cikgu paling garang masa sekolah rendah yang My tak boleh lupa adalah cikgu Norsum!! Dia ajar ape ek? Maths ke Sains camtu la. Masa tu darjah 4. Sape tak siang keje sekolah kena rotan kat kuku! Buat jari tu macam nak suap asi ke mulut.. haa.. kat hujung jari tu die pukul pakai pembaris panjang! Sakit woooo… diam je la kitorang masa tu. Zaman sekarang kalau kena pukul? Konpem cikgu kena tumbuk hidung.. tetttttttt … hehe…
ehsan google
Weh banyak sangat kenangan time skolah ni!!! y’ols larat ke nak baca nih? hehe.. takpe takpe y’ols nak berhenti setakat ni pun boleh.. biarlah den berbicara sorang-sorang.. T_T

Nak cerita kenangan time skolah rendah ada banyak lagi.. Tapi cukuplah setakat itu, My nak sambung ke sekolah menengah plak hehe. Masuk sekolah menengah My masuk sekolah Men. Arab berasrama di Bandar Segamat. Dulu kakak-kakak My sekolah sini.. ni kire pelapis la nih heheh. Masuk form 1.. duduk kat dorm B.. satu bilik dengan kakak senior yang merupakan ipar duai My haha.. So, kes-kes buli ni My tak pernah lah pulak rasa.. berani la orang buli My.. My buli balik hoho. Kenangan yang tak boleh My lupa masa orientasi. Kena marah dengan senior time sesi toce mentoce… My nak cerita adegan yang mencetuskan keadaan itu pun complicated so tayah citer la eh eh..;D Warden sekolah My garang.. ustaz Samsudian.. tapi My suka tempe goreng wife dia hehe. Lepas waktu sekolah tengahari mesti pegi rumah dia beli tempe goreng. Time prep malam pun dia akan jual tempe hehe.. dengan air soya sekali…0_o!

Start form 2 My keluar taring dan tanduk.. Mula berkawan dengan kawan-kawan yang nakal.. (nakal bukan jahat oke).. Suka fly dari asrama semata-mata nak makan sedap-sedap kat kedai makan hahaha.. sanggup fly dari asrama sebab nak pegi main tenet kat cyber cafĂ©.. hahahaha.. Sampailah satu malam tu kantoi dengan guru disiplin sekolah dan warden asrama…T_T… pergh masa tu muka tebal tatao nak letak mana dah…. (budak pandai kantoi kena cekup fly beb mana tak malu…-.-‘).. Maka tersebarlah berita kekantoian kami di seluruh pelusuk sekolah… Kes ni masuk record dan mak bapak pelajar-pelajar yang kantoi dipanggil! Demmmm~ Boleh plak sekolah hantar surat kat Mak Abah My suruh datang sekolah… Time kat sekolah, kelas My depan bilik guru je.. Masa tu Mak Abah datang sekolah nak jumpa guru disiplin.. Kawan-kawan sume nampak Mak Abah datang.. My pun dup dap dup dap berjalan ke bilik guru… sampai bilik guru nampak plak Mak Abah… apa lagi! My kan ratu lalak.. melalak la My!!! Uuuwwwwaaaaaa!!! Ustaz nasihat je… bla.. bla… bla.. jangan buat lagi.. bla bla bla… Pastu Mak Abah balik. Bila mak dah sampai rumah My kol… menangis My bila mak cakap.. ‘Dah settle dah tadi. Dah jangan buat lagi lepas ni’…. heeeee~

Weh dah panjang la!!! kalau sambung lagi sampai minggu depan pun belum tentu habes. Oklah dah lah.. dipendekkan cerita.. Nakal-nakal My pun sekarang dah pegang Ijazah kauuu…..;D…. Thanks kepada Mak Abah dan cikgu-cikgu yang terlibat dalam kejayaan diri ini… hehe…

Cerita y’ols time sekolah plak camne? Ce cite ce cite…0_o

Ok bai.

3 comments:

putribongsu said...

nak tengok u nangess T___T
hihihihi

::Mastura Zakaria:: said...

wahhhhhhhaaaaaa....siap ada taring dah time form2 ?hebat2...

fuuyooh said...

salam kenal..dtg dari blog abg ben..hehehe
Maha raja lawak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers