Seperti yang telah diwar-warkan hari ini akan berlangsungnya Graduan Aspire 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre. My tak berapa nak ambil tahu sangat pasal ni sebelum ni sebabnya pada awalnya My fikir My mungkin tak boleh hadir sebab harini befday My so kot lah enchek tunang nak bawa pergi celebrate kan. Tup tup dia kena bekerja plak harini... hampa sudah...-.-' Terpaksa lah tunggu sampai dia balik petang nanti. Esok plak nak pergi wedding tapi malam. Siang tu ingat nak berpuasa so takut tak terlarat plak nak ke KLCC.
Jadinya, memandangkan harini agak ada masa terluang My ingat nak pergi menjengah ke Graduan Aspire ni sat. Tapi siapa je yang pergi ek? Tade geng ni kang terkontang-kanting My pergi sorang-sorang..-.-' So, siapa-siapa yang nak pergi roger-rogerlah My ye... Kalau tidak terpaksalah My duduk di rumah mengadap internet dan tibi je.. isk isk.
Berikut adalah details program berkenaan:
Program: Graduan Aspire 2011
Tempat : Hall 5, Kuala Lumpur Convention Centre
Time: 12pm -6pm
Dengarnya pukul 10pagi ada talk bersama Abang Nara. Macam best je. Jom pakat pergi ramai-ramai!!!
Info lanjut di http://aspire.graduan.com.my/
Ok bai

1 comment:
haah, ada talk dengan abang nara, baca dia tweet masa tu. :)
Post a Comment