9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, April 4, 2011

Berada secara live di malam ABPBH adalah kenangan terindah!!

Selamat malam semua! eh eh.. My belum nak tidur lagi laa..hehe.. Sebelum melabuhkan tirai untuk malam ini ingin My hapdet mengenai ABPBH 2010 malam semalam.. Mungkin ada yang tak tahu di mana My berada secara live di malam kemuncak ABPBH malam semalam huhu.. Berbekalkan tiket vip pemberian Berita Harian kerana kemenangan My dalam peraduan Gemilang bersama Bintang baru2 ini, My mendaki genting highlands untuk menyaksikan majlis berprestij itu..seronok ke tak??? giler tak seronok?? haruslah!!!
My gerak dari rumah petang semalam around 3.30pm dah dekat2 kul 4 macam tu la. Itupun puaslah dok kejut si pengarang jantung pisang yang tiba2 diserang demam pada hari sebelumnya.. Risau jugak kot2 dia tiba2 ubah fikiran tak mahu pergi...T_T.. jenuhlah malam tu bawa gi klinik belikan air badak..paksa makan ubat segala.. agar demam segera kebah.. giler panas kot badan dia!! Tp pagi semalam Alhamdullillah dah tak panas cumanya dia masih lemah.. ye kesian.. tp My sangat berharap dia dapat teman My ke ABPBH...

At last.. dia bangun jugak bersiap.. dan.. kami selamat sampai ke genting highlands!!! hehe.. tempat 1st dating tu..;P Sampai sana macam awal lagi so kami pun buat lah apa yang patut termasuklah makan dan solat dulu.. Makan apa je yang mampu kat atas bukit nun? Kefsi je lah.. tu pun harga dua kali ganda dari kat bawah tau. ABP punya pasal... bedal je lahhh...
RM30++
giler muslimah..-.-'
Seusai makan, kami pun ke pintu masuk Arena of Stars. Bapak ramai org!! mengerlip2 baju haaa... My?? My pakai baju kurung je hoke...giler muslimah..T_T Nasib baik dapat tiket VIP, ada laluan khas, tak perlu bersesak2 dengan orang2 ramai tuh ngeee.. vip vip pun tadelah dok seblah artis kauuu... ada dekat pun yang tak glemer macam emma akma..pastu sape lagi tah... abang shaheizy i.. abang asmara i... dapat bau lalu seblah je lahhhhhhh...pergh!!! tak ingat dah buah hati kat seblah!! histeria i youuuuuuuu!!!


Oke disebabkan My ni ala2 muslimah sejati.. pastu dapat tiket vip an an so kenalah kaber2 sket..;P Tengok je lah fans-fans kat atas dok bersorak2.. bila artis2 turun dari carpet biru pergh!!! jerit tak hengattttt... pastu bila nampak jejaka2 idaman My.. homaigod!!! jerit dalam hati je lah. Nak amik gambar.. tapi kalau dah ramai sangat duk berkumpul depan tuh kem salam jelah. Dengan ketinggian yang tak sampai 150cm ni mampu ke My dok kat celah-celah diorang tuh? kalau bawa dslr takpelah gak an an... isk sob..sob...
Walaupun tengok ABPBH secara live tapi tak puas sebab pentas jauh kalau dalam tibi terang2 nampak muka kak engku zizan segala.. Tapi dalam Arena of Stars tu kalau rasa macam tak nampak apa yang diorang dok buat kat pentas kenalah pandang kat screen tuh haaa... suara pun kadang2 tenggelam dek sorakan penonton2.. tapi tengok kat tibi jelas lah dengar apa yang diorang dok cakap an an.. Tapi!! apa yang terjadi di sebalik tabir tibi.. di luar pentas y'ols tak nampak an an... tapi My boleh nampak hoho... tu yang istimewanya.. at least My ada la experience.. 'ooo macam ni rupanya diorang handle rancangan2 live ni...'.. siap ajar lagi kalau yang pembantu2 pentas tu bagi isyarat tepuk so semua kena tepuk.. tu pasal lepas commercial break je y'ols perasan tak mesti ada tepuk tangan dulu. "30 seconds more!!!"...
"oke stanby! 10,9,8,7,6,5...clap!!!" *sambil diorang buat aksi terkinja2 suh audience tepuk hehe.. macam tu lah lebih kurang apa yang terjadi di luar pentas hehe..

Kalau time commercial break je time tuh lah produksi2 semua dok keluarkan drum, guitar kusi meja segala... time tuh lah nak sound check sekali bagai.. Pastu ada gak selingan tu si yaasin pelawak masuk. haha.. dia masuk bawa guitar pastu nyanyi lagu omputih! tapi shian kejap je pastu dah nak abes iklan org halau dia keluar pentas. hehe... 



Cakap je artis mana? siapa? semua My jumpa semalam hoho.. Tapi berdarah je lah mata tengok dari jauh.. bak bulan yang tidak tercapai oleh tangan.. isk isk.. tak boleh belah betol.. hensem!!!!! ustaz amirul... abg asmara.. si adnan sempit.. haq... aeron aziz!!!! hish sume2 lah hensem! yang artis pompuan pun tak kurang canteknya... kecik2 plak tuh. dalam tibi nampak je besau tapi depan2 halus mulus jeee... lisa.. dato' siti.. bini pertama ustaz amirul si munirah tu sape tah name dia.. tiz zaqyah.. fasha sandha..!! sume comel2 belaka kauuuuuu....

Keputusan pertandingan?? y'ols sume tengok an an mesti dah tawu dah.. tak tawu pun banyak dah blogger2 hapdet nih hehe. Tapi takpe My nak jugak listkan keputusan ABPBH 2010 kat sini! hehe. 

1.Artis Duo/Berkumpulan Popular – Ana Rafali/Altimet/Sohaimi Sixth Sense
2.Pelakon TV Wanita Popular – Lisa Surihani Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular - NoorKhiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Shaheizy Sam Remy Ishak
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna
19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – SHAHEIZY SAM!!!!


overall?? okelah.. ada yang My tak duga pun boleh menang! Ada 3 yang tersasar daripada undian My. Erm itu bermakna diorang mempunyai peminat! Dan yang paling penting.. Abang Shaheizy Sam dahku tatap menjadi pojaan hatiku!! Tak sia2 My habeskan duit beli setem pos undian melalui Berita Harian. Hari2 tak miss taw!! Sebab kat opis dapat paper free hehe..
Apapun.. ABPBH malam tadi memang besh!! dengan gandingan pengacara yang mantop menggamatkan suasana.. boleh lah... persembahan2 juga meletop terbabor!!! terbaik dari ladang!!!! and the best part malam tadi adalah masa ucup wilcha keluar! haha.. giler tak boleh belah! sebelum dia kuar tu kitorang dalam hall tu dah gamat dah! Sume orang nampak ucop dah mula pusing2 tangan dah.. semua orang dok sorak dia! haha.. time dah start ucop ngan johan dok sole sole tuh lagi lah gamat!!! produksi2 pentas sume dah terkinja2 suh diorang habeskan cepat2 sebab overun patut kan abes 11.30pm hehe.. 
ucop wilcha!
Oke dah habes! My sampai KL pukul 2 lebey kauuu..  Benti kejap je makan kat hentian sebelum tol tuh. Masa dah lepas makan nak naik ke kereta nampak rita rudaini!! pergh sombong sket pun tak senyum. Dia dengan assistant2 dia kot. Eh tapi mana laki dia? Tengok2 dalam kete sambil pegang anak dia. Rasanya anak dia tidur kot. Aik.. takkan dia tak turun makan kot? kesian giler kot. dahlah kena drive. pastu time gi makan rita turun dengan yang lain2 tapi si aidil dok dalam kete jaga anak. Dengar tak apa dia cakap masa sampaikan anugerah? "dia ada kat atas jadik bibik. padan muka". hish tak baik youuuu... Ops!!! sorry tergosip sudah!!!! Tapi hensemnye Aidil!!!;) 

Nak balik tu My drive sorang2 sementara orang seblah dah berkeruh. sabau je lahhhh... nasib baik i expert drive yoooooo.... n selamat sampai rumah! sebelum tido sempat hapdet satu entry huhu... Pengalaman yang sangat besh di ABPBH 2010!!! tenks Berita Harian!!! tahun depan bagi lagi eh eh..;P

Till then!

3 comments:

Ujang9897 said...

bla la..dpt tiket tak roger2..=)

yasin mesti best kan

mynameismy said...

@Ujang9897

agagagag..jeles..;P
dapat 2 ticket je nak roger hapenye..;P

sarah mohamad said...

eeee .. bestnya dapat pergi sana. hiks. me ntahkan biler lah dapat pergi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers