Topik muka hadapan Harian Metro hari ini. Subhanallah… kes cerai berai, buang bayi memang tak lekang dari bibir-bibir media cetak dewasa ini. My mampu geleng kepala je… Baru-baru ini masa My pergi kursus kahwin ada seorang penceramah memberitahu statistik perceraian di Malaysia semakin meningkat hari demi hari… Senarai pasangan yang Q tunggu giliran untuk kes dibawa ke mahkamah dah macam orang Q tunggu giliran nak ke Mekah menunaikan Haji… korang bayangkanlah… itu kes yang dibawa ke mahkamah lum campur dengan kes-kes luar mahkamah… adeh~
Perkahwinan, cerai berai dah macam satu trend… Adakah pasangan-pasangan yang berkahwin dan bercerai itu tidak faham konsep perkahwinan? Tidak mengamalkan perkahwinan seperti dituntut oleh Islam? Kenapa sampai tahap bercerai? Kenapa berkahwin kalau mahu bercerai? Tiada langsung jalan penyelesaiankah? Tidak takut dosa kah terutama isteri-isteri yang meminta untuk bercerai?
Macam-macam persoalan yang bermain kat kepala otak My ni… Mana pergi nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati, faham-memahami di kalangan pasangan-pasangan ini? T_T
Risau… dahlah nak kawin ni…-.-’
Apabila semakin ramai isteri yang tuntut cerai siapakah yang harus dipersalahkan? My tak mahu menyalahkah lelaki mahupun wanita di dalam kes ini… seharusnya kedua-duanya harus dipersalahkan. Apakah puncanya? Harus dilihat dari pelbagai sudut.
![]() |
| google~ |
Antara punca perceraian yang menjadi punca perceraian antaranya adalah faktor kewangan, tiada persefahaman, kurang pengetahuan agama, gagal memahami pasangan dan tidak memenuhi tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bila ada di antara permasalahan di atas berlaku, My percaya ramai yang kerap mengalami pergaduhan antara suami isteri, menyalahkan di antara satu sama lain, dan akhirnya apabila sampai di suatu tahap kedua-duanya tidak tahan dan menjadikan perceraian sebagai jalan singkat yang dianggap terbaik untuk mereka!
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan daripada kaum perempuan dan kerana kaum lelaki membelanjakan sebahagian dari hartanya.” (Surah An-nisa’, ayat 34)
Tapi bagi My, berlakunya perceraian adalah kerana kurangnya pengetahuan agama oleh pasangan. Apabila tiada penghayatan agama di dalam sesebuah institusi kekeluargaan jadinya pengurusan rumahtangga semakin tersasar. Si suami mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan dia yang sepatutnya menerapkan bimbingan agama kepada isteri dan anak-anak tidak berpengetahuan melakukannya malah tidak berusaha untuk mempelajarinya. Nah, sudahnya salah siapa kalau isteri tidak menghormati suami? Isteri meninggi suara dengan suami? Kalau isteri dididik, dibimbing dengan betul takkan ada isteri yang berani melepasi batas-batas sebagai isteri.
Kalau solat 5 waktu tak dijaga … My tak rasa pasangan-pasangan ini mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan betul… Bila penghayatan agama dianggap remeh dan tidak diserapkan makanya peranan dan tanggungjawab sebagai suami & isteri secara tak langsung akan terabai…
Biar apapun permasalahannya, setiap pasangan suami & isteri seharusnya sama-sama muhasabah diri, berusaha mencari jalan penyelesaian bukannya mengakhirinya dengan perceraian. Kalau masih gagal, harus rujuk kepada keluarga yang boleh menasihati atau badan-badan kaunseling. Jangan bertindak membuat keputusan melulu tanpa memikirkan masa depan keluarga dan anak-anak.
Kepada suami, jangan semudah-mudahnya melafazkan cerai lebih-lebih lagi ketika syaitan sedang menguasai emosi. Kepada isteri juga, jangan sewenang-wenangnya meminta cerai! Haram hukumnya apabila seorang isteri meminta cerai tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak! Fikirkanlah…
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sekiranya aku diperintahkan untuk menyuruh seseorang menyembah seorang yang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang perempuan menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
Sesebuah ikatan perkahwinan akan bahagia dan aman sekiranya suami dan isteri memahami agama dengan baik, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain, saling menghormati dan bertolak ansur. InsyaAllah dengan adanya sikap-sikap positif ini di setiap pasangan makanya perceraian tidak akan menjadi jalan paling singkat untuk lari dari masalah rumahtangga.
Moga-moga My boleh menggalas tanggungjawab sebagai isteri yang solehah dan taat pada suami di masa akan datang. Amin…
Fobia untuk kahwin?? Owh tidakkkkkkk… :D
Sekian~
