9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Monday, September 12, 2011

FRUSTRATED!


Morning readers! Owh oke fine nampaknya ramai readers dah lari dari sini… Inilah akibatnya sebab dah jarang hapdet belog apatah lagi blogwalking… -.-’ Maafkan shaye penunggu belog… maafkan saya penunggu belog…

Akibat kekangan waktu yang ada My tak dapat nak memberikan perhatian sepenuhnya ke atas belog. Di tambah pulak dengan jemputan rumah-rumah terbuka yang tak tercapai oleh akalku… mengarut demmm… Weekdays diri dibelenggu oleh kerja yang semakin suntuk untuk diselesaikan… Weekend plak orang dok helo-helo suruh datang rumah… Biasalah bab-bab makan serah kat My…-.-’

So, aktiviti Sabtu dan Ahad yang baru ni My menghabiskan masa pergi open house… Sabtu ke Bukit Antarabangsa and Kepong… Alhamdulillah yang dirancang berjalan dengan baik. Dapat My menternak lemak di kedua-kedua open house berkenaan…

Semalam? Seperti yang dirancang… My nak menghadiri open house company di Istana Hotel dan open house rumah pakcik My di Cheras… Dipendekkan cerita… Semalam My tak jadi ke Hotel Istana dek tersesat mesat!!!! Inilah akibatnya kalau tidak berlaki drive sorang-sorang pehtu sesat. Bajet GPS boleh lah nolong tapi entah mana-mana jalan dia suh den masuk…!! Hampir 2 jam My duk pusing-pusing bandar kL je oke!!!

Enchek tunang bz mencari rezeki jadinya tak dapat nak teman My ke open house 2 hari ni. Sedih jangan cakaplah tapi nak buek lagu ano kan kenalah faham walaupun den saje buat-buat tak faham…T_T Semalam punya lah kondifennya keluar rumah nak ke hotel Istana. Padahal dah berjuta kali jengah ke google maps masa kat rumah… Dah ontheway siap bukak gps lagi… Tup tup salah masuk jalan! Bila dah salah masuk jalan dah susah nak pusing balik. Jalan banyak sehala… Jauh giler oke My memusing-musing! Bila dah jauh memusing sangkut plak dengan jammed… perghhh tensen nya jangan cakaplahhh… tahap gaban! Bila dah masuk balik Bandar… tak jumpa-jumpa jalan nak masuk. Hotel Istana dah nampak tersergam depan mata tapi mana den nak lalu ni!!! ya Allah sampai berair lah mata menahan nak menanges…T_T
dem yuuu...T_T
Sudahnya, My surrender. Terus call officemate beritahu My tak jadi nak ke Hotel Istana gara-gara sesat. Walaupun lahir di kL nampaknya jiwa ni tak sebati lagi dengan bumi kL… grrrr… At last, My terus menghala ke rumah pakcik di Cheras… Dahl ah perut lapar giler tak makan hape dari pagi. Dalam kete duk menyumpah je menyalahkan orang yang bikin jalan sampai den tak nampak!!!

Kecewa giler oke!! dah lah tahun lepas tak dapat join company punya open house di hotel yang sama… Kununnya taun ni nak lah merasa kesedapan makanan di hotel tu… sudahnya???? Hampagas betul!!!

Sampai rumah pakcik My terus bedal makan dekat 5 round akibat kerana lapar dan lepas geram… Flat giler badan semalam… Nak gerak balik rumah pun malas…T_T Migrane jangan cakaplah bertambah-tambah… isk sob sob… sebelum maghrib My gagahkan gak diri balik rumah… dekat sejam jugaklah… Haih… letih betul…

Malamnya mandi mandi, solat, lipat baju, teman enchek tunang gi makan jap then balik terus tido… Sekejap je weekend… tak terasa pun cuti 2 hari… kenapalah weekend tak 3 hari? T_T

Weekend korang macam mana?? Lagi heaven dari My ke? -.-’

Nota kaki: meeting!!!!

Wednesday, September 7, 2011

RENTETAN SYAWAL 1432

Tahun ni terlalu cepat terasa Ramadhan pergi kan… Bila Ramadhan pergi… Syawal pun datang… Nah… Syawal pun terasa sesaat waktu… Tak puas rasanya mengadap mak dan abah… Tak puas rasanya gelak tawa dengan teman-teman sekolah… Tak puas rasanya rasa nikmat berhari raya tu… Tak puas tak puas tau tak???!!!

Walaupun pada awalnya My sangat bosan dan terasa nak balik segera bekerja namun rupanya hari raya My tahun ni cukup bermakna! Dahlah cuti lama nak mampp pastu dapat plak jumpa dengan kawan-kawan sekolah… memang heaven tak hengat laaa kannn…! Nak nak mungkin ini Syawal terakhir My beraya sebagai seorang perawan erkkk… Mungkin tahun depan dah berumahtangga mana tahu kan?;D

Oke takmo cakap banyak meh baca rentetan peristiwa Hari Raya My tahun ini…

Beberapa hari sebelum raya
My pulang berhari raya di kampung halaman terchenta di Segamat, Johor. Sampai seawal 10 pagi… sempat keluar shopping 2 hari berturut-turut… Kemas rumah bagai nak rak… Migrane datang tak semena-mena.. penat barangkali… -.-’

Hari Raya Pertama


kalau pakai utk bergambar je mmg nampak serabai..-.-'
Pagi raya tak ke mana-mana… My pakai baju raya sekadar untuk bergambar.. -.-’… Yang ada pagi raya cuma keluarga abang, angah dan adik-adik. Akak beraya rumah mertua tapi dekat tengahari tu dia ada datang hantar juadah. Along balik petang tu… Petangnya, beberapa orang kawan perempuan ajak beraya. Dapatlah 5 buah rumah…

Hari Raya ke-2



Tiba-tiba dah tak rasa raya… sebab boring giler… cis. Sepanjang hari memang tak ke mana. Petangnya je mak abah ajak beraya di rumah sedara sorang ni dekat area negeri sembilan tak jauh dari rumah. Petang tu jugak kawan-kawan roger nak memulakan misi beraya malam raya ke-2 tu. Apalagi… Malam tu lepas Isya’ My keluar beraya dengan kawan-kawan… Geng raya tahun lepas jugak hehe… Dapatlah beraya lebih 3/4 buah rumah… Tak kering gusi kitorang asyik ketawa je… haih… Entah tahun depan dapat beraya sama lagi ke tidak… T_T

Hari Raya ke-3
(alamak mana gambar! lupa nak snap!!)
Harini tak keluar dengan kawan-kawan. Sebaliknya, My ikut family pulang ke kampung mak di Kluang, Johor. Lagipun ada perjumpaan keluarga di sana. Lepak-lepak, makan-makan… Hampir Maghrib baru gerak balik ke Segamat. Sampai Segamat berhenti kedai makan… Order  makanan pukul 9, dekat pukul 10 baru dapat… Itupun tak sedap! Sendiri masak lagi sedap… grrrr sakit hati betulllll. Sampai rumah bersihkan diri then terus tidur… penat ya amat…

Hari Raya ke-4






Misi Raya diteruskan lagi bila geng-geng raya My text ajak pergi majlis bertunang Zura n open house di rumah Fadzillah… Sempat jugak ke kampung sebelah ke rumah 2 orang sahabat lain. Maghrib jugaklah baru sampai di rumah hehe…


Malamnya, Misi raya diteruskan lagi dan lagi! Kali ni memang best giler sebab ramai sangat kawan-kawan sekampung yang turun beraya. Yang dah bertahun-tahun tak jumpa pun My jumpa balik! Memang seronok giler lah… ^_^…



macam gambar kelas dah haaa
Keje kitorang gelak tawa sokmo… Asal gi beraya je macam bawa angkatan kumpulan nak buat marhaban haha… Tahun ni pecah rekod paling ramai turun beraya!!! ho yeh ho yehhhh

Hari Raya ke-5


Geng Raya kami ke Negeri Melaka plak!! Seawal 9.30 am pagi kitorang dah gerak… Perancangan awal nak ke kenduri kahwin seorang kawan lama di Umbai, Merlimau. Kitorang pergi 2 kereta… Dek kerana tersampai awal di Melaka kitorang plan nak beraya ke rumah kawan-kawan yang ada kat Melaka. Teringat ada sorang bekas guru kelas masa darjah satu(1994) dulu yang My jumpa di Facebook, My trylah contact dia. Dapat number dari fb dia huhu.

Nak dipendekkan cerita… kebetulan dia ada di Melaka. Apalagi kitorang terjah lah gi jumpa dia yang kebetulan ada di rumah kakak dia di Tiara Golf Resort. MasyaAllah dah tak jumpa since 1999… Baru la ni jumpa balik… Dialah guru pertama kitorang masa tahun 1994 dulu… Dulu kitorang kecik comel lote jek sekarang cikgu dengan anak-anak murid dah sama besoooo hehe… Seronok sangat jumpa cikgu!!!!
Lepas tu barulah kitorang gerak ke kenduri… Agak dah terlambat jugaklah sebab sampai kat rumah kawan tu pun dah pukul 3pm orang pun dah tade… heheh.. Tapi nasib baik makanan ada lagi…;D Lepas makan, borak-borak… photoshoot then baru kitorang gerak…

Baki masa yang ada kitorang sempat singgah rumah kawan kepada kawan sorang ni di Masjid Tanah dan Klebang. Giler kau jauh memusing satu Melaka nak ke sana…! Kawan punya pasal ku redah jua…

My drive balik ke rumah malam tu around 8.30 pm tak silap… Geng-geng perempuan terpaksa berpisah dengan geng-geng lelaki sebab diorang ada misi lain. Diorang ke KLIA hantar sorang kawan nak balik Sibu (mengajar di sana) sementara My bawa balik kawan-kawan perempuan balik rumah… Agak risau jugaklah sebab tak pernah drive malam kat kawasan hutan belantara tu kan… Nasib baik banyak kete lalu lalang… Tapi sakit gaklah mata nak menahan sebab kete banyak sangat kat lane sebelah tuh… -.-’
Alhamdulillah… sampai rumah sebelum 11 malam… Walaupun penat tapi rasa berbaloi…

Hari Raya ke-6

Ikutkan hati nak sambung tidur sampai ke petang… Tapi kat rumah ada marhaban masa ni. Tak tahulah korang tahu ke tak marhaban tu apa. Kalau kat johor ni orang suka berkumpul then gi rumah ke rumah buat marhaban.. Pastu ada la makan-makan… So, rumah Mak My buat marhaban hari ni. Jadinya dah kebetulan My bercuti lagi ni My lah yang patut tolong mak apa-apa yang patut kan

Bangun pagi tu My bawa mak ke pasar beli barang-barang sket. Balik rumah terus masuk dapur sediakan apa-apa yang patut. Menu hari itu adalah bihun tomyam. Tugas My? Buat dadih. Hoho… Banyak jugak buat… Licinnnnn orang makan… siap tapau bawa balik heheheh…;D

Habis marhaban kul 3pm My kemas-kemas… cuci pinggan mangkuk segala… Lepas Asar bantai tidur sampai Maghrib… Wallawehhh giler flat badan… Malam tu pun tidur je keje My… penat ke Melaka hari sebelumnya tu pun tak habis lagiiiiii

Zzzzzzzzzzz

Hari Raya ke-7 : The End

Tup tup… dah habis cuti??? Isk sob sob… Rasa macam baru semalam My balik pulang beraya tiba-tiba dah kena balik KL… terkojut gaklah jiwa lara nih…T_T…

Pagi tu My bangun awal… Kemas-kemas rumah sket apa yang patut… Lepas tu basuh kete yang kotor dek kerana raya hoho… Packing barang dan bersiap-siap… Around pukul 2pm gerak balik ditemani seorang kawan yang tumpang sama.
mintak tukar kunci kete nihhh
Seperti yang My jangkakan… sebagaimana yang terjadi pada tahun lepas… tahun ni kereta break down lagi!! Boleh tak baru sesuku perjalanan tiba-tiba My tekan break tak ada! Mahu tak gabra… Bila My tekan-tekan 2/3 kali baru ada break. Means that My kena pump2 dulu baru ada break. Terus call encik tunang tanya apa nak buat. Dia kata boleh je sampai KL tapi kena pump2 lah break tu n pandai main hand break.
Tunggu abang pomen betulkan kete..-.-'
Kalau dekat highway My rasa takde masalah My nak bawa tapi masalahnya masa tu My ada kat kawasan perkampungan n jauh lagi nak masuk highway… So, bila jalan  jammed kat depan ada kereta jadi masalah pada My… Untuk langkah keselamatan My ke bengkel berhampiran… Nak tak nak kena tukar Master Pump… Terbang 100++ bagi kat abang pomen tuh… demmmm…! -.-’


Selamat sampai kL around 6pm... Sampai lambat terpaksalah melalui jammed yelaa orang ramai dah start keje kannn... hehe...


Malamnya badan masih terasa penat enchek tunang ajak gi beraya rumah pakcik dia.. sabo je laaaa.... -.-'


What next??? konpem lah open house melambak pasni kan...;D


Anyway, tahun ni raya cukup bermakna bagi My... bukan apa, mungkin tahun depan dah tak beraya bujang lagi... InsyaAllah dah berdua.. dah berlaki laaa... So, mungkin agak terbatas sikit untuk berjimba-jimba bersama teman-teman macam sebelum ni... isk sob sob... Gonna mish yu friends!!! InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi....;)


 Till Then!!

Tuesday, August 30, 2011

SALAM AIDILFITRI!

Salam...

Selamat Hari Raya yu'ols! how's raya today? wahwah sronoknye koranggg.. mentang2 xpose ketupat rendang penuh satu perut eh huhu

My tade ke mane2 pun harini yela beraya di rumah je so abang, kakak, ipar2 n anak-anak buah je la balik. ni pun dah tukar baju biasa hoho baju raya sayang nak pakai lame2 simpan dulu ngee~ mungkin esok atau lusa baru berjalan ke kampung mak di Kluang. Tak lupa mungkin beraya dengan kawan-kawan kat sini. Ramai dah booking ni hoho sementara masih bujang kan..;-)

oklah got to go ni pun pinjam android akak ni. selamat beraya korang! makan jangan ikut nafsu oke.. :D

tata!

Saturday, August 27, 2011

Oooooo balik kampung.... Oooooo Balik kampung.... Ooooo Balik Kampung... Hati Giranggggggg

Assalamualaikum....

Tadi My masuk tidur jam 1 pagi... sebelum pukul 5am dah terjaga itupun tak berapa nak nyenyak tidur... mungkin sebab terlalu eksaited nak balik kampung.. -.-'

Oke... My tak boleh lama-lama ni sebab perlu bersiap-siap nak gerak pulang ke Segamat kejap lagi. Lepas Subuh My gerak lah. Takut sesak kat highway kang tak larat den nak menanggungnye dahla kete manual..-.-' Tapi Alhamdulillah ada member sama sekolah dulu teman balik sekali. Adalah teman berborak kalau tak mahu tersengguk-sengguk gak ni kang hehe...

Oke di kesempatan ini My nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sedang membaca entry ini... Kalau My pernah terkasar bahasa... terkasar perbuatan.. tak kira My sengaja atau tidak... harap dimaafkan... Kalau ada apa-apa pernah My ambil harap dihalalkan... Kalau ada yang My berhutang sila-silalah roger yek akan ku langsaikan hutang itu hehe...

Yang pulang ke kampung tu... berhati-hati di jalan raya oke... Biar lambat asal selamat. eceh My ni pandai nasihat orang kang diri sendiri tah macam mana. My agak suka juga bawa laju...-.-' Tapi hari ini InsyaAllah My cuba bawa dengan cara lebih berhemah...;)

Oke korang kita jumpa lagi nanti! Mungkin My tak akan online selama seminggu ni.. dunno tengok keadaan hehe...

So.... Enjoy your Hari Raya ya!!!!^_^

Thursday, August 25, 2011

RAYA DULU DENGAN RAYA SEKARANG


Heee… sekarang ni sehari sekali je My hapdet belog terchenta… Bukan apa, hati sekarang dah ada kat kampung je ni… Nak hapdet belog pun dah ketandusan idea ngee~ Korang tak eksaited ke weh nak raye nih!!! Nak nak plak My dapat cuti seminggu kan haruslah eksaited woooooooo

Tahun ni My beraya kat kampung halaman di Segamat. Yela mak abah pun dah ada menantu, cucu kan haruslah raya pertama ada di rumah… Tahun ni giliran abang yang tinggal diperlis beraya kat rumah. Kakak yang tinggal berdekatan dengan mak abah giliran beraya rumah mertua plak tapi tak jauh pun area Segamat jugak. kak Ngah My plak memang tiap-tiap tahun beraya di rumah sebab mak abah sebab mertua dia pun duduk kampung sama dengan mak abah so tayah gado-gado nak balik mana dulu hehe. Abang My yang sulung belum tahu dapat balik ke tidak sebab masa raya nanti mak mertua dia kena masuk wad.

Hurm… Kalau dulu masa mak abah belum ada menantu, cucu… Kitorang akan pulang ke kampung mak di Kluang, Johor atau kampung abah di Taiping, Perak. Kalau ada budget lebih sikit kitorang balik dua-dua kampung kalau tidak gilir-gilir lah tahun ni dah ke Perak tahun depan mungkin tidak. Ke Kluang 3 jam je dari rumah tiap-tiap tahun boleh pergi. Masa My kecik dulu My ingat lagi beberapa hari sebelum raya My dengan abang akan pulang lebih awal ke kampung. Naik bas… Sampai simpang nak masuk kampung… Atok dah siap menunggu dengan kereta Datsun 120y kaler putih dia tu. Lepas tu My follow atok n nenek pergi Surau berterawih…
google~
Haih… rindu betul saat-saat itu… Time hari raya meriah sangat… Pakcik makcik bagi duit raya… Lepas tu jalan pusing kampung dengan sepupu beraya sama-sama… Time kat rumah My pun macam tu… Dah 2 minggu raya pun masih bersemangat berjalan gi beraya… Jauh jugaklah My berjalan masa kecik dulu… Masa tu dapat 30 sen pun dah rasa besar sangat nilainya. Jalan jauh dari rumah pun tak terasa. Huih… dulu betul-betul rasa lah makna Hari Raya tu… Raya pun rasa lama sangat…

Tapi sekarang? Hambar. Atok dan nenek dua-dua belah mak abah pun dah tiada… T_T… My pun dah jarang pulang ke kampung masa raya pertama… Biasanya kitorang akan ke sana setelah beberapa hari beraya itupun balik hari… jarang tidur di kampung. Duit raya? My dah keje ni konpemlah tak dapat kan adik-adik sepupu tadah tangan mintak kat My ada la…-.-’…

Sekarang budak-budak pun dah jarang gi beraya… Budak zaman sekarang dah segan nak bertandang rumah orang… Kebanyakan orang pun dah malas nak terima budak-budak datang beraya… Asal nampak budak-budak nak datang rumah cepat-cepat tutup pintu… bila orang bagi salam jawab dalam hati je buat-buat rumah macam takde orang… ceyt.. -.-’…  Hari raya sekarang pun dah tak terasa sangat dah sekarang… 3/4 hari beraya dah terasa abis beraya… Lepas tu sebulan tu kejap je berlalu.. Betul-betul dah tak rasa meriah macam dulu… T_T

Uwwwaaa seyesly… rindu betul dengan zaman beraya masa kecik dulu… zaman-zaman 90-an… meriah sangat! Main mercun, bunga api pun tak jadi satu kesalahan… T_T

Korang rasa macam mana? Betul tak betul tak?

Wednesday, August 24, 2011

PERSIAPAN RAYA 2011


Salam… It’s Wednesday korang!!! 2 days more to go lepas tu chow dari bumi KL hehe. Sekejap je kan… pejam celik pejam celik dah dekat nak raya… tinggal beberapa hari je lagi… bahang raya semakin terasa…;) So, amacam dengan persiapan perayaan korang?? Dah settle semuanya? baju raya? kuih raya? kasut raya? Dah beli ke? Huhu

Tahun lepas My ada buat perbelanjaan raya kat entry INI. Boleh tahan jugak berbelanja tahun lepas yela 1st year beraya dengan gaji bekerja selepas tamat belajar… Memang pulun habis laaa… Mana nak belanja kelengkapan rayanya, duit raya nak bagi kat adik-adik, anak-anak buah, Ditambah plak dengan hutang bulanan yang ditanggung tetiap bulan… fuhhhh…-.-’

Tahun lepas tak banyak benda sangat nak pikir so memang agak selamber la menghabiskan wang untuk itu ini… La ni dah bertunang… pikir masa depan, nak kawen… agak terasa sikit bila keluar duit tu… terasa-terasa jugak… duit tetap keluar… boleh? -.-’

Setakat ni My dah habiskan lebih dari RM300 untuk 2 pasang baju raya dan 2/3 helai shawl… demmmmm… bayangkan duit lebur macam tu je… uwwaaaaaa… dahlah belum gaji lagi… Duit jualan kuih pun ada yang belum bayar so terpaksalah den menanggung penderitaan kekurangan wang perbelanjaan. Yela kuih-kuih tu ofkos lah My kena dahulukan duit poket sendiri… beratus oke lagi… ni beriban woooo… Kalau customer bayar selepas raya agak parah sikit laaa… -.-’

Itu baru RM300++ hanya untuk baju dan shawl belum lagi masuk duit-duit raya nak bagi kat anak-anak buah, adik, parents… Hutang-hutang bulanan yang dah bertambah lagi… -.-’… Kalaulah duit boleh jatuh begitu sahaja dari langit…. T_T

Tahun ni My mungkin cut perbelanjaan untuk kasut dan handbag… yang tahun lepas masih elok sebab jarang pakai so tak payah beli kot tahun ni… Dah jimat di situ hohohoho…

So, persiapan raya korang macam mana? Berapa juta dah korang sedekah kat penjual-penjual baju? kuih? Kasut segala? Hehe… Beli mana yang perlu sahaja oke… Jangan terlalu ikutkan nafsu serapah tu (samelah My pun hoho)… Berbelanjalah ala kadar sahaja… J

nota kaki: Coming October and December My ada 2 event nak kena organize. Masa yang ada dah terlalu-lalu suntuk!!!!! *worried!!!!

Wednesday, September 8, 2010

Kad Raya

Wednesday, September 1, 2010

Owh Baju Raya~

Cerita pasal baju raya... haih~ berapa kali dah mengeluh ni sebab aku belum dapat baju raya lagi..isk sob..sob.. minggu lepas balik segamat ada juga pergi berjalan bandar dengan mak, akak. niat hati nak la cari baju raya, dapat sepasang dulu pun jadilah sebelum shopping di kL. Tapi, hampeh. dahlah kepenatan sebab masa shopping tu kepanasan keterikan, aku dahlah puasa kan. Puteri lilin gitu bila kena panas mulalah rasa tidak selesa. pening kepala nya lagi...(kena panas je confirm sakit kepala). berjalan punya berjalan, pusing punya pusing, berapa banyak kedai+butik+booth aku dah masuk daaa... tapi alangkah kecewanya hati bila satu baju pun aku tidak berkenan. adalah satu dua berkenan. Tapi biasalah bila berkenan, saiz pula tiada. at last, balik je la. kitorang keluar beriya-iya hari tu cuma dapat ape tau? baju raya yana (my niece).. hahah.. itu pun bukan baju untuk raya pertama la. hampeh jek. nasib baik aku tak berbuka sebab memang flat giler lah, smpai je rumah nahhhhh..tido tak hengattttt...

Itu baru pre-raya 1... tak dapat apa2 lagi. Malam semalam pre-raya 2 pulak. destination tak ke mana pun pegi uptown Damansara je. (tak banyak pilihan tapi apa buleh buat nak pegi danau takut bersesak2). and pegi uptown tu confirm lah bukan cari baju raya kan. sebab kalau ada pun.. xchantek... design entah apa-apa je. bukanlah memilih. tapi kualiti tu penting juga kan kan. sebab aku ni kalau baju tak berkenan, xsedap pakai memang tempatnya kang dalam almari je lah. silap2 aku bungkus tak pakai terus. Plus, harga dia ada yang xboleh blah. baik aku beli kat kedai2 baju, sama harga tapi berkualiti dan puas hati, tak gitu? lagipun kalau baju sedap pakai, chantek.. bolehlah aku pakai untuk pergi kenduri kawen ke pergi keje ke lepas ni kan kan hihi. hurm, malam semalam carikan t-shirt je untuk adik2 lelaki aku. baju melayu diorang nantilah aku cari kat jalan TAR/Masjid India. saje je belikan adik2. yela, tahun pertama aku merasa pegang duit hasil titik peluh sendiri, plus tinggal aku je yang belum berkeluarga (kakak2 abg2 sume dah kawen), so sementara aku masih belum ada tanggungjawab ni why not aku ringankan sikit beban mak abah kan. hari tu pun sebelum balik ada juga hulur2 duit sikit untuk mak so bolehlah tambah2 sikit untuk beli apa2 untuk raya ni. Lapang dada, senang hati bila dapat hulur duit pada mak abah... nak dibandingkan dengan jasa diorang selama aku hidup sampai hari ni.. seumur hidup pun tak dapat aku balas... isk... so, untuk korang2 di luar sana, hargailah ibu ayah kita sementara mereka masih hidup...oke..(=

So.. what next?? masa tak banyak lagi. so, tinggal hujung minggu ni je la kot nak shopping huhu. Plan nak pegi KL hujung minggu ni. haih~ confirm sesak giler kang. jalan mesti macam penguin silap2 ketam hahaha... Mission lepas ni mesti cari baju raya oke! that's final shopping! Plan nak carikan adik2 jeans juga. n tak lupa baju raya diorang. Untuk mak abah aku dah hulur duit suruh diorang beli ape2 yang patut yela sebab nak belikan kang takut tak berkenan plak kan. huhu.. ape lagi ek~ haaa kasut jangan lupa! hihi. apela aku ni cuti raya berapa hari je pun.. shopping macam lah dapat cuti raya sebulan isk. tak kisahlahhhh janji shopping! sekurang2nya dapat gakla aku baju baru. dah lama tak beli baju kurung baru wooo... teringat masa kat Shah Alam. nak cari baju raya boleh pegi PKNS. shopping raya sana pun syiok juga. Tapi macam jauh la plak nak pegi kan isk. Hurm... dah2 jangan bernafsu setan boleh tak my.. kang hape pun ko xdapat tawu lah....

Cakap pasal baju ni terpikir pasal konvo... haaa konvo kang nak kena cari baju baru jugak. aiyooo... huhu... xpe2 lepas raya boleh shoppong konvo lak hihi...

okaylah... smpai bertemu lagi....(",)


**sempat gak mencari baju raya online heheh...

Friday, August 27, 2010

Budget Raya 2010


Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita dah berpuasa 16 hari kan? waaahh sangat cepat masa berlalu. rasanya macam baru semalam mula Ramadhan.. mula bangun sahur.. mula ke bazaar... tup2.. what? 16 days already?

Hurm, setakat ini berpuasa Alhamdulillah.. takdela rasa tak tahan sangat macam puasa ganti huhu. Lagipun mungkin sebab kerja pun balik awal.. break pun takde so takdela terasa sangat kan. kalau bulan-bulan tak puasa biasa puasa macam ni kan bagus kan? boleh jugak kurang-kurangkan lemak di perut ni heheh. (tapi time puasa ni macam lagi banyak je aku makan!!!)

haih... bila puasa sudah nak bertemu penghujungnya, sudah tentulah orang semua sibuk memikirkan hari raya kan? baju raya nak beli berapa pasang.. kasut raya nak heel berapa inci.. kuih raya nak tunjuk-tunjuk berapa macam.. duit raya nak bagi berapa RM...(errr...bagi???)

ok fine... this year is my first time rasa macam ni. rasa seram ada..(takut kopak kena pow).. rasa teruja pun ada, sebab... raya kali ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang yang berkerjaya.. hihi... yela, sebelum ni berapa tahun daa aku beraya sebagai seorang pelajar... 3tahun Diploma dekat Bangi.. tiap-tiap kali raya aku tidak perlu pikir sangat cost perbelanjaan raya. ada duit loan cukup makan pakai sendiri untuk hari raya sudeh... kadang2 dulu mak la tolong tempahkan baju (dah lama tak tempah baju sejak masuk degree sebab tak sempat+malas so baik beli siap jek), bab2 lain aku tak pikir pun.. nak bagi anak2 buah duit raya? lagi la tak pernah fikir sebab aku belum bekerja (so no money no talk la kan). sebaliknya, aku yang menadah tangan minta ongkos raya daripada ibu2+ayah2 kepada anak2 buah tu hahaha (biasanya abg2, akak2 dah get ready sampul raya untuk aku siap tulis nama lagi..;P).. lepas habis Diploma aku further pulak degree dekat Shah Alam so memang harapan untuk dapat duit raya lagi memang sangat cerah la masa tu kan. tahun lepas kalau ada pun aku cuma belikan mak kuih raya 2/3 macam je untuk mak huu.. n pernah jugaklah sekali tu masa tu pocket tengah full aku berjalan kat sekitar KL termasuk jalan TAR dan Masjid India untuk belikan pakaian untuk mak abah dan kakak2 aku..(err kenapa aku belikan untuk kakak2 jek ek, abg2 aku?adik2 aku? oo maybe tak cukup budget kot masa nih hahaha)

Nak dipendekkan cerita (tapi macam dah panjang jek bercerita erk).. tahun ini dengan rasminya aku rasa aku telah pun keluar daripada carta2 di dalam kamus hidup abang2 dan kakak2 ku untuk dapat ongkos raya daripada diorang.. (takde ke..isk)... sebabnya.. dah bekerja kan..so..aku rasa dah sampai masanya aku pulak la yang kena memberi ongkos raya... adoiiyyaaiiii.. kenapa lah bila tiba raya kena bagi duit ek.. hiii... so, memandangkan bulan ini pulak bulan pertama aku bekerja (agak risau jugak lah kot2 gaji tak masuk), banyak perkara yang telah menjadi agenda dalam pemikiran aku. baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya.. jalan raya balai raya eh pobondo ekau mengarut ni... ah yang penting semua raya lah. Alhamdulillah... gaji dah masuk semalam..terima kasih Wirazone@Malakoff..=).. tapi tak dapat full payment (mungkin sebab tak cukup sebulan). takpelah janji ada kan kan? huhu.. so... bila dah confirm berisi apa lagi.. kenalah buat list kan kan.. (dah buat list beberapa kali ok)...

so sebelum aku terover budget baik aku listkan balik. chek it out!

  • Perbelanjaan Raya:
Baju Raya - RM200 (Around 4/5hb Sept baru pegi shopping Shah Alam+KL)
Kasut Raya - RM100 (Murah2 sudahlah.. nanti nak pegi shopping singgah sogo skali)
Tudung Raya - RM50 (budget 50 dlu sbb tudung da byk, agk2 tade y matching baru beli br)

Kuih Raya :
- RM24 x 2 = RM48 : Kuih Pistachio , beli drpd officemate, Kak Fini
- RM8 x 4 = RM32 : Maruku bwg putih + Ikan, beli drpd officemate jugak, Kak Rozana
- RM20 x 2 = RM32, RM15 x 2 = RM30 : Chips Choc + Kuih Tart Gulung, beli drpd kwn kpd housemate
- Lain2 kuih akan difikir2kan kalau jumpa lagi yang berkenan tatkala bersoping
Pemberian Duit Raya :
- Bagi Adik2, Bagi Anak2 Buah + anak2 orang = Budget RM250
- Bagi Mak Abah = RM300

  • Perbelanjaan Tetap

Sewa Rumah - RM200
Bil Api + Air - RM35
Broadband - RM75
Bil Telefon - RM75
Touch n Go - RM50
Credit Card - RM150
Kereta - RM300
Lain2 - RM100
Alamakkkk!! banyaknyeee... apa yang boleh di cut dari senarai di atas ni ye? macam takde yang boleh di cut je hihi. apapun, tatkala bershopping raya tu beringat2 sket wahai cik My ye. Jangan boros!!!! (mintak2 byk sale!!!) Hurm, napelah hidup perlu guna duit? isk...

Oleh kerana niat suci aku untuk bercuti panjang tatkala Raya nanti di reject sekeras2nya.. so esok aku akan balik Segamat... nampak gaya shopping raya akan bermula dari sana... (jangan rambang mata my..kang sok sume ko nak grab). huhu... Tak sabar nak balik!! berpuasa dengan mak abah.. rindu nak bangun sahur makan nasik panas mak..! pastu nak ajak mak jalan2 bazaar..soping2..!

Planning hari raya masih samar2.. hari raya yang available only 1day.. hari apa aku nak pilih dari 13hb - 17hb tu ek... adoi.. nak tak nak terpaksalah jugak datang kerja pada hari raya ke-4!! omg!!! masih mood raya!!!! isk... dendang perantau la aku jawabnya... ;( Redha je lah dengan nasib yang ditentukan oleh manusia yang sama tarafnya dengan aku di sisi Allah.. cuma mungkin dia diberikan keistimewaan lebih daripada aku kerana kedudukannya.. (di dunia)... Nak buat macam mana..redha je la...;(

Ingat raya kali ni nak la lepak dengan kawan2 lama. masing2 plan nak beraya sama2.. tahun lepas pun aku tak dapat jumpa dengan diorang. isk...

Inilah nasib hidup di perantauan.... Sabar ye my... chill!!!


Footnote: Esok balik Segamat bus pukul 9 malam... aiyak~


Friday, September 18, 2009

:::saLam Lebaran:::


i ngah packing2 barang smbil layan lagu raya..isk sob..sob... waa cane nk naek bus nih..cam byk jew..huhu..raye kowt...so many things la nk kena bw balik kn...ngee~ hurm my bus kul 7.30pm..kena naik dr Bukit Jalil(ke selatan jew)..nsb bek de ben,cam thn lepas die la kena hntar i ke sane...weee~ hurm ape lg ek nk kena bw balik nie...(sdg cube remind kn dr ape lg,kang ad jew y tertggal..haih..)..


hurm..smlm akak kol..abah lum dibenarkn kuar wad ag..;( da smnggu abah kt wad..cian die..hopefully abah dpt balik b4 raye ni...


k la..nk smbung kemas brg...wish all Muslim..Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin....;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers