9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Aku Disahkan Mengandung!

Salam yu ols!!! Kelasss kau My dah sehari suntuk hari Isnin baru nak muncul..-.-’ huwaaaarrrghhhhh mana pegi mood berblogging ni? ku seru kau datanggggg!!!! Isk

Entahlah. Lately ni mood nak berblogging memang payah nak datang ni pun paksa gak jari jemari ni menaip.. teruk an an.. haih~ -.-’... Thanks sangat kat korang yang masih rajin singgah kat blog naif My ni walaupun My hanya sesekali hapdet!!!

Nak kata My busy… celah mana tah busy… Kerja pun dah tak seberapa… InsyaAllah kalau bos bagi kerja, secepat mungkin My akan segera menyiapkan.. Tapi tuh laaa… Kalau mood ke laut apa pun tak boleh! Sudahnya dah habis waktu kerja baru terhegeh-hegeh nak hapdet belog terchenta… boleh gitu? Hehe

Hari ni takde mood betul nak datang kerja.. mana taknya  dah lama sangat bercuti minggu lepas… Ambil cuti Isnin minggu lepas, datang kerja hari Selasa..  lepas tu ke klinik buat dental surgery langsung dapat MC terus 3 hari.. dan cuti sehingga weekend.. heaven sangat kan? heheh.. Tapi tak ke mana pun duduk rumah je melayan gusi bekas buat dental surgery yang masih sakit… sekarang pun sakit lagi… nape ek? Isk..

Anyway.. satu perkara yang merunsingkan kepala otak sekarang ini adalah masalah berat badan yang semakin meruncing (eceh macam masalah ekonomi plak bunyinya)… Mana tak dinamakan masalah bila naik je timbang tak pernah turun! Makin naik ada lah… enchek tunang pun dah geleng kepala… My plak entah bila nak sedar.. ah sudahlah kau punya sedar My dah berapa tahun dah kau cakap pasal kesedaran…! -.-’ uwwaaaaaaa!! My dah kehabisan idea korang!!! Camne lagi My nak kurangkan berat badan tanpa kurangkan nafsu makan??? Boleh? Erkkkk…
takmo takmo takmo!!!
Apa je diet My tak pernah cuba… minuman/pil kurus? Dah berkotak-kotak, berbotol-botol pernah cuba… diet atkins pun pernah.. tapi, hampeh!! Semua tak jalan! Bukan menatang tu yang tak bagus tapi My yang tak konsisten.. malas… -.-’… Bersenam? Jauh sekali… 3 bulan sekali belum tentu buat! Asal jogging je semput.. separuh jalan..buat sit-up jauh sekali.. beli dance mat kat rumah pun tak jalan wehhhh sampai berhabukla wa cakap luuuu…. Apa lagi nak bagi masuk kat pale otak My ni???

My ni perasan je slim… tak gomok tak gomok… Asal balik kampung jumpa kawan-kawan, jiran tetangga yang dah berbulan/bertahun tak jumpa.. perkataan pertama yang akan terpacul keluar dari mulut longkang diorang adalah… “My!!! Asal ko dah gemokkkkk??????”…. “My!! Asal ko makin gemokkkk niiiii???”.. grrrrr…. Sabau je lah mak nokkkk… Mak senang je jawab… “Orang banyak duit biasalahhhh… makan je kejenyeeee…kau adooo???”…

Ok fine My sedar perut ni dah maju ke depan macam mengandong 3-5 bulan gamaknyaaa… cuba tengok poyot YanaMIB yang memang tengah mengandung dengan perut My ni.. takde bezanya yu olsssss…. Dia mengandung.. My pun mengandung jugakkk… mengandung-i lemakkkk…. Ni bikin lemak tepu punyaaa… nak buang?? Perghhhh bape tahun seat-up baru hilang gaknya…-.-’

Kalau My sendiri tak sedar diri masih dengan nafsu serakah yang kuat makan sampai bila-bila lah badan ghupe ini… Nanti kalau dah takde cutting kauuuu.. orang jantan tengok pun takde selera… dush!! @_@

Korang!! Ada tak cara-cara diet paling senang dan berkesan untuk My praktikkan? My ingat macam nak berhenti makan nasi je.. My dah pernah buat tapi once dah TERmakan (kalau dak rumah tiba2 rajin masak grrrr) nasi balik hah amik kauuu makan tak henti…-.-’ Oh pelissss!!!!! Camne lagi My nak buat ni… tak larat dah bawa badan gergasi ni…T_T

Kalau ghupe ini camne nak naik pelamin ni??bape bulan je lagi ni… Takmo lah nampak gomok pakai baju pantin…T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers