9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, April 15, 2011

Tazkirah Jumaat - Seksa Meninggalkan Solat

Dapat berita salah seorang junior masa sekolah dulu meninggal dunia di Madinah (belajar di sana)... Innalillah.. moga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.... Takziah buat keluarga arwah... Alfatihah~

(Mode:Ustazah tak berapa bertauliah)

Assalamulaikum! Apa khabar semuanya? Harap-harap sihat hendaknya di pagi Jumaat yang mulia ini..

Seperti biasa, di pagi penghulu segala hari ini kita akan dihidangkan dengan sedikit ilmu kerohanian.. InsyaAllah.. sedikit sebanyak dapat mengrefreshkan kembali pengetahuan kita…
Hari ini, ustazah nak membincangkan mengenai SOLAT.. Seperti yang kita sedia maklum kita semua umat Islam wajib menunaikan Solat Fardhu yang 5 waktu itu. Orang yang meninggalkan solat Fardhu adalah amat buruk dan sangat keje sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.. Nau’zubillah…

Ini kerana, kalau kita rujuk kembali kisah-kisah sejak zaman Adam.. apabila Allah memerintahkan sujud kepadaNya.. hanya Iblis laknatullah sahaja yang enggan. Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.  (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
1) Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

2) Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.

3) Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia 
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu
SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain. 

Lihatlah saudara-saudaraku muslimin dan muslihat.. betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

"sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan"
Wallahua’lam Bissawab…..renung-renungkan & selamat beramal….

3 comments:

darxniq said...

solat adalah tiang ugama..tanpa solat..xder la mahligai yang dibina di akhirat nnti....

sbb solat adalah perkara pertama disoal...semoga solat kita semua sempurna dan diterima oleh Allah...

insyaAllah..:)

forever love said...

hidup kaya mana.. sesenang mana pun.. kalau tak solat.. semua harta benda yang kita ada kat buni nie takk diberkati..

wallhu a'lam

man yusoef said...

btol tu..solat tu tiang agama...kalau tak cukup 1 tiang...robohlah ia...solat tu kira perkara asas dalam Islam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers