9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, August 31, 2009

.::Memahami Erti Kemerdekaan::.


Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki. Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita ialah:

Kemerdekaan bangsa , mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Ria, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi
sebati.
Inilah dia yang dikatakan Kemerdekaan Sejati

p/s:selamat hari kemerdekaan Malaysia yg ke-52..;)

Sunday, August 30, 2009

.::Environmental Marketing Seminar::.


Talk on 'Alam Sekitar Milik Siapa' and
'Marketing Technology FRIM's Experience

Speaker : Mr. Karam Singh Walia and Dato' Dr. Marzalina
Date : 29 August 2009
Venue : Auditorium PTAR 2


**Master of Ceremony with Mr. Karam singh Walia**

**From Left Pn. Rokiah, Dr. Faizah, Dato' n Mr. Karam**


**Sweet Memory with Personality TV**



**Firdz,Sarah,Dila,Sheena,Sheeda,Fery,My,Cat,Shasha**



**We did it guys!! Congratulations..;)**

Sunday, August 23, 2009

**Marhaban ya Ramadhan**

Salam...
Alhamdulillah, Ramadhan dtg lg...n alhamdulillah ak masih lg dipnjgkn usia diberikan peluang tuk menjalani Ibadah puasa pd tahun ini.. y paling seronok, selame beberape thn ni (sejak stay Bangi) ak xpat balik 1st puase bsama family tp kali ni..i did it...yeay...ak balik umah shari b4 puase..kire cuti2 hujung mnggu jew la..so sempat la puase pertame ngn mak abah n terawikh 20rakaat kt masjid....;) hurm tp xpuas..hehe..dis week cuti smpai senin (merdeka) tp sbtu tu ak ade program, next week pn cuti isnin (nuzul Quran) erm tp tatao la nk balik kew x coz kang balik nk tmbang bus ag kn kn...agpn pose2 ni penat den... 19hb pn da cuti raye...hurm....tgk la cane....
Apepn hope Ramadhan kali ni lebey bermakne dr Ramadhan2 sbLmnye...same2 kite kurangkn dose tgkatkn amal.....;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers