9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, April 22, 2011

Earth Day - Berbilion Tindakan Hijau!

Entry ke 3 untuk harini ini! demmm.. banyak perkara plak yang My nak post harini.. lepas ni ada lagi nih. taip laju-laju pastu sambil buat kerja.. grr tengah cari data customer… oke takpe Jumaat, mood dah berada di kampung halaman… -.-’
credit google
Eh y’ols ni sibuk berblog, fesbuk bagai ni y’ols tahu ke hari ni hari ape? Memanglah jumaat!! Tak dengar ke orang duk hebah-hebah kat corong-corong lori eh silap radio.. tibi dan malah laman sesawang juga ada! Hari ni hari bumi sedunia la weh!!!

Ha tuh sape-sape dok tengah buat pembakaran terbuka tuh.. demm yu!! Yang dok buang sampah merata-rata.. demm yuu jugakkk!! Yang dok beli suar spentot selai jek kat giant hari sabtu pun nak beli beg pastik dua posen??? Alaa pegang je laa nak malu ape.. janji kau tak rosakkan bumi.. demmm.. *err kalau My pun malu der bawa spentot macam tuh je.. hehe.. eh! tapi tak bermakna y’ols kena pakai jugak beg pastik oke! Reusable beg kan ada! Melambak dah jual tapi apsal susah sangat nak beli n pakai?? Nak dibandingkan harga reusable bag tu yang y’ols anggap mahal nak dicomparekan dengan plastik yang boleh menjahanamkan bumi tuh.. mana bagus?? Reusable bag tu bukan guna sekali je. bleh pakai selalu taw! Silap2 pakai pergi kerja pun boleh! ;D

Y’ols tak isau ke dengan pemanasan global yang semakin menggila… kejadian-kejadian alam yang semakin meruncing…?? Kesian kat bumi kita… semakin tua dimamah usia… Ketahuilah.. kita manusia.. punya otak punya akal.. jadi, kita mampu mengubahnya!

Oleh itu, apa yang harus kita lakukan untuk bumi pinjaman Allah yang terchenta ini?? Kalau kempen sana sini tapi tade kesedaran dalam diri kita tak guna jugak! Jadi yang utamanya.. kena sedar diri dulu! You’ve no choice! You have to! Fikirkan masa depan kita dan anak-anak kita kelak.. Nak ke mereka hidup dalam udara yang tidak sihat??? Sudah tentu tidak mahu kan?

Ayuh selamatkan bumi kita dengan langkah-langkah yang berikut:

Jimat tenaga
1. Pilih lampu dan alat elektronik jimat tenaga.

2. Buat jadual/batas penggunaan elektrik.

3. Gunakan tangga daripada tangga bergerak aka escalator.

4. Berjalan kaki untuk perjalanan jarak dekat.

5. Jimat penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua bahagian muka kertas

6. Kurangkan penggunaan beg plastik. Bawa reusable bag sebagai alternative

7.  Beli keperluan makanan sekadar mencukupi, jangan membazir.

8. Buang barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas dan aluminium di pusat kitar semua, Makanan yang lebih kita tanam atau bagi kat binatang ternakan jiran sebelah...

9. Gunakan lebih kurang 80 liter air semasa mandi dalam bath berbanding 35 liter air jika kita mandi menggunakan shower. Kita juga mungkin akan mandi selama 15 minit di bawah pancuran air panas berbanding 5 minit dengan air sejuk..

10. Pilih aktiviti berjoging berbanding mengunjungi gym.

11. Gunakan jari untuk mematikan lampu, kipas dan alat-alat eletrik lain yang tidak digunakan. Jari anda tu dapat menjimatkan pengunaan elektrik kat rumah dari 5 hingga 13%.

12. Kongsi kereta semasa ke tempat kerja. Ini dapat mejimatkan minyak dan tol

13. Gunakan barang-barang tempatan. Van, lori, kapalterbang digunakan sehingga beribu kilometer untuk menghantar makanan dan barangan untuk kita. Kalau kita gunakan barangan tempatan, kita boleh elakan daripada pengeluaran carbon daripada kenderaan2 itu. Ini juga baik dari segi ekonomi negara kita.

14. Letakkan satu bekas kosong kat luar rumah untuk menadah air hujan. Gunakan air tu untuk membasuh kereta, membasuh bilik air atau siram pokok bunga.

Dan banyak lagi!!!! Lets save the world!!!
Sekian dimaklumkan~


credit to : Mawarmerah7


2 comments:

cik fai said...

fai pencinta Alam :)

jom tanam pokok . hihi^^

HAZWAN17 said...

bumi kita tanggungjawab kita.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers