9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label mengatasi marah. Show all posts
Showing posts with label mengatasi marah. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Bagaimana anda mengawal perasaan marah?

Assalamualaikum... pagi y'ols...;)


Pagi ni seperti biasa sebelum ke kerja masa bersiap-siap sambil menonton MHI di TV3... Pengacara pagi ini adalah M.Zul, Fedtri dan Nurul Shuhadah.. huhu. "Bagaimana anda mengawal perasaan marah?" merupakan salah satu topik perbincangan awal pagi ini. Macam biasalah My memang selalu drop by komen kat fesbuk tapi tak berkesempatan plak pengacara nak bacakan..-.-'
Bila sebut pasal marah... My pun tak tahu sejak bila My ni ada sedikit panas baran... Tapi takdelah tahap melampau.. cumanya, mudah melenting.. mudah naik angin.. -.-' Sebagai contoh kadang-kadang hal kecik-kecik je mudah marah macam dengan enchek tunang.. mudah sangat melenting padahal hal remeh-temeh je.. Bila dah melenting mulalah tarik muka.. bila tarik muka ego makin menebal... Sudahnya hal kecik sebesar zarah dah jadi sebesar gajah... sape yang mengalah?? dia jugak... ngeh3...

Kalau dulu bila My marah memang melenting but biasanya My boleh kawal lagi.. My marah kejap je lepas tu dah oke.. Tapi sekarang ni bila marah tu.. berlarutan... ego tu jangan cakaplah... haih~... My sedar akan kekurangan yang satu ini...-.-'

Hurm... My akui, tak boleh dibiarkan sikap ini berlarutan.. Tak boleh dibiarkan nafsu amarah menguasai akal langsung memburukkan lagi keadaan... So, My harus berubah...

Untuk berubah, bila setiap kali marah sekarang ni My akan berdiam diri.. tak mahu cakap apa-apa... Nak menangis sebab marah sangat pun nangislah sorang-sorang... Kadang-kadang bila kita marah tak fikir apa dah.. sembur je kat orang yang buat kita marah macam baru-baru ni My call customer service celcom complaint pasal sistem diorang yang lembab tu.. Memang sampai darah naik ke kepala lah My marah diorang tu sampai kena panggil supervisor sebab My tak puas hati... Geram sangat My maki apa yang patut and then letak phone... grr.. kejam tak..-.-'

Selain diam diri, My urut dada istighfar banyak-banyak.. Bila terlalu marah kena sedarkan diri sendiri. Jangan biar ia menguasai akal.. Bila marah kita tak boleh kawal fikiran sudahnya kita kadang-kadang keluarkan perkataan yang sebenarnya kita tak terniat untuk memperkatakannya... hurm.. Bila dah reda dah tak marah baru terhegeh-hegeh nak minta maaf atas keterlanjuran perkataan yang kita dah terlanjur cakap tu...-.-' pernah tak jadi kat korang macam ni hehe.. Sebab tu lah talak ni terletak di tangan lelaki. Lelaki ni sebenarnya lebih tinggi tahap kesabarannya berbanding perempuan. Kalau talak terletak di tangan perempuan gamaknya lebih ramailah orang bercerai-berai kat dunia ni..-.-'

Otherwise, My akan tidur. Kita cakap banyak pun tak guna sebab tengah marah kan.. Orang cakap baik pun jadi tak baik jadi menyampah so ada baiknya My diam and masuk tidur je. Bila tidur je kita tak akan fikir akan kemarahan tu. Paling tidak pun masuk mimpi je...-.-' Lepas tu bila bangun tidur dah rasa boleh lega.. and mungkin dah boleh dibawa berbincang sebab rasa lebih tenang...;)

Itu cara My atasi marah... kalau nak lebih banyak lagi boleh refer kat SINI...;)

Y'ols plak macam mane y'ols kawal marah?ce citer...0_o

footnote: dari buletin pagi sampai ke niteline citer pasal isu 'bersih' je.. bosan betul. grrr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers