9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Oh Belog, Aku Rindu!!!

Hey...! Good Day!!! Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti yu olsss!

Tuhan je tahu betapa My rindukan belog usang ni!!! Tuhan je tahu betapa My rindukan my blog readers!!! demmmm!!! Sorry korang.. My masih belum mempunyai masa terluang yang begitu banyak untuk berblog. Lebih-lebih lagi My masih dalam mode cuti kahwin!! weeeee~ I've another 2 days to huhahuhahuha... sebelum kembali bekerja! omg! bila dah lama cuti macam ni laaa... malas nya nak masuk kerja dahhhh!! tu workstation tu konfem dah bersawang tu...-.-'

FYI, sejak mula cuti kahwin haritu My belum betol-betol ada waktu yang sempurna untuk berehat sepenuhnya.. Mana tidaknya.. start je cuti kahwin sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis sebelah perempuan... Siap majlis di rumah My sibuk plak mengemas... Takkan nak biarkan semuanya mak yang buat kan. Bersyukurlah My ada ramai adik-beradik so pagi sehari selepas majlis tu kami gotong-royong bersihkan rumah.. basuh segala kelengkapan memasak.. periuk segala..-.-' letih woooooo.. lembik teruslah petang tu! 

2/3 hari selepas majlis kitorang dah pulang ke kL.. balik awal sebabnya nak kemas barang-barang kami untuk pindah masuk ke rumah yang My dan enchek somi akan duduk selepas kahwin... Alahai penatnyaaa jangan cakaplaaa... Penat sangat-sangat! Yela kemas barang dari rumah bujang.. pastu sampai rumah baru nak kemas balik barang-barang tu... sampai tengah malam pun tak siap-siap tau... T__T Lepas majlis tu sempat tido sehari je la pun kat rumah tu. Sebabnya lepas tu My dan enchek somi ke rumah mertua tolong-tolong apa yang patut coz rumah mertua pun masak sendiri tak pakai katering so banyak keje lah sikit kan...

Nasib tak baik 2 hari sebelum majlis kat rumah enchek somi, My diserang demam.. flat giler oke. Nak menjengah ke rumah mertua pun tak larat dah. My banyak duduk kat bekas rumah sewa je rehat dan tidur.. Korang bayangkanlah betapa penatnya badan My masa tu sampai kedemaman oke.. Kalau cakap kat orang My terlalu penat sapelah nak percaya hakikatnya Allah je tahu... T___T  Akibat tak tahan My ambil injection kat punggung.. nasib tak baik My kena allergy plak dengan injection tu! datang balik ke klinik dan ambil injection baru... T___T Alhamdulillah hari majlis tu My dah oke sikit badan dah rasa lega cumanya selesema dan batuk masih tak hilang... 

Selesai je majlis My tak tunggu lama.. terus tukar baju dan tolong berkemas.. giler kental kan.. -.-' Sampai malam tu lah buat kerja.. esok paginya dalam keadaan kepenatan teramat sangat pun My gagahkan diri gak bangun n tolong kemas apa yang patut... kami laki bini flat habes! ingat nak kawen ni senang ke wooooooo melayan tetamu pun penat tau...-.-'

Lepas tu sempat balik ke rumah kami dalam sehari je.. lepas tu My dan enchek somi terus pergi honeymoon!! Lokasi? Kalau korang pernah baca entry My sebelum ni bertajuk "Honeymoon Plan", pada awalnya enchek somi plan nak ke Cameron Highland je.. tapi My nak sangat ke Pulau Langkawi... n know what?? Kitorang ke Pulang Langkawi!!!! weeeehuuuuu~ Alhamdulillah.. rezeki kami terlebih plak... so setakat ke Langkawi masih boleh hidup lagi...:D untuk pengetahuan korang.. kitorang baru je balik honeymoon pagi semalam hehe.. pegi dalam 3/4 hari je.. bolehlah.. sempatlah pusing satu pulau.... Masa tu je lah kami laki bini dapat berehat sikit.. eventhough ada juga insiden-insiden yang tak sepatutnya berlaku... apa dia? tunggu lah entry-entry berikutnya oke? hehe

Dan... di saat My sedang menaip entry ini My sedang berada di rumah mak dan abah di Segamat.. Pagi semalam sampai je KL dari Langkawi balik rumah mertua, basuh baju.. siap-siap... gi kenduri kahwin kawan berdesup terus balik Segamat... Niat hati nak terus balik hujung bulan nanti je tapi sebab My nak pulangkan baju yang My pakai masa majlis bertandang kat Mak Andam so kenalah balik jugak... Petang ni dah balik kL balik... sebabnya? esok katil baru kami sampai!!! hehe... sebelum ni tak menyempat nak cari katil... baru je order minggu lepas before pi honeymoon tu... -.-'

So.. see see? walaupun cuti lama tapi tak banyak masa pun My dapat bersenang lenang tau! So janganlah ingat My cuti tak berisi oke! Fully used tau! kira bermanfaatlah cuti tu kan My gunakan sepenuhnya hehe... Baki cuti tinggal esok je! Rabu My dah naik kerja... alahaiiiii... macam baru nak masuk kerja baru je rasa...-.-' 

Fuhhhhhh! Selesai jugak semuanya... kenduri sudah honeymoon pun sudah... Terasa nak bersanding lagi sekali pun ado heheh. Eh know what... till today My masih tak percaya that... I am married!!!! My dengan enchek somi selalu berseloroh... sebab masing-masing tak percaya dah kawen hehe... Thanks Allah.... :)

ok korang.. got to go. Got time lagi nanti My stori mori lagi hoke! Banyak sangat citer pending ni!!!!! ^___^

See ya! ;*

Wednesday, December 21, 2011

Honeymoon Plan


I’m wondering... why today takes ages to get over?? I’m so sleepy… Ikutkan nak post entry panjang lebar harini malasnyaaaa… -.-’ Tapi dek tak tahan mata menanggung mengantuk ni then luangkan gak sket masa...  sorry eh..:D Mood kerja sekarang ke laut je… Almaklumlah Big Day tinggal lebih kurang sebulan je lagi.. Minggu depan dah cuti beberapa hari.. So, mana-mana kerja yang pending harus disegerakan.. Harapnya everything boleh diselesaikan before early January. Hope so..

Okay kali ni nak bercakap perihal Honeymoon.. hurm.. nak cakap macam tade mood pun ado. Apa sebab? Malam semalam dok bertegang lidah berulam jantung dengan enchek tunang. Mana tidaknya masing-masing mempunyai pendapat dan citarasa berbeza.. My nak A dia nak B… My nak C dia nak D… uwwwaaaa

Memandangkan My bercuti lama untuk wedding day nanti sukacitalah My nak ajak enchek tunang honeymoon ke tempat yang lebih menarik. Sekadar mana yang mampu.. Tak dapat honeymoon pun pre-honeymoon pun jadilah. Plan kami nak pergi sekitar dalam negara sahaja. Nak gi obesi banyak pulak budget nya nanti lagipun baru nak mulakan hidup sebagai suami isteri kan so kewangan dan keperluan selepas berkahwin pun perlu diambil kira. InsyaAllah dah biasa dengan kehidupan berumahtangga, ekonomi pun stabil bolehlah berkira-kira pergi mana-mana luar Malaysia plak kan..weeehuuu~
Okay back to our honeymoon plan.. Pada awalnya enchek tunang plan nak ke Cameron Highland je. Dekat pun dekat.. jimat pun jimat katanya.. But then.. My fikir ala.. Cameron je ke? Apalah sangat ada kat sana..setakat sejuk.. strawberry.. bunga…nak pusing-pusing pun balik-balik tempat situ gak.. macam tak besh lah.. Lagipun honeymoon takkanlah nak berkurung dalam bilik je kan…:D Naklah keluar bersiar-siar sambil pimpin tangan gitew… sekurang-kurangnya adalah tempat menarik untuk dilawati..
So, malam semalam My suarakan pada enchek tunang yang My nak pergi.. at least untuk cuti yang agak panjang ni.. ke Pulau Langkawi… Sebenarnya sebelum ni dah hint hint pada dia nak ke sana.. Tapi dia buat tak reti je. Sampailah malam tadi My tanya dia.. Yela, kalau nak pergi kena lah booking dari sekarang sebab masa cuti tu nanti banyak public holiday n banyak room dah sold out! Tapi.. sangat mengecewakan sebab he sounds like not interested at all. I’m so sad… Things that always come out from his text would be.. “tengoklah budget nanti camne.. nak fikir life pas kawin lagi.. kena lah jimat… bla bla bla…cameron okay apa.. murah.. dekat…bla bla bla..”… My gtau Langkawi lagi better Langkawi itu Langkawi ini… Dia pun tetap nak menegakkan Cameron okay.. Cameron itu..ini… at the end I said.. enough.. dah tak mahu cakap lagi sebab menyakitkan hati. I’m so sad oke….T__T

Why not we go to Pulau Langkawi sayang? Lets celebrate our Big Day there!! Kita bukannya papa kedana sampai langsung takde perbelanjaan untuk selepas kahwin nanti. Trust me! Bukan selalu.. it’s only for our Big Day celebration! T__T Lagipun, My dah budget of all this... so should be no problem...-.-'

Uwwwaaaaa… tanak cakap lagi!!! Sedeyyyyyy!!! Enchek tunang takmo pi Langkawi My takmo pi mana-mana. Huh.

Bai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers