“Si buta mengaku perkosa anak hingga hamil tujuh bulan walaupun sudah ada dua isteri”
Baru-baru ini kalau kita lihat di media cetak mahupun elektronik terdapat banyak sangat kes-kes rogol melibatkan insan bergelar bapa dengan darah dagingnya sendiri. Bapa rogol anak kandung… bapa tiri rogol anak tiri… bapa tiri rogol anak tiri depan ibu kandungnya sendiri pun ada…T_T…
Sedih sangat kalau baca cerita-cerita macam ni. Selalu sangat ada… sampaikan My dah tak ingat berapa banyak dah cerita mengenai bapa rogol anak sebab setiap kali baca paper ada je kes-kes baru yang keluar.
Apa nak jadi dengan dunia hari ini? Bukan isu zina dan anak luar nikah je berleluasa malah orang yang sepatutnya menjaga maruah darah dagingnya itu sanggup melapah tubuh suci anak yang lahir dari benihnya sendiri… Mana pergi akal kewarasan yang Allah beri? Hilang pedomankah kamu sanggup merosakkan anak sendiri? Tiada imankah kamu wahai ayah??
“Sepatutnya kamu jaga bukan rosakkan”
Siapa yang jadi mangsa? Anak yang tidak berdosa itu juga. Gelap masa depannya. Bagaimana dia nak menghadapi masa akan datang dengan kenyataan bahawa maruahnya telah tercalar…? bahkan tercalar itu disebabkan BAPA KANDUNGnya sendiri! Malah lebih parah apabila dia hamil angkara perbuatan keji ayah! Dengan panggilan apakah harus dipanggil anaknya yang lahir itu nanti? Anak atau adiknya?? Panggilan apa yang harus dipanggil kepada bapa durjana itu nanti? Ayah kah? Atau datuk???
Sudahnya bayi yang lahir tidak mengerti apa-apa itu terpaksa diserahkan kepada rumah kebajikan atau keluarga angkat. Kasihan bayi kecil itu… Dahlah lahir tidak sah taraf… kalau dia besar macam mana nak terangkan dari mana asal usulnya kalau ditanya? Nau’zubillah……T_TWahai ayah… sedarilah kamu bahawa anak adalah permata yang tidak terhingga nilainya… Dia lahir kedunia hasil daripada benihmu, yang patut kamu pelihara kamu bentuk kamu didik menjadi manusia berguna… berguna kepada pencipta, padamu dan masyarakat… Anak inilah suatu hari nanti yang akan membalas jasa-jasamu.. yang akan sedekahkah doa andai kamu pergi menemuiNya…
Moga kamu-kamu yang lelaki pabila membaca entry ini menjadi ayah atau bakal ayah yang berguna pada anakmu… Amin…


11 comments:
keji tau ayh mcm ni..hati binatang..huh! patot direjam je org2 mcm ni..kn bagus klu kes mcm ni diamlkan hukum hudud..hurmm~
yg rogol bdk kecik lg xthn..bdk tu baru nk kenal dunia! hishh geram lak bc psl ni *hempas mangkuk* =.=
akhir zaman punya pukulan, berhatilah ye my dan semua. :)
tak fhm dgn manusia zaman skrg. dah tak reti beza antara anak & isteri...halal & haram..nauzubillah
macam2 zaman skrg..
rase dunia ni dh xselamat..
huhu
tak samapi hati kadang kalau tengok paper berita sal ni.. aitoo ama... itu anak bukan anak patung...lagi sedih bila kenangkan nasib2 baby yg bakal lahir tu...emmm
assalamualaikum..
semua tue terjadi berpunca dari iman kita...kalau kita dapat merasakan Allah melihat perbuatan kita, maka takkan terjadik benda2 sumbang mahram nie...
kerat terus je anu nye tu,,,
bila nafsu bermaharajalela, akal langsung tak berfungsi dengan sempurna.. kesian pada mereka yang jadi mangsa.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
ayah macam ni patut dihukum rejam sampai mati jer...geram tul!
binatang pun tau sayang anak..
ish bapak kejam....
bintang pun syg ank..!!!
kejam betul la bapak macam tue....menakutkan la plak..mujur la tak dapat bapak macam tue
Post a Comment