9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label fibroid. Show all posts
Showing posts with label fibroid. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Sah Fibroid!


Sebelum My berhujah dengan lebih lanjut, for those yang tak tahu apa itu Fibroid…

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean

Siapa yang kena fibroid senanya? Not me… but My sister! No wonder lately ni status dia kat fesbuk sedih je.. banyak berkaitan pasal sakit lah.. gi klinik lah gi pakar lah.. at the end… cakap confirm! Apa yang confirm My pun confius sampai lah malam tadi dia Whatapps My setelah persoalan ‘sakit apa’ di comment statusnya tak terjawab. Dia cuma tulis kat Whatapps, ‘Fibroid’… dan betapa kolotnya My boleh tanya ‘fibroid tu sakit pe ngah?’ owh demmmm! Ketumbuhan dalam perut rupanya!

Ya Allah… dalam hati, dugaan apalah yang menimpa kakak aku sorang ni. Biasa kul 10pm dia dah masuk tidur tapi malam tadi dah nak pukul 12am dia Whatapps My menandakan dia masih belum tidur. My tau dia resah, gelisah memikirkan apa yang doctor cakap siang sebelumnya tu… 2 kali ke private clinic katanya dua-dua mengatakan dia mengidap fibroid… Untuk pengesahan, dia ke Pakar pula semalam n doctor still say YES. Ada dua ketumbuhan di tepi dan tengah perut berukuran 2 cm… My cuma cakap kat dia… ‘dahlah tu ngah.. gi tido… jangan tidur sangat.. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya.. nanti My tolong googling kot-kot ada mana-mana pusat perubatan atau ubat yang boleh membantu’… kesiannya Angah… L

My ada google sebelum tidur malam tadi… oh rupanya Fibroid tumbuh di dalam Rahim… Allahuakbar… no wonder lah Angah dah lama sangat tak boleh mengandung. Anaknya yang last tu pun dah darjah 2.. Dah lama dia teringin sangat nak mengandung lagi. Mungkinkah penyakit ni salah satu punca dia tak mengandung? Perhaps… Risau plak My mengenangkan nasib Angah… Dia kata appointment dengan gomen hospital hanya selepas raya nanti. What??? My sedia maklum… Angah n abang ipar tu pun keje gomen je, n My faham kalau nak ke pusat perubatan swasta sudah tentu makan belanja yang besar dan mungkin di luar kemampuan mereka. My terfikir… Ya Allah… apalah yang mampu aku tolong untuk ringankan beban Angah?

Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah Simptom Yang Dihadapi Wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran , pesakit akan mengalami:

Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung 
Bagaimana Fibroid Dapat Dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.


Bagaimana Fibroid Ini Dirawat? 

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada

Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi 
Berapa cepat fibroid tersebut membesar
Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.


Bagaimana Untuk Menghindar Dari Mendapat Penyakit Fibroid Ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.


My tak tahu sangat sejauh mana bahaya nya fibroid ni tapi kalau dah namanya ketumbuhan tu… mestilah need to do something on it supaya ianya hilang ye dak. Angah ada cakap doc bgtau fibroid dia ni akan makin membesar n rawatan susulan nanti perlu masukkan sesuatu melalui kemaluan? Oh my………????!

U guys ada tak yang tahu lots pasal penyakit ni? Ada tak any penawar bagi fibroid tu mengecut ke? Pusat-pusat perubatan Islam ke? Apa-apalah… ?

Kalau ada pls lah let me know further… My nak dia sihat semula… L

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers