Seperti yang dijadualkan hari ini tepat jam 8.45 malam kita akan menyaksikan perlawanan timbal balik di antara Malaysia dan Singapura. Perlawanan yang akan berlangsung selama 90 minit di Stadium Bukit Jalil ini akan menentukan adakah Malaysia mampu ke peringkat seterusnya.
![]() |
| sumber SINI |
Harimau Malaya memerlukan kemenangan jaringan sebanyak 2-0 selepas dibenamkan oleh Singa 23 Julai lalu di Singapura dengan jaringan 5-3. Pemain Malaysia pada perlawanan pertama bagai dipukau apabila Singapura terus menerus membolos jaring namun mereka terus bangkit walaupun terpaksa menerima hakikat Syafiq Rahim tidak dapat beraksi bersama-sama mereka disebabkan menerima kad merah daripada pengadil.
Tiket perlawanan yang habis terjual sebanyak 85,000 pasti akan menaikkan semangat Harimau Malaya dengan sorakan penyokong mereka yang sanggup turun padang memberikan sokongan.
Yang tak dapat ke stadium seperti My? Jangan risau kerana TV1 dan Astro Arena akan menyiarkan perlawanan secara langsung untuk kita semua!! Jadi, pastikan malam ini korang tak ke mana-mana oke!;)
Hidup Harimau Malaya !!!
nota kaki: sebagai sokongan, jom tukar profile pitcha di Facebook dengan gambar Harimau Malaya!!;)

4 comments:
apa barang tgk kt umah..hee
wow SEO..('',) caiyok2
semoge harimau malaya dpt membenam singa itu!!
tak sabarnya nak tengok...
sepanduk dah siap, anak2 akak buatkan! hehehehehe
yeahhh harimau vs singa. yg mana lebih kebabooommmm nih. goodluck untuk teman harimau malaya!
Post a Comment