9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label penunjuk arah majlis kahwin. Show all posts
Showing posts with label penunjuk arah majlis kahwin. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Penunjuk Arah a.k.a Wedding Signage


Kononnya kalau DIY and laminate lebih mahal, jadinya My order je signage a.k.a penunjuk arah majlis kahwin secara online seperti yang My dah pun recordkan di entry Penunjuk Arah Perkahwinan a.k.a Wedding Signage.

Ye, bila My congak-congak memang mahal pun kalau laminate. Kalau kat tempat My laaa tatao la kalau yu ols punya tempat murah kanzzz jadinya dah alang-alang jumpa yang kononnya better and murah why not kan kanzzz… Lebih-lebih lagi seperti sedia maklum tangan ku ini tiada seni so bab order sana order sini serah kat haku je laaaaaa….-.-’

FYI, last week My punya signage dah pun selamat sampai.. dengan keterujaan yang membara-bara tak sabar nak tengok signage.. Bila bukak tengokkk… Urghhhhhhhh
Ye… pandangan mata kasar nampak ok je kanzz… nampak sempurna… meh datang lebih dekat…
Demmmm… I rily rily don’t like it!! Apa yang korang tengok ni bukan masalah kamera henpon murah My hoke. Tapi memang kualiti printing tu yang tak bagus at all!! Gambar pengantin langsung tak nampak muka! Sekurang-kurangnya nampaklah pengantin tu comel ke idak ke kannzzz ini langsung tak dapat bayang dah macam mana rupa pengantin tu.. yang nampak hanyalah sepasang bakal pengantin yang tidak diketahui siapakah gerangan walaupun sebenarnya anda kenal! Demmit!

Lebih baik tayah letak gambar dari awal sebabnya kalau letak pun gambar tak nampak! What point nak letak gambar kalau tak nampak? Kabur je dah macam penjenayah kena temuramah kat tibi jek. Plusss… wordings dalam tu semua pun nampak macam pecah-pecah senanya. But then it’s okay boleh dimaafkan as long as orang boleh baca tapi gambar tu… langsung! Sedangkan My bagi dorang High Resolution.. gambar tu photographer yang ambil and I give them the original copy!

Yang buat My tak puas hati, My sms, My email langsung tak berjawab! Meaning that dorang taknak bertanggungjawab… jadinyaaaa keluarlah entry ini… so dun blame me!

Do I recommend them to you? Absolutely not after what I have got (signage) but then… It’s up to you. Perhaps ini memang hasil kerja diorang… perhaps ada kesilapan pada printing… entah. Dunno why… sebab diorang tak respond to my complaint at all! So kepada encik/cik yang telah melakukan penghinaan ke atas gambar saya kat signage ni silalah buat kerja dengan ikhlas dan berkualiti lain kali. 

Urghhh.. geram! Nasib baik lah cuma signage! Signage signage je pun duit dah haku lebur weiiii kat benda yang takde kualiti nih! grrrr

Kedai online yang My maksudkan adalah onlineprint2u.com . Please take note.. 0_o

Sekian~

moral: lenkali jadi kretip sikit! so bolehlah DIY, print and laminate sendiri! baru puas hati... erkkk~ grrr

Tuesday, December 20, 2011

Penunjuk Arah Perkahwinan a.k.a Wedding Signage

Sudah sedia maklum My ni orangnya tidak kretip jadinya untuk Majlis kahwin ni tekak dan tangan ni memang sedap main order je itu ini..-.-' So, DIY ni memang susahlah nak ada dalam stock  untuk wedding preparation ni hehehe...

Okay seterusnya hasil sedap tekak membuat tempahan adalah penunjuk arah ke Majlis Perkahwinan My nanti. Haaa ni nak habaq korang. Penunjuk arah atau signage ni merupakan antara perkara yang paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Mana tak pentingnya.. Dah duduk ceghuk kampung mahu ada orang yang datang jauh-jauh patah balik kang sebab surrender carik jalan ke rumah tak jumpa-jumpa.. heee~ So, make sure penunjuk arah ni termasuk dalam checklist perkahwinan korang hoke! :)

Sebenarnya nak jimat korang boleh DIY je Signage ni. Lepas tu hantar printing and laminate. Kalau sape-sape kerja opis lebih-lebih lagi jimat sebab boleh gunakan segala perkhidmatan tersebut di opis heheh. Tapi My... lagi jimat.. jimat air liuq jimat tenaga haha.. Order je online terus senang..:D 


Actually plan asalnya adalah My nak DIY sendiri je. n for your info, My dah design pun senanya arrow tu semua tapi simple je la.. Niatnya nak DIY je lepas tu print n hantar kedai pi laminate. Tapi My pernah tanya kedai berapa RM laminate kalau A4 size. RM4 woooooo... My survey-survey online.. My dapat RM65 untuk 20 pcs signage termasuk design dan penghantaran.. 

Meh kita hitung:

Kalau DIY
Paper - katakanlah sehelai RM0.10 X 20 pcs = RM2
Printing - Katakanlah sehelai RM0.20 X 20 pcs = RM4
Laminate - Dah survey harganya RM4 X 20 pcs = RM80
__________________________________________________
So, jumlah keseluruhan adalah = RM86

Kalau Order online:
Harganya adalah RM65 untuk kesemua yang di atas tu.
So kira total adalah = RM65

Jadinya... RM80 - RM65 = My dah jimat RM 15 kat situ... So, instead of nak design, pehtu nak print pehtu nak laminate baik My order je kan kan kanzzz....

So, design draft kat atas tu yang designer tu send kat My. Malas nak cakap banyak then ask them to proceed je. So sekarang ni tinggal tunggu sampai je lahhh... :) My buat 10pcs untuk sebelah My 10pcs untuk sebelah enchek tunang.

Kalau korang berminat nak order signage murah seperti kat atas tu boleh lah ke onlineprint2u.com dan membuat pesanan di sana! Kalau nak order 10pcs je pun boleh... Design terpulang pada korang nak yang macam mana... :)

Ok tu je. Till then!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers