9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, December 11, 2015

Suami Eksiden Patah Tangan

Allahuakbar... Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat sihat. Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat sakit.. Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat kaya dunia.. 

Sepanjang Disember ni banyak sangat dengar musibah menimpa orang.. Yang tak pernah sakit mati tiba-tiba.. yang itu yang ini.. bila haritu Zass! kena kat diri sendiri. rasa terduduk sekejap. Allah..

Masa dapat berita buruk ni aku dari Perlis on the way back to KL selepas 3 hari berjalan ke rumah abang bersama family. Hasben tak ikut sebab kerja. Dengan izin dia aku dengan anak-anak je yang ikut. Dapat call daripada hasben tengahari tu. Dengan nada cemas dan menahan sakit dia cuma bgtau dia eksiden, patah tangan dan ada di hospital.. Allah... :'(

Kalau boleh terbang rasa nak terbang je haritu. jauhnya perjalanan ku rasakan. maghrib baru kami sampai direct terus ke KPJ Damansara tengok hasben kat sana. Luluh nya hati tengok tangan sebelah tergantung tidak mampu berfungsi dengan baik lagi.. :(

Mujurlah kami ada Medical Card. Dapatlah hasben berehat dengan selesa kat hospital tu. Kami anak beranak pun dapat tido sekali temankan. Hasben suruh gak balik kesian kat anak-anak tak selesa tido tapi aku nak temankan dia kat sana. Lagipun susah pulak aku nak berulang jauh dari rumah dengan anak-anak. Sekurang2 bila aku ada boleh tolong mandikan hasben, boleh tolong pakaikan baju, suap makan, etc.. 

Hasben discaj lepas 2 malam kat wad. Now bertukarlah rutin harian aku. daripada jadi supermak sekarang dah bertambah jadi superwife. Kena jaga 3 beranak kat rumah. Dengan anak-anak melasak, pergerakan suami pula terbatas.. Allah betul-betul menguji aku kali ni.. :'(

Ya Allah moga dengan ujian kecilmu kali ini buat aku lebih kuat dan sabar.. moga dengan ujian kecilmu ini aku peroleh pahala sebagai ibu dan isteri.. 

Aku penat.. tapi apa mampu aku buat? Aku cuma minta Allah bagi aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua ni..

Orang takkan nampak apa yang kita hadapi. Mungkin pada dasarnya orang lihat kita ok tapi hakikatnya hanya Allah mengetahui...

Moga aku sabar tempuh hari2 mendatang ni.. 

doakan aku ye kawan-kawan.. :(

nanti got time aku update lagi. till then!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers