9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label nora elena. Show all posts
Showing posts with label nora elena. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

SITI SALEHA a.k.a NORA ELENA MINTA MAAF ISU GAMBAR BERSOSIAL

Semalam para peminat Siti Saleha a.k.a Nora Elena dikejutkan dengan isu penyebaran gambarnya yang bersosial bersama kawan-kawan luar negaranya seperti yang dinyatakan di entry INI. Walaubagaimanapun, lewat malam tadi beliau mengeluarkan maklum balas di status facebooknya berkenaan isu ini.
Dengan tenang, Siti Saleha memohon maaf kepada semua berkenaan isu gambar sosialnya yang tersebar luas. Menurut beliau gambar-gambar tersebut telah dirakamkan 2 tahun yang lalu dan dia telah belajar daripada kesilapan tersebut.

Kan bagus macam tu… Terserlah sifat Nora Elena yang ada padanya bila dengan tenang dia meminta maaf kepada umum. Tak perlu nak marah-marah , tak perlu nak saman menyaman kan kan hehe…

Tak asing lagi watak Nora Elena memang sesuai untuk beliau…;)

Moga suatu hari nanti beliau terbuka hati dan sifat Munirah seperti dalam drama Ustaz Amirul pula yang terserlah dalam dirinya… Amin..;)

Wednesday, July 6, 2011

Nora Elena bersosial bersama ‘Seth Tan’….

Berita terbaru mengenai gambar Nora Elena yang bersosial bersama-sama rakan luar negaranya.
A bit shocked jugaklah walaupun sebenarnya lumrah sesetengah kehidupan artis memang macam tu. Bukanlah nak kata semua artist u hidupnya tak lari daripada bersosial… Orang-orang biasa pun ramai je bersoSIAL tapi bezanya artis dan orang biasa adalah mereka ini public figure. Dan mungkin ada di antara artis yang dijadikan role model oleh orang-orang biasa ini.

So, bila dah kantoi gambar-gambar macam ni macam mana nak jadi role model? apa pandangan masyarakat umum??? Anda nilaikan sendiri.... 
Lagi gambar --> Beautifulnara

Ini baru betul-betul Nora Elena dengan Seth Tan (Setan)  ye dak? Ngeee~

Apapun, My masih berminat pada mutu lakonannya. Kehidupan peribadinya? Itu antara dia dan Allah. My atau sesiapa pun tak layak untuk menghukum. Doakan saja dia sedar akan kesilapan dan dosa yang dilakukan…;)

Wallahua'lam....

Thursday, June 16, 2011

NORA ELENA MATI TAK SAMA SEPERTI ENDING DALAM NOVEL? | KESUDAHAN DRAMA NORA ELENA SLOT AKASIA DI TV3

Hamik kau punya panjang tajuk den bagi…-.-’.. Dalam masa kurang 7 jam daripada sekarang, drama kegilaan ramai akan bertemu penghujungnya apabila episod terakhir dijadualkan berlangsung hari ini jam 7pm. Yang bekerja office mungkin akan pulang tepat pada waktunya tanpa lewat sesaat pun agar boleh pulang sebelum drama bermula. Yang kerja shift malam mungkin akan buat-buat sakit dan amik MC dengan harapan dapat menonton Seth Tan dan Nora Elena kesayangan.. Yang ada kuliah malam? Tuisyen malam? Alah lepas drama still boleh pergi kan kan..;D **oh kalau sad ending barangkali akan berkabung untuk ponteng sahaja..;D

Dalam pada waktu Nora Elena bakal bertemu riwayatnya, ramai yang membuat andaian dan spekulasi mengenai apa yang bakal terjadi di episod terakhir hari ini. Apakah yang mungkin terjadi pada Nora Elena dan Seth Tan? Adakah takdir pengarah drama akan menyebelahi mereka? Bahagiakah mungkin? Deritakan mungkin?

Kalau dalam novel berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi untuk meberikan kelainan dan impak dikatakan ianya telah diubah kepada sad ending. Nora Elena dikatakan mati pada akhirnya.. Maka terpadamlah perjalanan cinta antara Nora Elena & Seth Tan. Hanya zuriat yang ditinggalkan Nora Elena yang menjadi bukti cinta mereka.

Tapi persoalannya, bagaimanakah Nora Elena mati? Adakah salah satu dari berikut??
  • Nora Elena dibunuh dengan kejam oleh Yvone yang berkomplot dengan suami si Nilawati, Khairul Haramjadah kaki pukul tu..
  • Eid kembali ke tanah air untuk membalas dendam kesumat dengan menembak Seth Tan, tetapi malangnya, Nora Elena yang terkena peluru tersebut ketika cuba menyelamatkan suaminya....tragis sungguh!
  • Nora Elena meninggal kerana ketika melahirkan anaknya dan Seth Tan memberikan nama anaknya juga Nora Elena untuk memperingati isterinya yang tercinta. Akhirnya, Seth Tan bahagia dengan Nora Elena, iaitu anaknya buat selamanya...
Mana satu pilihan anda??? OMG! Kalau bagi pada My?? My lebih rela menutup siaran TV3 daripada melihat kemungkinan semua itu terjadi!! The original story tidak boleh diubah.. no! jangan sesekali memusnahkan impian dan harapan peminat-peminat Seth Tan dan Nora Elena yang melebihi 800,000 di Mesia ni!!!

Walaubagaimanapun, please take note... ending listed di atas hanya akan berlaku sekiranya pengarah tersebut adalah dia ni Falihin Jasmy!! Grrr… More details sila klik SINI… ;)

Masih adakah Seth Tan yang bahagia memperisterikan Nora Elena lalu menghadiahkan bunga sebilik? Masih adakah Seth Tan yang romantik yang sanggup dihina oleh Nora Elena? Masih adakah Seth Tan yang romantik yang sudi mengangkat isteri tercinta ke atas katil? Masih adakah Nora Elena yang sangat bertuah memiliki lelaki seperti Seth Tan???

Apakah kesudahannya? Sama-sama kita saksikan malam ini!!!

Footnote: Dah sudah tengok tu jangan lupa Maghrib ye kawan-kawan. Pehtu baca Yaasin sekali. 
Malam Jumaat ni kan…… Jangan dok melayan perasaan dan berkhayal seolah-olah berada di dalam drama Nora Elena plak…-.-’


Wednesday, June 15, 2011

Drama Nora Elena Slot Akasia di TV3 dah sampai klimaks!!!

Demmm… baru dapat menjengah ke belog. Dari pagi selepas meeting sibuk menghapdet data untuk yearly punye survey. Sampai segmen Ben Ashaari pun terlepas grrr…

Takpe-takpe. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting hehe..

Bydway hari ni citer Nora Elena jangan lupa tengok  y’ols!! Ia semakin mencapai klimaks!! Tinggal 2 hari sahaja lagi hehe. Tapi jangan leka sangat sampai lupa maghrib hoke….

Semalam Amir hamper sahaja ditumbuk oleh Seth gara-gara salah faham. Thanks God Nila, kawan si Nora dah selamat daripada menjadi mangsa deraan suaminya sendiri. Bini punya lawa sanggup ko belasah dia? Banyak je kes macam ni kat dunia nyata ni kan kan…

Nora Elena masih dengan egonya tidak dapat memaafkan Seth di atas perbuatan silamnya. Yela, kalau My kat tempat dia pun konfem marah! Nasib baik mak ayah dia dari kampong datang so Nora Elena terpaksalah balik rumah mengadap Seth hehe..

Yang si perempuan gewdiks nak mamposss tuh makin menjadi-jadi!! Suka-suka hati kau jek cakap Nora tu kaki jantan..-.-’… eeee geram tol la dengan amoi sorang tuh!!! Rasa nak ganyang2 jek mulut dia sumbat dengan cili!!! Grrrr

Eh dah dah jangan nak emo lebey.. tengok je sambungannya nanti. Hehe.. 

Sunday, June 12, 2011

[MINGGU AKHIR] NORA ELENA SLOT AKASIA DI TV3 | ADAPTASI NOVEL KASIH YANG SUCI

Heee.. dengan bangganya My nak bagitahu yang My dah pun menghabiskan ke semua 20 episod Nora Elena hari ini di tonton.com.my. hehe. Punyalah lama nak menghabiskan. Ini pun sanggup ke cyber cafe berhampiran sebab loading laju sikit kalau pakai berukband kat rumah memang kalah siput vavi.. -.-'


Jual mahal punya jual mahal lama-lama kalah juga Nora Elena kepada suaminya, Seth Tan. Akhirnya dia tunduk juga dan mengakui kesilapannya sebagai isteri. Nora Elena dah mula menyayangi suaminya dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.. ;D Penghujung episod 20 Nora Elena telah disahkan mengandung. Tapi yang tak beshnya dia dah jumpa dengan rantai yang My rasa miliknya yang hilang sewaktu dirogol (i guess). Episod akan datang iaitu minggu akhir pasti lebih mendebarkan.. 


Part yang paling My menyampah nak mammmpppp adalah watak Yvonne lakonan Wan Sharmila!! perghhh rasa nak bagi penyepak je kat muka dia tuh!! Bagi fitnah nombor satu!!!! dengan kegedikannya lagi!!! menyirap betul!!! menjadi oke watak yang dibawakan janda meletup nih... siaplah kau minggu depan!! Mungkinkah watak Yvonne akan mati seperti di dalam novel? hehe


Minggu depan (esok) bermulalah episod-episod kemuncak! tinggal 4 hari sahaja Nora Elena akan menemui penamatnya. Adakah Nora Elena dapat menerima kenyataan akan perkara yang telah diketahuinya?? Adakah dia mampu memaafkan Seth Tan dan menerimanya?? Adakah Seth Tan dapat mengambil semula hati Nora Elena? Dapatkah Seth Tan membuktikan betapa suci kasihnya pada Nora Elena? Atau.. Yvonne kah yang akan memiliki Seth Tan akhirnya???


Sama-sama kita saksikan esok dan 3 hari seterusnya!!! Kalau tak dapat tonton di tv3 tontonlah di tonton.com.my hehehe...;D


sooooo suuuweeeettttt diorang kan kan kan korang.... (berangan~)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers