9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label harian metro. Show all posts
Showing posts with label harian metro. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Pabila Pembunuh Bayi Terlarang adalah Jiran Sendiri

Kalau korang ada baca paper semalam mungkin korang ada baca, lagi kisah pembunuhan bayi luar nikah di Segamat. My pergi course semalam jadinya My tak baca. Tapinya, My ada dapat maklumat daripada Facebook. Kawan-kawan semuanya hangat memperkatakan mengenai perkara ini. 

Pertama kali My dapat tau bila pagi semalam dapat maklumat di facebook IPD Segamat yang mengeluarkan notis mengenai pencarian lelaki yang bertanggungjawab atas bayi tersebut yang didakwa melarikan diri. Dia merupakan teman lelaki kepada remaja perempuan tersebut yang baru berusia 15 tahun. Yang My terkejut sangat bila baca adalah... remaja perempuan tersebut adalah orang kampung My!!!! Tapi siapa? anak siapa??

Malam semalam bila online... sana sini orang sibuk memperkatakan hal ini di facebook. Terutamanya kawan-kawan sekampung. Diorang seolah-olah tahu siapa remaja perempuan tersebut. Bila My tanya.."weh siapa? anak siapa??? rumah area mana weh??"... kawan-kawan tidak menyebut nama sebaliknya hanya cakap "lambat laun nanti kau tahu jugak My"... "alaaa dekat sangat dengan rumah ko My..."... demmm.... buat My tertanya-tanya. Sampailah akhirnya My dapat sms daripada kakak My yang mengatakan.. "anak ******* ".... My terkejut!!! terus telefon akak. Lama borak My tanya macam mana boleh jadi macam tu sekali.. bla bla bla.... Nau'zubillah.... anak jiran dekat rumah My sendiri yang melakukannya... ya Allah.....

Sekarang ni satu kampung dah heboh memperkatakan mengenai perkara ini. Mana taknya hampir semua paper keluar berita ni semalam.Ditambah plak dengan hebahan di facebook mana tak satu dunia dah tahu. Abah kata, sejak kes ni rumah jiran tu kosong tak tahulah diorang ke mana. Mungkin anak dia masuk wad, mungkin mereka balik kampung... entahlah...

Cerita bermula apabila remaja perempuan ni mengadu sakit perut... muka dia pucat jadinya mak dan ayah dia bawa ke klinik berhampiran sebelum doktor mengesahkan dia baru melahirkan anak. Remaja terbabit yang mengalami pertumpahan darah dirujuk ke hospital. Mungkin masa ni lah dah kantoi dan remaja tersebut beritahu dia melahirkan bayinya di rumah! Yang sadisnya dia tarik sendiri anak itu keluar dan kemudian menekup mulut bayi tersebut bimbang diketahui ahli keluarganya kalau mendengar tangisan bayi. Bayi itu kemudiannya disorokkan di bawah katil!!! 

Akak cakap ada jiran perasan ada kete polis ke rumah jiran tu. Tapi tak sangka plak sebab kes ni. Sekarang ni tak tahu apa perkembangan kes ni. Yang pasti teman lelaki yang bertanggungjawab tu telah melarikan diri. Nasib remaja perempuan ni tak tahu macam mana.... haih~

Masing-masing pelik.. takkanlah mak ayah dia tak perasan anak dia mengandung? Tapi ada jiran dia cakap memang tak perasan pun perut dia mengandung walaupun dia tak gemuk. Barangkali  dia ikat pakai bengkung?? entahlah. Tak tahu mana silapnya....

My menggigil bila tahu perkara ni semalam. Nak menangis mengenangkan nasib bayi tersebut... tergamaknya dia melakukan sebegitu sekali. Tapi entahlah. Mungkin budak tu panik.. yela beranak sorang-sorang.. takut plak kantoi dengan mak bapak.. sudahnya??? buat perkata di luar batasan macam ni!

Kalau dah jadi perkara macam i siapa harus dipertanggungjawabkan selain teman lelaki yang hina lagi durjana tu??? Anak tinggal dan bersekolah di tempat sama.. tinggal dengan mak ayah... siapa yang harus dipertanggungjawabkan memantau kegiatan anak-anak kalau tak mak ayah itu sendiri??? Sampaikan anak dah melahirkan baru nak sedar. Nau'zubillah........

Wahai adik-adik kat luar sana... insaflah... Tolonglah! fikirkan kebaikan dan keburukan sebelum melakukan sesuatu perkara. Fikirkan mak dan ayah yang susah payah membesarkan bagi kau cukup makan sampai besar tapi dengan sekelip mata kau hancurkan semuanya!!! Fikirkan dosa pahala! fikirkan Allah!!!! Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan... jangan terlalu ikutkan nafsu!!! jangan terlalu turutkan kata-kata janji manis keji lelaki yang tak berguna!!!! Tak pasal-pasal tergadai body! dah beranak ada laki tu dekat dengan kau?? takde!!!! 

Insaflah adik-adik.... jadikan kes-kes yang dah terlalu berleluasa ni sebagai pengajaran!!! fikirkanlah!!! 

Lelaki yang baik.. lelaki yang ikhlas menyayangi kita tidak akan sesekali merosakkan diri kita! tidak akan sesekali meragut kehormatan kita tanpa ikatan yang sah!!! 

Kalau kau turutkan kata jantan tu belum tentu dia nak jadikan kau bini dia! Sejahat-jahat lelaki dia masih mahukan seorang perempuan yang sempurna dan suci untuk dijadikan isteri walau hakikatnya dia tidak baik!! Engkau??? tanggunglah penderitaan once dia dah tinggalkan kau!!!

Disappointed!!!!!

Berita semalam di Harian Metro

Wednesday, November 2, 2011

Makin Ramai Isteri tuntut Cerai!

Topik muka hadapan Harian Metro hari ini. Subhanallah… kes cerai berai, buang bayi memang tak lekang dari bibir-bibir media cetak dewasa ini. My mampu geleng kepala je… Baru-baru ini masa My pergi kursus kahwin ada seorang penceramah memberitahu statistik perceraian di Malaysia semakin meningkat hari demi hari… Senarai pasangan yang Q tunggu giliran untuk kes dibawa ke mahkamah dah macam orang Q tunggu giliran nak ke Mekah menunaikan Haji… korang bayangkanlah… itu kes yang dibawa ke mahkamah lum campur dengan kes-kes luar mahkamah… adeh~

Perkahwinan, cerai berai dah macam satu trend… Adakah pasangan-pasangan yang berkahwin dan bercerai itu tidak faham konsep perkahwinan? Tidak mengamalkan perkahwinan seperti dituntut oleh Islam? Kenapa sampai tahap bercerai? Kenapa berkahwin kalau mahu bercerai? Tiada langsung jalan penyelesaiankah? Tidak takut dosa kah terutama isteri-isteri yang meminta untuk bercerai? 

Macam-macam persoalan yang bermain kat kepala otak My ni… Mana pergi nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati, faham-memahami di kalangan pasangan-pasangan ini? T_T

Risau… dahlah nak kawin ni…-.-’

Apabila semakin ramai isteri yang tuntut cerai siapakah yang harus dipersalahkan? My tak mahu menyalahkah lelaki mahupun wanita di dalam kes ini… seharusnya kedua-duanya harus dipersalahkan. Apakah puncanya? Harus dilihat dari pelbagai sudut. 
google~
Antara punca perceraian yang menjadi punca perceraian antaranya adalah faktor kewangan, tiada persefahaman, kurang pengetahuan agama, gagal memahami pasangan dan tidak memenuhi tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bila ada di antara permasalahan di atas berlaku, My percaya ramai yang kerap mengalami pergaduhan antara suami isteri, menyalahkan di antara satu sama lain, dan akhirnya apabila sampai di suatu tahap kedua-duanya tidak tahan dan menjadikan perceraian sebagai jalan singkat yang dianggap terbaik untuk mereka!
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan daripada kaum perempuan dan kerana kaum lelaki membelanjakan sebahagian dari hartanya.” (Surah An-nisa’, ayat 34)
Tapi bagi My, berlakunya perceraian adalah kerana kurangnya pengetahuan agama oleh pasangan. Apabila tiada penghayatan agama di dalam sesebuah institusi kekeluargaan jadinya pengurusan rumahtangga semakin tersasar. Si suami mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan dia yang sepatutnya menerapkan bimbingan agama kepada isteri dan anak-anak tidak berpengetahuan melakukannya malah tidak berusaha untuk mempelajarinya. Nah, sudahnya salah siapa kalau isteri tidak menghormati suami? Isteri meninggi suara dengan suami? Kalau isteri dididik, dibimbing dengan betul takkan ada isteri yang berani melepasi batas-batas sebagai isteri. 

Kalau solat 5 waktu tak dijaga … My tak rasa pasangan-pasangan ini mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan betul… Bila penghayatan agama dianggap remeh dan tidak diserapkan makanya peranan dan tanggungjawab sebagai suami & isteri secara tak langsung akan terabai…

Biar apapun permasalahannya, setiap pasangan suami & isteri seharusnya sama-sama muhasabah diri, berusaha mencari jalan penyelesaian bukannya mengakhirinya dengan perceraian. Kalau masih gagal, harus rujuk kepada keluarga yang boleh menasihati atau badan-badan kaunseling. Jangan bertindak membuat keputusan melulu tanpa memikirkan masa depan keluarga dan anak-anak.

Kepada suami, jangan semudah-mudahnya melafazkan cerai lebih-lebih lagi ketika syaitan sedang menguasai emosi. Kepada isteri juga, jangan sewenang-wenangnya meminta cerai! Haram hukumnya apabila seorang isteri meminta cerai tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak! Fikirkanlah…
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sekiranya aku diperintahkan untuk menyuruh seseorang menyembah seorang yang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang perempuan menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
Sesebuah ikatan perkahwinan akan bahagia dan aman sekiranya suami dan isteri memahami agama dengan baik, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain, saling menghormati dan bertolak ansur. InsyaAllah dengan adanya sikap-sikap positif ini di setiap pasangan makanya perceraian tidak akan menjadi jalan paling singkat untuk lari dari masalah rumahtangga.

Moga-moga My boleh menggalas tanggungjawab sebagai isteri yang solehah dan taat pada suami di masa akan datang. Amin… 

Fobia untuk kahwin?? Owh tidakkkkkkk… :D 

Sekian~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers