Sebelum My berhujah
dengan lebih lanjut, for those yang tak tahu apa itu Fibroid…
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean
Siapa yang kena
fibroid senanya? Not me… but My sister! No wonder lately ni status dia kat
fesbuk sedih je.. banyak berkaitan pasal sakit lah.. gi klinik lah gi pakar
lah.. at the end… cakap confirm! Apa yang confirm My pun confius sampai lah
malam tadi dia Whatapps My setelah persoalan ‘sakit apa’ di comment statusnya
tak terjawab. Dia cuma tulis kat Whatapps, ‘Fibroid’… dan betapa kolotnya My
boleh tanya ‘fibroid tu sakit pe ngah?’ owh demmmm! Ketumbuhan dalam perut
rupanya!
Ya Allah… dalam
hati, dugaan apalah yang menimpa kakak aku sorang ni. Biasa kul 10pm dia dah
masuk tidur tapi malam tadi dah nak pukul 12am dia Whatapps My menandakan dia
masih belum tidur. My tau dia resah, gelisah memikirkan apa yang doctor cakap
siang sebelumnya tu… 2 kali ke private clinic katanya dua-dua mengatakan dia
mengidap fibroid… Untuk pengesahan, dia ke Pakar pula semalam n doctor still
say YES. Ada dua ketumbuhan di tepi dan tengah perut berukuran 2 cm… My cuma cakap
kat dia… ‘dahlah tu ngah.. gi tido… jangan tidur sangat.. InsyaAllah setiap
penyakit ada ubatnya.. nanti My tolong googling kot-kot ada mana-mana pusat
perubatan atau ubat yang boleh membantu’… kesiannya Angah… L
My ada google
sebelum tidur malam tadi… oh rupanya Fibroid tumbuh di dalam Rahim… Allahuakbar…
no wonder lah Angah dah lama sangat tak boleh mengandung. Anaknya yang last tu
pun dah darjah 2.. Dah lama dia teringin sangat nak mengandung lagi. Mungkinkah
penyakit ni salah satu punca dia tak mengandung? Perhaps… Risau plak My
mengenangkan nasib Angah… Dia kata appointment dengan gomen hospital hanya
selepas raya nanti. What??? My sedia maklum… Angah n abang ipar tu pun keje
gomen je, n My faham kalau nak ke pusat perubatan swasta sudah tentu makan
belanja yang besar dan mungkin di luar kemampuan mereka. My terfikir… Ya Allah…
apalah yang mampu aku tolong untuk ringankan beban Angah?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
Apakah Simptom Yang Dihadapi Wanita?
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran , pesakit akan mengalami:
Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung
Bagaimana Fibroid Dapat Dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.
Bagaimana Fibroid Ini Dirawat?
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada
Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
Berapa cepat fibroid tersebut membesar
Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.
Bagaimana Untuk Menghindar Dari Mendapat Penyakit Fibroid Ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.
My tak tahu sangat sejauh mana bahaya nya fibroid ni tapi
kalau dah namanya ketumbuhan tu… mestilah need to do something on it supaya
ianya hilang ye dak. Angah ada cakap doc bgtau fibroid dia ni akan makin
membesar n rawatan susulan nanti perlu masukkan sesuatu melalui kemaluan? Oh my………????!
U guys ada tak yang tahu lots pasal penyakit ni? Ada tak
any penawar bagi fibroid tu mengecut ke? Pusat-pusat perubatan Islam ke? Apa-apalah…
?
Kalau ada pls lah let me know further… My nak dia sihat
semula… L
