9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, April 25, 2011

Tragedi ditikam sebab kejut solat subuh ; berapa banyak dosa dah anda kumpul sebab tinggal subuh??

Y’ols baca paper tak harini? Kitorang kat opis ni memang hari-hari hapdet isu-isu semasa ni sebab setiap sorang memang dapat paper free company bagi.. Pilih je nak paper hape asalkan bukan harakah..;D (itu beli napsi-napsi baca sendiri kat rumah hoke heee~).

Ni ni nak cite pasal kes harini ni.. pasal sang isteri yang koma ditikam gara-gara mengejutkan suami bangun solat subuh. Ye.. kejut bangun SOLAT SUBUH oke!!! Homaigod… tak sangka kan? ada jugak kes sebegini…. T_T

Mengikut sumber paper (tak tahu lah bleh percaya 100% ke tak..), kejadian berlaku apabila si isteri mengejutkan si suami lebih kurang jam 6 pagi untuk menunaikan solat subuh… Si suami yang masih enak dibuai mimpi indah (agaknye lah heheh) berang dengan tindakan si isteri yang berniat baik itu. Lepas tu berlaku pertengkaran hampir 10 minit sebelum si suami hilang pertimbangan membelasah si isteri lebih 30 minit dan mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat!!

Tambah sumber (paper) lagi, walaupun si isteri dibelasah akan tetapi dia masih meminta si suami berubah dan menunaikan solat namun akibatnya si suami bertambah berang dan bertindak lebih sadis apabila mengambil pisau dan menikam perut si isteri…

Si isteri meraung kesakitan manakala si suami?? Panik dan terus melarikan diri selepas terkejut dengan kehadiran jiran yang menyedari kejadian itu. Akibatnya, si isteri sedang koma bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang.

Nau’zubillah….T_T  My tak sangka lah ada lelaki a.k.a SUAMI yang tergamak melakukan sampai macam tu sekali terhadap isteri yang selama ini menjadi teman setianya.. Apalah dosa si isteri sampai diperlakukan demikian rupa… Hanya kerana kejutkan solat Subuh? Hanya kerana melakukan perbuatan yang sangat mulia?? Bersyukurlah anda kerana mempunyai isteri yang solehah seperti itu…T_T

My faham.. sesetengah lelaki memang susah sangat nak bangun pagi.. lagi-lagi dikala hening subuh.. waktu sejuk masih menyengat kat kulit badan.. azan subuh? Haremmm nak dengar… call berkali-kali??? Hareemmmm nak jawab! Kalau bom meletop sebelah telinga pun konpem sedar-sedar je dah ada kat alam barzakh kalau lelaki-lelaki serupa ini….-.-’

Yang masih tinggal dengan family, bersyukurlah kalau ada ibu yang tolong kejutkan anda bangun tunaikan solat.. kalau dok membujang?? Cuba timbang balik berapa banyak dah dosa yang y’ols dapat akibat meninggalkan solat subuh?? My tau ramai orang zaman sekarang dah takde solat subuh dalam kamus hidup diorang… lebih-lebih lagi di kala hujung minggu, tak perlu bangun awal ke kerja… memang kirim salam lah nak bangun kan kan…. tidur lebih penting daripada kewajipan sebagai umat Islam tu kan kan?? haih~

Bila y’ols si lelaki telah berkahwin, sepatutnya menjadi tanggungjawab y’ols untuk membimbing si isteri ke jalanNya… sepatutnya menjadi tanggungjawab y’ols untuk ajar si isteri supaya jangan meninggalkan solat malah ajak si isteri solat berjemaah bersama-sama anda… Tapi lihatlah apa yang jadi hari ini? Si isteri yang penat lelah menjaga makan pakai y’ols dan anak-anak y’ols pula yang kena mengejutkan y’ols solat subuh?? Sudahlah dia kejutkan y’ols bangun Subuh, y’ols balas dengan maki hamun? Naik tangan?? Malah pisau dan menikam????? Ya Allah.. suami jenis apakah y’ols ini??? Tak berperkemanusiaan langsung!!! Bersyukurlah y’ols kerana mengahwini wanita seumpama itu kerana sepatutnya pasangan y’ols juga adalah setaraf dengan y’ols yang tak suka bangun subuh!! Bukankah wanita sepatutnya dilayan dengan kelembutan?? Bukan sebegini rupa!!

Menjadi isteri tak semudah yang di sangka.. Tak kena pada tempat.. memang buruk padahnya kan? Diingatkan buat kaum isteri juga.. kalau nak kejut suami bangun subuh.. kejut dengan penuh kelembutan.. bukan dengan kemarahan yang mungkin akan mendatangkan kemarahan juga… nak tegur suami.. tegur secara berhemah… Jangan sampai kredibiliti beliau sebagai suami tercabar…

Berkenaan kes ini, My tak pasti bagaimana ianya sampai boleh mencetuskan kemarahan si suami.. My doakan moga si isteri yang menjadi mangsa itu sembuh… My harap si suami yang tidak berhati perut itu sedar dan bertaubat padaNya….

Perempuan ni memang senang nak bangun… Yela, bila jadi perempuan.. tanggungjawab banyak.. nak masak.. siapkan anak-anak, suami.. Tu yang senang bangun pagi kot. Tapi, My yang belum kawen ni ok je? Bukan nak cakap besar la.. My memang dari kecik dah di didik bangun awal untuk tunaikan solat subuh.. Tak kirelah lepas tu mungkin ada yang My tidur balik tapi yang penting Subuh My takkan sengaja-sengaja tinggal.. Kalau kat rumah, mak panggil nama My dari luar bilik je My dah sedar.. tak payah mak susah-susah masuk bilik goncang badan bagai nak suruh My bangun Subuh. Pastu. daripada form 1 My dah biasa hidup berdikari.. bangun pagi tak pernah dikejut.. bunyi jam loceng je.. biasanya seawal 5/5.30 pagi My dah bangun sebab kena mandi awal kalau tak bilik air fully booked kalau lambat konpem air tangki habis pegi sekolah pun lambat sebab nak tunggu tangki full balik! Grrr

So, disebabkan didikan Mak Abah dan pengalaman tinggal di asrama tu lah yang buat My tak tinggal solat Subuh bila dah besar gajah macam ni. Bila rasa malas sangat nak bangun My akan tanamkan kat pale otak, dalam hati.. ‘Dosa tinggalkan Subuh! Nak masuk neraka?? Bangun kau sekarang!!’ … So, sebelum terlelap balik My cepat-cepat bangun.. Pernah jugaklah tertinggal.. itupun kalau kes memang  berat sangat badan bila bunyi jam loceng pastu suka cakap dalam hati ‘jap jap 5 minit 5 minit’.. jam loceng dah tertekan OFF sudahnya??? Dah siang!!!! Subuh gajah pun tak sempat!!! Mulalah masa tu hati berdebar-debar sebab dah missed Subuh!! Grrr.. tak pasal-pasal qada’ balik dengan perasaan kesal taramat sangat…T_T


Dulu masa My sekolah, cikgu My pernah pesan.. “nak cari suami, cari yang pandai matematik dan senang bangun pagi”… sebab apa cikgu My cakap macam tu? Yang pandai matematik supaya si suami bijak menguruskan kewangan rumahtangga… Yang mudah bangun pagi supaya si suami senang nak bangun solat Subuh. Kalau si suami senang bangun dan solat Subuh sudah tentu solat-solat fardhu yang lain juga dijaga dengan baik…  My harap dijauhkan daripada insiden-insiden seumpama ini…. dan moga bakal suami adalah yang terbaik…Amin….^_^

 y’ols yang lelaki belajar-belajar lah bangun pagi hoke! (yang liat nak bangun tuh)


** demmm.. perut ni berkeroncong plak… sabar-sabar! Puasa la!!! grrr…-.-’ (lambatnya nak berbuka…isk) 

4 comments:

Fahmi Mahat said...

ek? gitu plak... hmm..

ada la tu silap dari dua2 pihak.
apapun pkarani semua leh dielakkan klu dari dulu lagi suami da ambil tindakan untuk bangun awal... =)

yang tersentap,
Fahmimahat

shah-kayrul said...

sian bini dia...buat baik pun kena padah macam tue

padlie said...

laki jenis apa x tau la ni..

mohon ngan Allah supaya dpt pasangan yg baik..

yusuf mujahidin ™ said...

ish2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers