9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, April 1, 2011

APRIL FOOL!!!

Hoi! hoi!! tu ape april fool april fool tu! fool betul taw! bape kali nak pesan?? tak baek dok sambut hari-hari dari barat tuh?! tiap2 tahun pun nak kena remind?? otak hangpa pi mana??? haippp biasa nih!!!
Dulu masa My duduk hostel time skolah muda remaja, ada akak senior pakat wat april fool kat My taw. Bukan My soranglah.. ada lah beberapa orang kawan yang lain pun kena.. Diorang duk sangkutkan kasut My, suar dalam My kat kipas dalam dorm...T_T... pergh nak sepak je kakak tuh.. grrrrr... Kat kelas member duk pakat letak bangkai lipas bawah meja... hampagas tol! Tapi My tak hingat lah My pernah ke idak buat kat kengkawan macam tu huhu... Kalau ada, sory ye hehe.

Bila dah besau panjang cenggini.. barulah My tahu rupanya April Fool tu tak muleh sambut... Haram! Samalah jugak macam hari kekasih, hari ibu segala tuh... Yela, dulu My ni naif.. naif tu bukan kurang didikan agama ye.. naif sebab info mungkin tak lengkap yela dulu mane la aktif sangat tenet2 nih.. google pun tak tahu menatang hape.. Festime My kenal tenet My belajar pasal MIRC je hehehe..;P Sekarang ni? Ha... type je lah menatang hape yang kau nak tahu tau hamikkk sume depan mata!! tinggal dok baca dan simpan dalam hati rapi2 an an...

Toksah cakap panjang... Baca je lah story kat bawah ni. My copy kat notes My yang pernah My kongsikan kepada sahabat2 di fesbuk tahun lalu.. (kejap je masa berlalu an an...)..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama..

Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....

Dah jadi budaya kita kan? terlalu terikut2kan yang barat.. Nau'zubillah... Akhir zaman....T_T

  Barang siapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.
(Riwahul Tarmizi)

So, beringatlah kawan2.. pabila kamu menyambut April fool makanya samalah seperti kamu meraikan kematian-kematian saudara2 Islam kamu. Syaitan gelak ketawa.. tepuk tangan.. orang2 Kristian apatah lagi? gembira memperbodohkan kita, berjaya meletakkan maruah kita di tingkat yang paling bawah sekali...T_T 


Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan

So.. pls say NO to April Fool kalau tanak jadi bloody fool!!! heee

Wallahua'lam... sekian tazkirah hari ini.. renung2kan dan selamat beramal!

10 comments:

Hazrina Erin said...

sokong! tak sepatutnya ikut cara org yahudi ni~tak elok^^

singgah sini^^
http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/03/jangan-kenakan-orang-bila-april-fool.html

Ujang9897 said...

dulu layan skarang tak..=)

nama ang dah masuk dlm mangsa kentut 1,

bloglist yg senarai tu yg join time open aritu..

mynameismy said...

@Hazrina Erin

yes true!! hehe dah follow u back!;)

mynameismy said...

@Ujang9897

yelaa dulu kn ala jahiliah lg..;P

tenks ujang!!!

YanaMIB said...

oh br tau sejarah sebenar april fool..kita share entry my ni kt fb ye..hehe~ =)

Isteri Yang Comel said...

dulu masa sekolah-sekolah sellau kenakan kawan-kawan biler time april fool.. tak tahu lagi masa tu

nelly said...

say no to april fool !!

mungelily said...

yup..
jauhkan la perkara2 mcm tu..
xde pekdah kan..
:)

... said...

as salam..
huhu..masa kecik2 dulu, memang nakal.
pegi sambut

=_= bila dah besar sikit, baru diberitahu..adoi

@_@

Farah Rahim said...

err actually kalau belajar fakta sejarah tak tepat semua ni...

pls refer
http://pinkgoodness.blogspot.com/2011/04/april-fool-or-april-full-of-fools.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers