9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label rancang perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label rancang perkahwinan. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Persiapan Perkahwinan: Guestbook Corner

Helloooo.. actually entry ni dah bertangguh sejak 2 minggu lepas! Sorry nyahhhh ai bizi yuuu.. bizi dengan cuti… balik kampung… balik kL balik… balik kampung lagi… bla b la bla… la ni baru nak review pasal ni hehe.

As I mentioned earlier in My Senarai Angan-angan untuk Hari Perkahwinan's entry.. Guestbook Corner ni adalah salah satu item tak wajib dalam wedding checklist My. But dalam pada tak wajib tu My preparation for it still ON…! Heheh.

Masakan tidak.. My dah order a few things untuk guestbook aka buku tetamu ni. My fikir it’s kinda of… ada satu sudut untuk tetamu sign guestbook tu nanti n kat sudut tu My nak letakkan juga candies… sweets… mini muffin… bla bla.. eh ni dah macam candies corner lak kan ah tak kire lah janji ruang itu tidak hanya ada buku tamu… J Kirenya My nak combinekan candies and guestbook tu so that sudut tu taklah orang terlepas pandang ye dakkk.. orang nampak candies… nak pergi amik candies nampak plak guestbook kan kanzzz….. ok tak? Heeee

Untuk ruangan buku tetamu ni My dah order mini signage and guestbook. Frame untuk letak gambar dah beli tapi gambar belum print. Candies pun dah beli… Mini signage dah dapat but then guestbook yang My order last month thru online belum lagi ready. Tu yang sebenarnya agak lambat sket post entry ni. Ingatkan boleh lah dapat end of Nov haritu atau latest by early Dec tapi no respond daripada that person lagi-lagi dia tengah bercuti.. erkkk~ harapnya dia siapkan sebelum My pulang bercuti minggu depan!

But! In case kalau guestbook My tu dia terlupa atau tak siap lagi My ada spare hehe. Actually got guestbook as hadiah dari seorang senior sekolah dulu… Oklah kan daripada takde. Nak My buat sendiri? Owh noooo!!!
Mini Signage
Untuk mini Signage yang comel ni… I got this link: scrapaperclip masa tengah explore around the laman sesawang. View beberapa design yang Farah pernah buat then tak fikir lama My terus order. Dalam masa kurang 2 minggu je Mini Signage tu dah selamat ada dalam tangan My! J Thanks Farah for fast respond! Yu ols kalau nak order bolehlah ke webpage beliau di http://www.scrapaperclip.com/ atau ke Facebook beliau: Farah Diyana. Selain mini signage, Farah juga mengambil tempahan untuk pelbagai produk lain! just check it out there for further info oke!!! J

Owh oke.. how I’m thinking of… How to decorate this guestbook corner? My nak letak gubahan bunga.. Tapi My tak reti nak gubah bunga.. Nak beli… tapi bunga macam mana? Ada ke kedai bunga.. tapi takde idea langsung! Ahhh sangat tak perempuan lah kau My… takde seni langsung dalam diri…demmmm.. -..-’

hurm.... !

Wednesday, November 9, 2011

Persiapan Perkahwinan : Borang Permohonan Nikah, Kursus Kahwin & Ujian Saringan HIV


Mentang-mentang dah nak kahwin ni kan... cerita pasal persiapan je laaaa haha... bukan apa, memudahkan My sebenarnya.. at least bila buat write down ni My bolehlah refer checklist apa yang My dah settle mana yang belum ye dak... indirectly boleh buat sebagai reference pada yu ols yang bakal berkahwin jugak kan kan... 

jom cekidaut!

Borang Permohonan Nikah

Kalau korang nak berkahwin dalam masa kurang 5 bulan lagi, silalah ke Pejabat Agama di tempat korang tinggal dan ambil borang permohonan nikah untuk memudahkan persiapan hari pernikahan korang nanti. Kalau boleh donlod dari laman web mungkin lebih mudah. Macam My, My direct ke pejabat agama beli borang berharga RM5… Masa beli tu dia berikan checklist yang perlu My sediakan untuk proses permohonan nanti. Antara item yang diperlukan masa My nak hantar borang permohonan nanti adalah:
·        Sijil perkahwinan
·        Keputusan ujian saringan HIV
·        Salinan IC wali dan saksi
·        Salinan sijil nikah ibu bapa
·        Surat kebenaran berkahwin
·        Surat kebenaran berkahwin luar kawasan (untuk enchek tunang)

Dah selesai dan sempurna semua item yang diperlukan, seelok-eloknya hantar sebulan sebelum tarikh pernikahan oke.. J

Kursus Perkahwinan

Tangguh punya tangguh, Alhamdulillah My n enchek tunang telah pun selamat menjalani kursus perkahwinan selama satu setengah hari di LPPKN, KL 2 minggu yang lepas. Tempat kurus? Hurm.. oklah. Not so bad not so good. Lagipun inikan pertama dan terakhir kali My ke kursus kahwin so tak tahu how to compared with others. So for those yang nak ke kursus kahwin google sahaja mesti boleh dapat directory kursus perkahwinan di seluruh Malaysia ni… J Nak pergi LPPKN ni pun okay jugak.. harga masih RM80, makanan disediakan, dan diberikan souvenir juga di akhir kursus… J

Siapa yang nak berkahwin lagi beberapa bulan tu sila pergi segera! Sure kalau dah pergi nanti rasa kurang sikit beban kat kepala otak tu hehe… especially yang dah nak dekat sangat dengan tarikh kahwin tu la… J

Ujian Saringan HIV

Alang-alang My bercuti semalam dan masih di kampung halaman, My sempat ke Klinik Kesihatan berhampiran buat ujian saringan HIV. Seram sejuk jugak before pergi tu. My bayangkan macam lama sangat nak menunggu, sakit sangat nak dicucuk…-.-’ But then, Alhamdulillah.. senang kacang goreng je punnn.. My register bayar singgit, hantar borang ke bilik khas untuk ambil darah kot, tunggu tak sampai sejam dia panggil, dia cucuk… bagi result… dah siap! Eh… macam tu je ke?? Ek eleh macam ni den pun boleh buat sendiri hohoho…

Dan keputusannya? Positif!!! J Gua tak pernah buat seks bebas woooo…

Arghhhhh leganya dah settle kursus n test HIV… what next?? Mintak surat akuan bujang… dan tunggu surat kebenaran nikah luar kawasan dari enchek tunang. Adehhh tu pun satu hal.. dia sibuk kerja tak dan nak bercuti untuk uruskan hal yang satu tu… Ujian HIV pun dia belum pergi lagi… dengarnya klinik-klinik & hospital-hospital kat KL ni full memanjang betul ke? Haih~

Okay dah. sila fokus kepada perkara-perkara yang lain plak.... harap-harap dipermudahkan... Aminnn...

Till then! J



Friday, October 28, 2011

Ingatkan Kahwin ni Senang.....

Ingatkan nak kahwin ni senang kan... pung pang pung pang..salam tok kadi.. Sah?? Sahhhhhhh! haih~ My tengok orang lain kahwin macam senang je tapi rupanya letih gak nak kahwin ni mana nak fikir soal kewangan, persediaan perkahwinan, mak andam, pakaian pengantin, kad kahwin, souvenir, bla bla bla... arghhhh penatnya!!!

Setakat ni barang-barang untuk hantaran dah hampir kesemuanya My dah beli. Mak andam dah deal cuma tunggu dia order baju untuk pengantin. Photographer pun dah deal. Dokumen perkahwinan? Dah ambil borang di pejabat agama masa balik kampung haritu. cumanya belum ke kursus kahwin, ujian HIV... Tapi takpe, borang tu sebulan atau 2/3 minggu before wedding boleh hantar kot. Lambat lagi hehe. Sekarang ni yang tengah memeningkan kepala My adalah kad kahwin. Nak cari yang paling menjimatkan punya pasal sampai sekarang tak buat tempahan lagi.. haih nasib baik lambat lagi... 

My dengan enchek tunang ni pendapat susah nak sama.. kitorang sering bercanggah pendapat dalam menentukan sesuatu. Sebagai contoh macam nak buat kad kahwin ni la... Jenis enchek tunang ni simple je, tayah nak membazir sangat asalkan ada. Jenis My, memang lah nak jimat tapi memuaskan hati.. Kalau hati tak berkenan memang tarik muka ketat lah My jawabnya...T_T Sepanjang lebih sebulan ni dah banyak giler kedai kahwin yang My survey... kebanyakannya thru online la. Nak ke kedai selalu memang tak sempat sangat. Ada yang price ok cumanya masalah sekarang ni kitorang cuma nak 1000pcs untuk kedua-dua pihak. budget untuk sekeping kad kahwin 40sen and below. 

Mulanya kitorang plan nak buat 2 pihak dalam satu kad, tapi ada masalah dengan peta plak. Peta rumah enchek tunang dahla complicated, besar dan memerlukan space yang agak luas. Kalau buat 2 pihak peta tu perhaps akan jadi kecik sebab satu page tu masukkan 2 peta kan (2 inlay).  . kalau kecik sangat nanti takut tak nampak plak dalam kad tu. Lepas tu untuk menyenangkan, kami plan nak buat 500 pcs untuk pihak lelaki 500 pcs untuk pihak perempuan. Masalahnya plak kalau order 500pcs kebanyakan kedai tak boleh bagi harga rendah. harga berbeza untuk 500pcs & 1000pcs... memang pun... hurm...

Semalam kitorang dah decide nak order kat satu kedai kad kahwin ni, harga terendah yang kitorang survey.. tup tup sampai kedai tu enchek tunang berkenan kad lain yang lebih murah.. My pulak langsung tak berkenan yang dia nak tu... Agak lama jugak di kedai memilih kad dan My dah belek banyak kali kad yang enchek tunang nak tapi tak berkenan langsung...T_T Kad yang My berkenan tidaklah mewah.. masih di bawah budget cumanya tu la kami berbeze pendapat. At last bila enchek tunang mengalah nak ambil pilihan kad yang My nak.. peta plak jadi masalah... sebab kad tu 2 inlay je.. so peta will be place in one side for dua-dua pihak. Confirm lah jadi kecik dan for sure terlalu kecik untuk orang baca... Ahh sudahhh dugaan apakah ini...T_T... Sudahnya, kitorang tak jadi langsung order dan mintak diri balik n bincang dulu. Kami dah sama-sama penat+pening nak pikir hal kad yang satu ni... haih~

Anyone tahu tak mana-mana kedai yang jual kad kahwin with lower budget + without minimum order??? suggest pls...T_T

fenin... fenin....

nota kaki : Nak buat sendiri tak berbaloi.. kuar duit jugak, kuar tenaga lagi.. dahlah tak kretip.. kalau beli mahal2 sangat lagi la tak berbaloi.. nanti sudahnya ke tong sampah jugak kalau orang frame kan takpe gak...-.-'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers