9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, April 5, 2011

KTM is getting worst!!!!

Mata My dah kuyu.. mintak ditidurkan pada kadar segera. Badan terasa sangat letihnya.. Malam ni terasa pendek sebab balik dari kerja sampai rumah lewat tadi.. Semuanya gara-gara komuter yang buat hal!! pergh.. menyirap tol My tadi. Kena plak time2 My TERRRpakse naik komuter ni kan.. memang hampagas la! 

Tadi ada kerja perlu My selesaikan.. Pukul 7 lebih My keluar office. Bajet ada la train around 7.30-8.00pm tuh. Sekali My turun je kat platform... homaigod!!! Ramainya makhluk!!! biar betol? ni kalau dah ramai2 orang dok masih tunggu train ni konpem sangkut nih... pergh. Mulalah rasa tak sedap hati.. Tumit kaki ni dah mula sakit.. Nak bersila kat lantai segan.. memang menguji kesabaran tul la. Dalam hati jangan cakaplah dah menyumpah macam2...

Tengah dok tunggu2 bleh tak ada suara sumbang announce.. "train ke Rawang sekarang ini tertahan di stesen Bandar Tasik Selatan.. anda diminta mencari alternatif lain.. bla...bla...." pergh! giler kau!! nak kena cari alternatif lain plak? dah golap2 ni aku nak naik apa? bus? mintak mahaplah tak berani n tak pandai! My sms si dia.. Sudahnya My tukar ticket ke Batu Caves... Nak tunggu yang ke Rawang lagi sejam dua.. kem salam lah nak tunggu...

Bila dah tukar tiket tiba2 My dengar dia announce train ke Rawang dah sampai! apa ke mangkok sangat diorang nih???? grrrr.. sakit jiwa betul!!!!! Rupanya diorang replace dengan train lain. Kot ye pun bagitahulah!! apa guna ada announcer tuh???! Sudahnya memang My tak naiklah train ke Rawang tuh.. tunggulah plak train ke Batu Caves... Next train ke Rawang memang lambat lagi! Yang dah sampai tadi pun macam sardin dah gamaknya.... hadoiiii kenapalah KTM ni tak pernah langsung menggembirakan hati My?? Selalu je dissappointed macam nih. selalu hoke! Dah la skrg ni sesekali je naik train.. time2 sesekali naik ni gak dia nak carik masalah! memang mendatangkan marah! 

Mana tak marah? kita ni dahlah penat baru baik keje.. nak lah sampai rumah awal boleh rehat2 boleh blogging2.. tapi belum pape dah tersekat train buat hal!!! haih~

Makin banyak train baru (cth: ets) makin low service KTM nih. My tak tahu lah apa yang diorang buat untuk memajukan perkhidmatan diorang.. sebab.. My tak nampak apa-apa! Sejak setahun ni macam tu je lah.. Keluar train baru.. kununnye laju kemain gempak.. Tapi train2 komuter ni apa yang diorang buat? tang tueee jugakkk....

kepada yang berkenaan.. tolonglah! tolong buat sesuatu!! kesianlah kepada penumpang2 tegar anda yang memang hanya ada anda sahaja untuk membawa mereka pulang ke habitat masing2!! Jangan tambah kebencian kami lagi!!

argh!! penat!!! nak tidur sekarang!!! sekian.. My melaporkan untuk buletin mylifesstoryblog!! grrr

Zzzzzzzzzzzzzz...krooooohhhhhhhhh...=__=


1 comment:

Pembawa_Wacana said...

KTM = Kitorang Tipu Maaa.... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers