9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Salam korang.. Seperti yang telah diwar-warkan malam ini akan terjadinya fenomena gerhana bulan penuh. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas pada Jun 2010, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Bulan mula memasuki Penumbra : 7.32 malam
Bulan mula memasuki Umbra : 8.46 malam
Permulaan gerhana Penuh : 10.06 malam
Waktu gerhana Maksima : 10.31 malam 
Tamat gerhana Penuh : 10.57 malam
Bulan meninggalkan Umbra : 12.18 tengah malam
Bulan meninggalkan Penumbra : 1.31 pagi

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Apabila berlakunya gerhana bulan penuh atau gerhana matahari, umat Islam di galakkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari dan panduan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari itu anda boleh saja rujuk di sini

>>CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN..<<

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah" (HR. Bukhari no. 1044)

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

sumber: sini dan sini

Friday, December 9, 2011

'Gangguan' & Surah Ruqyah

Salam Jumaat korang. Diharap semuanya ceria-ceria hendaknya sebab harini kan hari terakhir kerja..:D Yang bekerja hari Sabtu atau Ahad fine boleh klik pangkah pada page ini hehe..

Oke nak cerita ni, recently My agak jadi 'penakut' sikit. Nak tidur bilik sorang-sorang jadi lemah semangat... nak duduk rumah sorang-sorang pun dah tak konfiden seperti kebiasaannya. Ada je rasa 'kurang senang' dengan sekeliling terutamanya bila malam hari. Perkara ni terjadi sejak My mengalami sedikit 'gangguan' seminggu yang lepas. Entahlah. My tak boleh nak recall sangat adakah itu hanya perasaan My atau adakah masa tu My sedang penat adakah ia benar-benar terjadi. entah.
google~
Malam tu My tidur lewat. Masa My tengah tidur.. My terasa seperti tidak mampu bernafas... Ahhh sudahhh.. 'dia' buat lagi... My cuba menggerakkan badan tapi tak boleh. My cuba baca ayat Qursi tapi mulut tidak mampu berkata.. My baca dalam hati je.. My cuba lawan... entah bagaimana bila My rasa My mampu membuka sedikit kelopak mata My ternampak kelibat 'sesuatu' disebelah. seperti binatang kecil yang berwarna putih. My dengar seperti ada orang sedang berdengus kasar. Ya Allah... My cuba bangun! My cuba lawan! Bila My betul-betul tersedar.. tiada apa disekeliling My... My tengok jam, My baru terlelap setengah jam. Jantung berdebar-debar. Ah sudah. tak bleh jadi ni. My segera telefon enchek tunang. Nasib baik dia baru terlelap so dia sedar bunyi telefon. My cakap kat dia, My nak tidur rumah dia... My tak boleh tidur dalam bilik sorang-sorang. Nak ketuk pintu bilik housemate takut mengganggu. Makanya My lebih rela mengganggu tunang sendiri. So dia pun tunggu depan rumah My... My angkut comforter tidur rumah mak enchek tunang. Itupun masih susah nak lelap. haih~

Sejak hari tu,setiap malam My tak boleh nak tidur dalam bilik sendiri. Kalau housemate ada, My tidur dengan dia.. Kalau My tak larat nak tunggu setiap kali dia balik lewat My tidur rumah mak enchek tunang. Sampailah hari ni. My ada cuba haritu tidur di bilik sendiri macam biasa.. Tapi sejam kemudian My terjaga. Takde apa-apa berlaku cumanya My jadi fobia.. tak boleh nak betul-betul terlena.. Malam tu My tidur kat rumah mak enchek tunang gak.. Tak mampu nak terjaga-jaga sampai ke Subuh.

Entahlah. Mungkin masa kejadian mula-mula tu cuma perasaan My je. tapi entahlah. Sebelum ni My pernah je kena hempap sume tu. Tapi My lawan.. Rasa lemah semangat tu sekejap je lepas tu My masih boleh tidur di bilik sendiri. Cumanya kali ni agak lain sikit. Tak tahulah kenapa My jadi lemah semangat macam ni. Kalau orang kata My tak ambil wuduk tak baca doa.. My dah lakukan semua tu. Mungkin yelah.. My penat masa tu kot. Lagipun masa kena baru-baru ni My tengah 'datang bulan' so syaitan lagi la suka dekat ye tak. Daripada pembacaan My syaitan ni suka datang 'mengganggu' bila kita dalam keadaan kotor.. dan kita akan rasa semua tu dalam keadaan separa sedar. Macam My, antara lena atau tidak. Masa kita baru lena beberapa minit. Hurmmmm... entahlahhhhh..

So, untuk menghindari semua ni My download Surah Ruqyah. Selalu dengar pasal Surah Ruqyah ni untuk menghindari 'gangguan2' macam ni. Surah Ruqyah ni selalu digunakan dalam rawatan Islam untuk merawat pesakit-pesakit yang sering mengalami 'gangguan'...

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah | Nama Surah; Juzuk; Ayat

1) Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2) Al-Baqarah 1 1-5
3) Al-Baqarah 1 102
4) Al-Baqarah 2 163-164
5) Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6) Al-Baqarah 3 285-286
7) Ali-Imran 3 18-19
8) Al-’Araf 8 54-56
9 )Al-’Araf 9 117-122
10) Yunus 11 81-82
11) Toha 16 69
12) Al-Mukminun 18 115-118
13) As-Soffaat 23 1-10
14) Al-Ahqaaf 26 29-32
15) Ar-Rahman 27 33-36
16) Al-Hasyr 28 21-24
17) Al-Jin 29 1-9
18) Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19) Al-Falaq 30 Seluruhnya
20) An-Naas 30 Seluruhnya

Bila baca cara menggunakan je My rasa seram sejuk hehe. Tapi My belum lagi pasangkan di rumah. My ingat nak pasang dalam bilik masa tidur sorang-sorang tapi belum mampu lagi. My pernah pasang masa tidur rumah mak enchek tunang. Tiada apa-apa cuma malam tu My tidur lena sampai pagi. Alhamdulillah...

Surah Ruqyah ni bukan saja boleh digunakan untuk menghalau Syaitan tapi juga boleh menenangkan hati.. yang malas-malas nak bangun kerja tu ke kan.. hehe... So, kalau nak download Surah Ruqyah ni digalakkan sangat-sangat. 


Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, korang boleh jugak amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

sumber : ohislam.com

Thursday, December 8, 2011

Wedding Checklist Check

Okay time is running out now! Tanpa buang masa mari kita check balik on wedding checklist.. what have been done, what to be done.. bla, bla, bla.....

Planning:
Tentukan Tarikh
Tentukan Tema
Survey Mak Andam
List down budget dan keperluan
Beli barang hantaran
Survey kad kahwin

Permohonan Nikah:
Kursus Kahwin
Ujian Saringan HIV
Surat Akuan Bujang
Surat Kebenaran Berkahwin - enchek tunang
Photocopy I/C Wali & 2 Saksi
Photocopy Sijil Nikah Mak Abah
Submit Borang Nikah
Booking Kadi

Barang Hantaran:
Lelaki Kepada Perempuan
Mas Kahwin & Cincin
Sireh Junjung
Kasut & Handbag
Telekung|Sejadah|Al-Quran
Toilettries
Cake
Fruits

Perempuan Kepada Lelaki
Sireh Junjung
Al-Quran & Sejadah
Wallet & Belt
Toilettries
Jeans & T-Shirt - T-shirt not yet
Kasut
CakeSponsored
Fruits
Sweets

Majlis Resepsi:
Booking Mak Andam - Deposit Paid
Fitting Baju
Pengapit - Maya
Booking PhotographerDeposit Paid
Kek Kahwin
VIP Doorgift
Order Kad Kahwin
Guestbook
Booking Canopy
Booking Kompang
Booking Sound System
Penunjuk Arah/Signage
Duit Tol
Upah Kadi

Lain-Lain:
Bantal - Except bantal kecik & bantal pelok
Set Dishes untuk Makan Beradab
Set Bilik Tidur
Set Cadar Bilik Tidursponsored
Pos Kad Kahwin
Gubah Hantaran - will be done by sis in-law
VIP Doorgift

Majlis Bertandang:
Sewa Baju - To be confirmed with kedai Butik
Make Up
Photographer
Wedding Cake

Wallawehh... looks like sebenarnya banyak lagi yang perlu My settlekan. Omg! Cuti untuk balik kampung untuk settle on nikah application belum apply, cuti wedding pun belum apply! Keje kat office yang akan bertambah nampaknya membataskan kotak fikiran My untuk berfikir dengan tenang. Lots of thing is coming up next!! Sounds and looks like i'm not have enough kudrat to handle on that. Dengan experience bekerja yang masih mentah.. i still need more support and tunjuk ajar from the expertise, experienced one! owhhhhh!! stress tibe-tibe! T_T

Apapun, please give me 'ruang' to lepaskan my Big Day first... please.... T_T

Moga dipermudahkan oleh Allah...Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers